Thursday, December 31

Colouring book...

Sebenarnya UMMI ada belikan sorang satu buku mewarna masa kami singgah Office 31 kat BP hari Isnin yg lepas. Sebenarnya AYAH nak beli barang2 untuk kedai, UMMI pun tumpang sekaki ye beli barang untuk anak2...




Apalagi, anak-anak ummi ni semua seronok sangat. Tak sabar-sabar betul bila sampai rumah je terus cari pensel warna. Dan bermulalah operasi mewarna buku2 tu semua. Termasuklah AFFAN n AFNAN. Conteng dik jangan tak conteng.



Khusyuknya TWIN UMMI...
Barney>AFNAN, Dora>AFFAN, Transformers>NAUFAL
UPIN & IPIN > Muhaimin
Ada sticker lagi tu...murah je ni...RM2.80 SATU




NAUFAL si tangan kidal yang khusyuk mewarna....


TARAAA.... Hasik kerja TWINS ummi yang hebat! Great job dear!

Tuesday, December 29

Terima Kasih Abang!

Selamat Ulangtahun buat AYAH & UMMI...
dari: Muhaimin, Naufal, Affan, Afnan...



TWINS tak sabar2 nak makan kek nih!



MUHAIMIN makan 2 kali...sedap katanya...




NAUFAL makan sampai comot!




Alhamdulillah, semalam 28 Disember 2009 kami menyambut ulangtahun perkahwinan ke-8.

Tiada hadiah yang special cuma satu hari kami ada banyak sesi makan2 bersama.
Dari lunch sampailah dinner plus sebiji kek yg dah pun selamat dimakan semuanya hari ni. Semalam juga AYAH cuti setengah hari utk sama2 celebrate anniversary dgn anak2.



"AYANG sentiasa mengharapkan agar ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke akhirnya...


Abang...Ayang Sayang Abang Selamanya"


Semoga dgn meningkatnya usia perkahwinan ini akan lebih mematangkan kita dalam menghadapi cabaran berumahtangga dan moga kita sama2 dapat mendidik anak2 dengan tabah dan sabar...

Friday, December 25

Aktiviti semalam...



Semalam, disebabkan UMMI tak dapat online, maka terpaksalah UMMI mencari satu aktiviti yang agak bermanfaat untuk dilakukan bersama anak2.





Aktiviti 1: Mengemas bilik depan.

Ok...bilik depan sebenarnya hanyalah menempatkan sebiji tilam dan 2 buah meja memandangkan biliknya kecik berbanding dengan bilik belakang. Dan UMMI rasa macam nak alihkan tempat belajar MUHAIMIN dari ruang kat meja makan ke dalam bilik depan.

Dan inilah hasilnya setelah siap meja tu siap dikemas. Rasa lapang mata UMMI melihatnya...**kat lantai masih bersepah dengan segala mak nenek barang yang ado...





Aktiviti 2: Kira duit tabung.


Ohhh...dah lama sebenarnya UMMI nak kira duit dalam kotak nih. Dah berat sangat rasanya dan sendat jugak. Tiap kali AYAH balik dari mana2 mesti dia masukkan duit dalam kotak tuh tak kiralah duit syiling ke duit kertas ke. Jadi dlm keadaan yg ala2 terpaksa juga, UMMI pun mulalah kira...

Kira punya kira...Alhamdulillah dekat sama nilainya dgn duit installment nak bayar kancil tiap2 bulan. 



Aktiviti 3: Teka silangkata

Hmmm...ini aktiviti MUHAIMIN yang bosan sebab dia tak boleh tolong UMMI kira duit sama2 dengan UMMI...Oklah tu...daripada takde buat apa2.



Wednesday, December 23

Port tido baru... baik punya!


UMMI pun tak taulah sejak bila Naufal suka tido kat tempat baru ni. Tapi yang pasti, masa dia tido kat situ sebab dia dah mengantuk sangat. Memang anak UMMI yang sorang ni penakut sikit dan kalau boleh mesti nak tido dekat2 ngan UMMI. Sooo...taraa...inilah port tido baru saya...atas-meja-tempat-letak-printer-AYAH.



pic 1: tido sambil meniarap, tangan jadi ala2 bantal dia


pic 2: tengok tu...sampai peluh2 dia



pic 3: full view port tido NAU...


**Nasib baik masa ni AYAH blm balik keje...kalau tak mesti dah kena bebel!

Tuesday, December 22

Kulit yg sensitif...



Last week, masa kami semua balik kampung AYAH...anak2 UMMI kena ruam yang agak teruk. Sampaikan kulit bahagian leher AFNAN jadi sangat kering. Kesian pulak UMMI tengok dia sebab asyik tergaru2. Dan kebetulan pulak kami stay kat kampung dekat 4 hari. So UMMI cuma letak minyak gamat je lah. Naufal pulak makin kasar kulit bahagian pinggang ke bawah.




Dan bila dah balik Parit Raja, UMMI terus bawak AFNAN n NAUFAL pi klinik yg biasa kami pegi sebelum nih. Dan Dr ada tanya pada UMMI, macam Naufal ni suka ke main kat luar rumah sebab kulit dia ni dah serupa macam budak yang suka main pasir je. Dan mungkin Dr kata dia alah pada susu lembu a.k.a Dugro 1+ , 3+ yg dia minum selama ni. Ooohhh...macam mana ni? Takkan UMMI nak stopkan susu dia pulak. Dr tu suggest bagi dia soy based milk macam Isomil. Hmmm...dan UMMI terus terfikir nak buat sendiri air soya kat rumah dan letak dalam botol susu dia. Ok ke?




Dan AFNAN pulak mungkin terdedah pada habuk dan persekitaran yang kotor    menyebabkan kulitnya cepat sensitif dan mudah naik merah2 cam ruam yang sangat banyak. Dr bagi ubat krim, ubat cecair dan sabun cecair sebamed utk mandi. Alhamdulillah...lepas 5 hari secara rutin mandi 2 kali sehari dgn sebamed, sapu krim dan makan ubat untuk gatal...nampaknya ada perubahan yg sangat positif! Berbaloi UMMI pi klinik tempohari....


**Gatal2 kulit a.k.a eczema kemungkinan besar berpunca dari gen UMMI yg sedari kecik mmg mempunyai kulit yang sangat sensitif. Dulu2 tak boleh makan seafood langsung..nasib baik bila umur dah masuk 20-an... kulit sensitif tu dah berlalu pergi... Sekarang ni, kena pada anak2 pulak..huhu...

Friday, December 11

Sayangi mereka seadanya...




Entri ini UMMI tulis sejurus kami semua minum petang tadi. UMMI keluar dengan Naufal pergi beli pisang goreng, keledek goreng dan kopok lekor kat simpang taman kami ni. Seronok pulak rasanya naik scooter dgn Naufal sebab dia duduk diam je.



Sampai rumah, macam biasa UMMI dah pun masak air dulu. Sebenarnya AYAH yg request suruh UMMI pi beli sbb AYAH masih dalam mood demam lagi. Masuk hari ni dah hari ke 4 lah kiranya... Nasib baik dah ok sikit...dan Alhamdulillah anak2 UMMI pun sampai hari ni belum ada yg berjangkit demam dari AYAH sebab sejak demam Selasa hari tu, AYAH kuarantinkan dirinya dalam bilik...berselimut tanpa pasang kipas. Sian cik abe...



Biasalah kalau dah duduk2 minum petang sambil pekena Kopi Radix dan pisang goreng, banyak perkara yg kami bincangkan. Dari hal kerja AYAH, perkembangan bisnes baru dan macam2 lagilah... Dan satu hal yg tiba2 AYAH bangkitkan ialah pasal anak2. Dalam nakal2 anak kita sebenarnya semua ni jadi ujian pada kita sebagai ibubapa mereka. Senakal manapun perangai mereka, kita kena tangani semuanya dengan bijak dan berhemah. Sebab kata AYAH, anak kita masih baik jika nak dibandingkan dengan anak org lain. 



Oooopppss...bukan nak kata anak UMMI ni baik sangat dan tak pernah buat nakal ke apa. Cuma kami terkilan kalau anak2 buah kami ni macam tak makan saman bila ditegur. Alih2 asyik buat benda yg sama. Mak pun biasa tegur diorang sampai nak terkeluar anak tekak. Tapi, macam tu juga perangai diorang.



UMMI tiba2 rasa bersyukur sangat2 ...walaupun anak2 UMMI semuanya lelaki, UMMI selalu berdoa kepada Allah janganlah sampai anak2 UMMI ni jadi anak yang nakal, 'terjal' dan tak makan saman bila ditegur. Memang UMMI mengaku, UMMI kadang2 ni terlebih garang bila diorang buat benda2 yang salah. Tapi niat UMMI cuma satu, supaya anak2 UMMI tau yang niat UMMI adalah untuk mengajar dan bukan untuk menyakitkan mereka.



Dan akhir2 ni juga, setiap kali lepas mandi satu soalan yg akan keluar dari mulut Naufal ialah..."UMMI sayang Nau?"...UMMI jawablah.."UMMI sayang...". Sebab UMMI tengok akhir2 ni Naufal macam nak tunjuk sangat belang dia dengan adik2. Dan kalau tak tertahan juga, singgah juga tangan UMMI ni kat punggung dia. Sudahnya dia merajuk. Dan akan kata "UMMI dah tak sayang Nau, biar Nau mati"...jgnlah mcm tu Nau....UMMI pun tak tau dia dapat dari mana ayat tu!



"Wahai MUHAIMIN, NAUFAL, AFFAN n AFNAN.. Sesungguhnya kehadiran kalian berempat dlm hidup UMMI n AYAH adalah satu rahmat yg tidak terhingga yg diberikan oleh Allah s.w.t kpd kami berdua. Mungkin hidup kita tak semewah org lain, tapi ketahuilah bahawa kasih sayang UMMI n AYAH sangat tidak ternilai buat kalian semua. Biarlah AYAH, UMMI tidak bertukar baju asalkan anak2 dapat baju baru tiap kali tibanya hari raya. Biarlah kalian semua makan kenyang asalkan kami dpt alas perut seadanya. Kami sentiasa berdoa kepada ALLAH agar kalian semua membesar menjadi anak yg soleh dan berguna kepada bangsa, agama dan negara kelak."

Thursday, December 10

Cerita Hari Raya Haji...@Selangor



Walaupun n3 ni dah terlewat 2 minggu, UMMI masih nak publish juga sebagai kenangan semua gambar yang UMMI sempat snap. Alhamdulillah...raya haji kami kali ini dapat di sambut di kampung UMMI di Selangor. Tahun ni Nenek buat korban untuk kami adik-beradik.. Dan ibadah korban tu telah dilakukan di tempat Kak Jah. Semua adik-beradik UMMI dapat berkumpul semuanya kecuali Kak Ih yg tengah demam dan 3 orang anak buah UMMI yang berada di bumi Mesir. Moga kalian semua belajar bersungguh-sungguh ye! InsyaAllah mereka masing2 adalah bakal dentist, doctor n pharmacist...



Perjalanan kami semua bermula seawal hari Rabu (25 Nov) tengahari. Kali ni AYAH bawak kami makan McD @Batu Pahat. Sebenarnya ini kali pertama kami dine-in kat sini walaupun dah dekat setahun McD ni dibuka. AYAH decide beli 4 set McValue Meal... 3 McChicken dan 2 pieces spicy chicken. Jemput makan semua...


Muhaimin sgt happy...sebab dpt habiskan sebijik bege


TWINS pun seronok juga..Affan makan fries, Afnan pulak nak McChicken UMMI!


Pemandangan masa melalui Sungai Muar.. cuaca sgt cerah masa nih.


Gambar wajib TWINS dlm kereta. Masa ni jalan jammed kat Seremban.


Dan pada hari Jumaat, 27 November 2009...Kami semua dapat berkumpul merayakan EidulAdha 1430H bersama2 insan tersayang. Nenek tak bercadang nak buat ketupat atau apa2 juadah yg seangkatan dengannya sebab Kak Jah dah buat hidangan Laksa Penang dan Soto je. Waaahhh...memang juadah yg UMMI tunggu2 nak makan nih! Dan lain2 kuih-muih...donut, seri ayu dan lain2. Semuanya sedap. Dan UMMI pulak makan sampai berapa round sampai penuh perut nih!


Oooohhh...AYAH n Anak2 pun makan dgn berselera sekali sampai tak toleh kiri kanan. Masa ni gigi AFNAN tengah sakit...sian dia nak makan pun macam tak best je...Tengok tu muka dia yang macam tak puashati gitu.



Dan inilah kali pertama UMMI jumpa anak saudara UMMI yg baru, Muhammad Nizar... anak Kak Long yg ke-8. Masa ni dia nangis pulak mungkin sebab tak pernah jumpa Cik Iti kot! Sian pulak tengok dia melalak sampai macam tu sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails