02 May 2014

Tempahan pertama yang mengujakan

Syukur alhamdulillah... Kawan2 ummi di FB ramai yang dah tahu kisah ni semalam. Hari ni ummi nak abadikan pula kisah ni di sini buat kenangan.

Alkisah Selasa lepas, hati sedikit kecewa bila anak-anak bawa balik semula roti pizza yamg tak jadi dijual. Tapi bagusnya, Naufal sedekah aje sebab tak mahu membazir katanya. Ummi kata takpelah, beberapa ketul aje pun.

Dan kuasa Allah Maha Besar. Dan atas kuasanya jugalah rezeki yang lebih besar sudah tertulis buat ummi. Tanpa disangka-sangka ummi terima tempahan 14 biji roti loyang gebu untuk dihantar pagi Rabu.

Sebelum tu, ayah bawa 2 biji roti loyang gebu gula dan sarang lebah ke ofis sebagai tester. Semua staf beri respon yang sangat positif. Syukur... Risau juga dalam hati, takut tak kena dengan selera orang lain.

Okay...sambung kisah meroti 14 biji roti loyang gebu dalam keadaan yang nervous. Mana taknya, pertama kali terima order banyak macam ni. Syukur semuanya dapat disiapkan sebelum jam 8 pagi.

Dan order bersambung pula untuk 4 biji roti loyang untuk dihantar semalam. Alhamdulillah...

** Moga permulaan yang kecil ni akan membawa satu perubahan besar yang lebih baik pada masa akan datang.
Niat ummi cuma satu -- Jihad kecil dari dapur comel untuk menghasilkan roti yang halal lagi bersih dengan penggunaan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan tanpa sebarang bahan pengawet.

10 April 2014

Lamanya blog ummi terabai

MasyaAllah... lama sungguh ummi tak update blog. Mujur dashboard blogger masih boleh dibuka. Password dah siap-siap ummi catat dalam telefon lagi tu. Check pula akaun Nuffnang, rupa-rupanya masih ada iklan-iklan yang sudi bertempek di blog yang gersang ni. Terharuuu...


Jika tiada aral, InsyaAllah dalam masa 2-3 minggu dari sekarang ummi akan mulakan bisnes kecil-kecilan dari rumah. Lebih tepat lagi... dari dapur comel ummi. Doakan ummi ye kawan-kawan!

 Gambar tiada kena mengena dengan entri kali ni. Buat penyeri aje.
Bear ceklet dan tuannya yang sudah semakin besar!

18 February 2014

Zayyan sudah pandai berimaginasi


Alhamdulillah... Zayyan sudah genap usianya 1 tahun 6 bulan 3 hari. Inilah hobi dia sekarang. Ini haiwan abang-abang kembar. Baru 2-3 hari ni ummi nampak dia sangat berminat dengan haiwan-haiwan mini ni. Siap dengan sound effect bila kuda belang tu bertemu dengan harimau bintang. Kononnya tengah berlawanlah tu. Pandai budak kecik ni berimaginasi. 




# Si bongsu ummi dah besar. Tengoklah dia bergaya dengan kain pelikat abang Muhaimin tu. Hahah... suka pulak tu dia ke hulu ke hilir berkain pelikat lalalala. Bak kata abang Afnan 'macam ni lah baru lelaki sejati'...erkkkkk...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails