02 January 2010

Home » » Tanganku kebas!

Tanganku kebas!

Entah kenapa dah 2 hari tangan UMMI ni rasa kebas je. Yang peliknya ialah cuma bahagian tangan kiri ibu jari dan jari telunjuk je. Mula2 kena, ingatkan sbb tertindih masa tido dengan TWIN ke apa... Dan boleh hilang lepas bangun dan buat kerja. Tapi rupa2nya masih rasa kebas sampai hari ni, tapi tinggal sket2 je.
Bila UMMI google tentang kebas tangan ni UMMI dapat INFO yg sangat berguna...Let's share!
SINDROM CARPAL TUNNEL

Terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit. Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.
Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulang2 dan dengan kuat.
Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.

Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan. Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.

2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.

Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:

* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

Diagnosis:

Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:
1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
Doktor akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan. Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk. Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.

Rawatan:

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.
Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:

* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.

* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan.

Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk. Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan. Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median. Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu. Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.
Thanks to DrBone!

6 comments

02 January, 2010

mama pun same la...kalo naik motor..tgn kanan perah minyak...memang kebas....salu

pas tu kalo nk menyembat (leher baju)...pun cam tu gak...pegang pen lelame pun leh kebas...

angkat tangan tuk bace doa tu pun kdg2..kebas....
ghisoooo dibuatnye

02 January, 2010

mamarempit: mama...saya ni dah tiga hari kebas.
pelik sbb xpernah kena lama cam ni.
tp ari ni dah kurang sbb dok gerak2 tgn je..
**samalah kita ya mama...

02 January, 2010

dah gi klinik cek?hmm..tak penah lak ade simptom2 mcm tu...cuma lepas bersalin ni, selalu sakit pinggang, lutut n belakang bdn...

02 January, 2010

catlina: izan xpi klinik pon. sbb kebas tu bhgn atas ibu jari ngan telunjuk tgn kiri je.
**izan pun baru2 ni rasa sakit pinggang, susah nk tunduk!

Anonymous
15 April, 2011

Kebas jari ada pelbagai faktor penyumbang.Sekiranya dikaitkan dengan syndrome carpal tunnel, antara penyebabnya ialah melakukan pekerjaan yang berulang(prolonged repetitive motion)dalam tempoh yang lama.Sebagai contoh menyembat leher baju, menggunakan keyboard,menulis. Pada mulanya kita akan terasa lenguh dan sakit2 dipergelangan tangan dan kemudian disusuli dengan kebas di hujung jari.
Rawatannya: elok la berjumpa dengan doktor untuk mengelak daripada anda menjalani pembedahan untuk membetulkan salur darah di pergelangan tangan. Rawatan awal doktor akan bagi ubat untuk tempoh 2 minggu untuk melihat kesannya. Kebas jari ni xakan hilang dengan cepat,amik masa skit.Sambil2 tu cuba rendam tangan dalam air suam bercampur garam.InsyaALLAH xperlu jalani pembedahan.Amalkan juga mandi air suam seminggu sekali..
Selain dari syndrom Carpal Tunnel, kebas jari kiri ini juga dikaitkan dengan tanda awal sakit lemah jantung.Ini diikuti dengan pertambahan berat badan yang mendadak,badan terasa lesu dan letih(selalu rasa nak tido)dan cepat penat(badan terasa berat)..Cubala dapatkan pemeriksaan kesihatan (semak kolestrol, tekanan darah dan gula dalam darah).Ini kerana tidak semua orang gemuk mempunyai kolestrol tinggi, org kurus juga berpotensi untuk mempunyai kolestrol tinggi..Kemudian kawal pemakanan dan bersenam.InsyaALLAH boleh diatasi..
Komen ini adalah berasaskan pengalaman sendiri.Jangan takut untuk membuat pemeriksaan awal.

15 October, 2012

Myra dulu masa bawak moto selalu rasa kebas, tp sekarang dah kurang.

Dan TQ syer maklumat ni ye kak:D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails