20 July 2010

Home » , » Resepi Kek Coklat Comel...

Resepi Kek Coklat Comel...


Resepi ni saya cedok dari Kak Zie... biras saya sebelah Hubby a.k.a Mak Long kepada anak-anak saya. Mintak halal ye kalau ada sapa2 yang tengok Mak Su tempek resepi ibu kat blog nih. Bukannya apa... kegebuan kek comel ni memang tak dapat disangkal lagi. Dah lah tu merekah pulak kat atasnya. Kepada El...silalah cuba resepi ini, u pasti puashati!


Bahan-bahan:
(biasanya saya hanya buat separuh daripada sukatan di bawah ni)


4 biji telur (A)
3 cawan gula pasir
3 cawan tepung serbaguna Bluekey
2 cawan koko
1 tin susu cair
2 cawan minyak masak
1 penutup esen vanilla
Secubit garam

Cara-cara:


1. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
2. Gaulkan rata tepung serbaguna dan koko.
3. Masukkan secara selang-seli tepung + koko dan susu cair ke dalam campuran telur dan gula tadi.
4. Masukkan pula secawan demi secawan minyak jagung ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla dan garam.
5. Pastikan anda panaskan oven atau pengukus dahulu selama 20 minit...jika tidak kek anda akan bantat.
6. Oven - 160 darjah celcius (berbeza mengikut oven)
7. Bakar selama 10 minit (tray muffin) atau 40-45 minit (loyang 10')
8. Jika guna pengukus - 15 minit (paper muffin) atau 40 minit (loyang 10')

**Selamat Mencuba**

photobucket

14 comments

19 July, 2010

comel la muffin tu. lama dah tak buat muffin coklat. suami nadiah bkn minat sgt kek2 coklat ni. nak buat pun jadi tak rajin walaupun nadiah suka

19 July, 2010

wow!!! nmpk moist!

19 July, 2010

nmpk sedap.. teringat teringin nak buat kek choc cuti lepas tp tak smpat... wuwuwu

19 July, 2010

terima kasih izan...
masa tgh buka entri ni, fikri pun ade sama... adeyyy, beriya2 dia nak kek ni...

19 July, 2010

comel..comel...comel...
suka masak2 ni tapi tak der masalah pulak (alasan jer tu hehheh)

19 July, 2010

maceh izan...insyallah nti el torai eh..hehehe rs x sabar nak wat..

20 July, 2010

wahhh cam best jek..nak cuba arr

kak izan nak kek...waaaa...awe suke.....sedapnye kak..basah2 plak tu...nyummy...adoyai..dugaan betul ni kak

tester xder?hehe...

18 December, 2010

uuhhh... sedanpnye nampak, secara otomatik rasa lapar la plokk..

12 June, 2011

saya nie mmg pantang jupa kek coklat..buka je blog nie terus cek dapo tgk ape yg ade..alhamdulillah kek coklat comel sy menjadi..weee skenye,tma kasih yer tn empunye resepi .skang nie pun tgh tunggu 2nd round dlm pengukus hehe ^.^

16 May, 2012

sedpnye

04 June, 2012

izan..kek ni mmg comel..

05 June, 2012

izan cam best jer kek ni..nak test nak test

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails