27 July 2010

Aiskrim dan Tauhu Sumbat...

Alhamdulillah...saya masih diberi kesempatan untuk menghirup udara pagi Selasa yang indah ni. Ramai rasanya yang berpuasa sunat hari ni kan. Saya pulak terkecuali kali ni, alahai...rugi rasanya. Bukan rezeki saya nak puasa sunat hari ni.

Okaylah...since hari ni saya macam takde cerita menarik, jom layan pic anak-anak a.k.a 3 budak kecik makan aiskrim malam semalam. Sebenarnya kat rumah ni, selagi aiskrim tu belum habis satu tube....selagi tulah 3 budak kecik akan mintak aiskrim. Peti ais pulak akan sentiasa dibuka tutup entah berapa kali satu hari. Kadang-kadang sampai naik letih saya tengok sebab bukan ada apa pun dalam peti ais tuh. Entah-entah...dalam fikiran dorang akan ada magik muncul makanan kalau bukak tutup peti ais selalu.

Anak-saya ni makan aiskrim sambil duduk atas meja. Mentang-mentanglah meja ni UMMI letak dapur, senang pulak nak dijadikan tempat duduk beramai-ramai macam ni. **Dulu... meja ni saya letak kat living hall masa ada printer. Dan ingat tak meja ni jugaklah jadi port Naufal tidur dulu-dulu. Sekarang ni jadi port duduk-duduk pulak ye oleh 3 budak kecik! 

Makan dalam bekas dadih je. Kecik dan cepat abis!


Naufal ~budak-paling-happy-di abad-ini-dapat-makan-aiskrim.


Afnan sudah semestinya khusyuk makan aiskrim.
Macam tu pegang sudu, macam tu jugalah pegang pensel!

*

*

Dan saya pulak, disebabkan dah lama sangat teringin nak makan tauhu sumbat...semalam saya goreng 4 keping tauhu yang dibelah 2. Jadinya 8 keping semuanya. Sangat puashati sebab dapat makan banyak. Anak-anak tak makan pun, saya dengan Hubby je yang makan. Bila nak dinner, saya goreng lagi 2 keping yang dibelah 2. Hmmmm...makanya semalam memang saya kekenyangan makan Tauhu Sumbat je laaaa.... Bila nak tidur pun terasa perut masih lagi penuh. Ini bukanlah persediaan yang bagus untuk Ramadhan yang bakal menjelang. Harap-harapnya...saya boleh control makan lepas nih. Sebab berat macam dah naik lagi, dan Hubby tegur saya dah tembam!!


 Tauhu Sumbat versi UMMI...


**Lately...banyak pulak n3 masak-masak dan makan-makan dalam blog ni. Entahlah, bila saya rajin snap...rajinlah. Kalau tak saya biarkan aje. Bukan nak menunjuk-nunjuk ye saya pandai atau rajin masak. Cuma saya kekurangan idealah akhir2 ni sebab sibuk BW...boleh gitu?
photobucket

25 July 2010

Resepi Bread & Butter Pudding...

Kejap je dah hari Ahad. Dua hari cuti sambil layan kerenah  4 orang anak bujang saya memang tak terasa. Oklah...hari ni saya nak tepekkan pula resepi Bread & Butter Pudding atas permintaan AffanRuslan dan LilyAzliyana. Jom check apa bahan-bahannya ye~~Resepi dari blog Kak UMMI Kuantan~~


saya guna loyang bulat 10'~~

Bahan-bahan: (loyang 8x8 inci)

10 keping roti
500 ml susu uht/fresh milk
300 ml whip/fresh cream (kalau guna fresh milk pun ok)
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (tabur atas puding sebelum di bakar)
50 gm kismis
Esen vanilla
Butter (untuk disapu pada roti)

Cara-cara:

1. Telur dan gula dipukul bersama hingga gula hancur.
2. Tambahkan susu, cream, esen dan pukul lagi hingga sebati.
3. Susunkan roti yang telah disapu dengan butter dan dipotong kecil ke dalam loyang.
4. Taburkan kismis antara lapisan roti dan lapisan atas sekali.
5. Tuangkan bancuhan susu tadi ke dalam loyang.
6. Akhir sekali taburkan gula castor atas roti tadi supaya ia caramelised on top of the pudding.
7. Bakar dalam preheated oven pada 180 darjah celcius secara waterbath selama 45-50 minit.

Selamat Mencuba!!!


photobucket

24 July 2010

Bread and Butter Pudding...

Ini adalah projek saya semalam. Sesudah masak untuk lunch...dapur pun dah kemas, mulalah saya dengan misi untuk buat Bread & Butter Pudding nih. Sebabnya beberapa hari lepas ada beli roti jumbo. Tengok-tengok takde siapa pun usik. Daripada expired terus dan kena buang baik saya buat makanan yang lain. Kreatif lah kononnya ni. Tapi, anak-anak memang suka kalau saya buat puding roti ni especially TWINS sebab lembut dan tak payah kunyah banyak-banyak. Naufal pulak langsung tak sentuh. Muhaimin makan tapi kismis tolak tepi.


 Hasilnya selepas dipotong... nyummmyyyy!!!
Kalau makan dengan kuah kastard lagi best nih~~


TWINS yang tak sabar-sabar nak makan walaupun masih panas~~

**Saya ada banyak n3 tertangguh antaranya award2 dari blogger plus tag contest dari kawan-kawan semua. InsyaAllah... saya akan buat secepat mungkin ye~~
photobucket



23 July 2010

Lagi 19 Hari Nak Puasa...

Balik dari sekolah semalam, Muhaimin dah ingatkan saya pasal 19 hari lagi nak puasa. Rasanya kejap je masa berlalu. Macam baru je kita puasa dan menyambut hari raya 2009. Tup..tup.. Ramadhan bakal tiba lagi. Macam tahun-tahun sebelum ni juga, persediaan setakat ni belum menampakkan bayang-bayang pun lagi. Tiada pertukaran langsir baru, sofa baru apalagi kereta baru. **berangan mode..Semuanya ala kadar saja bagi kami.

Persiapan untuk Ramadhan kali ni cuma pertahanan dari segi mental untuk kesabaran melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar dan selalu menguji kesabaran saya. Muhaimin adalah orang yang paling happy bila tau puasa dah nak dekat. Katanya nak puasa penuh. Nak pegi solat Terawih kat masjid. Harap-harap angan-angannya bukan kosong. Harap-harap tahun ni puasanya lebih 'berisi' dari tahun lepas.

Naufal pulak sebut KUASA...refer to Puasa. Penggunaan perkataan yang jauh tersasar. Hmmm.... kalau KUASA...tak boleh makan tak boleh minum. Dia tahu, cuma tersilap satu huruf aje. Inilah Naufal yang makin hari makin banyak vocab yang cuba disebut. Cuma satu perangainya yang masih buat saya geram... dia menangis-nangis bila nakkan susu. Yuppp...dia masih minum susu dalam botol sampai sekarang!

TWINS pulak saya cuba nak wean-off sebelum puasa ni kalau takde aral. Kali ni memang saya rasa dah fikir masak-masak nak wean-offkan diorang berdua. Satunya, sebab twins dah besar. Kedua, sebab dah mula makan banyak. Means nasi, buah, dan apa2 ajelah semua dah masuk perut. Ketiga, persediaan nak dapat adik lagi. Tettttt!!! Mana ada...sebab saya dah tak larat....Boleh gitu?

Dan kebiasaannya bulan puasa memang saya memasak di rumah. Apa yang saya beli biasanya cuma kuih-muih je. Itupun beli dengan makcik yang memang kami tahu kuihnya sedap. Jadi takdelah ralat bila sampai rumah kuih tak manislah, basilah dan macam-macam lagi. Tapi, saya ni kalau puasa selalunya jadi teringin nak masak itu ini. Entah apa virus yang berjangkit saya pun tak tahu.


**Semalam juga, saya dah ok lepas tidur dan berehat sejam dua. Thanks pada kawan-kawan yang sudi tinggalkan komen dan jejak semalam. Yelah...saya ni macam manja. Penat sikit dah melepek sampai ke petang. Pukul 3 lebih baru saya bangun makan nasi. Anak-anak pulak makan dengan Hubby. Nasib baik Hubby sangat faham keadaan saya ditambah saya letih sebab period time~~


photobucket

22 July 2010

Tiba-tiba Badan Macam Melayang...



Semalam seharian berada di luar menyebabkan saya kepenatan hari ni. Sama juga dengan anak-anak. TWINS masih lagi tidur dengan nyenyaknya. Misi kami semalam adalah menemankan Hubby ke Jalan Tun Razak, KL sebab ada urusan penting. Awalnya nak singgah rumah my sister sebelum Hubby ke KL tapi rasa macam tak sempat pulak. Sudahnya, kami semua tunggu dalam kereta je bila sampai sana. Nasib baik masing2 dah kenyang pekena sebiji McD sebelum tuh. Kalau tak mau jugak meraung masing-masing dalam kereta sebab kelaparan. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Moga ada berita dalam masa terdekat ni~~

Kami sampai di rumah semalam dekat pukul 10 pm. Berulang alik JHR-KL-JHR dalam masa 12 jam rupanya sangat memenatkan walaupun saya hanya duduk sebagai penumpang dan bukannya jadi pemandu. Kalau Hubby memang dia dah biasa sebelum ni. Di tambah pulak dengan kerenah TWINS yang tak tidur sepanjang perjalanan buatkan saya bertambah-tambah letih. Sampaikan masa balik semalam Afnan menangis-nangis sebab nak BF.

Dan sedang saya menaip ni, bila bangun nak ke dapur rasa badan pulak melayang-layang. Rasa tak jejak pun ada. Pening dan rasa mual pun ada. Sudah!!! Saya nak berehat dululah macam ni. Masak tetap kena masak sebab TWINS dah bangun ni dan mintak nasi terus. Nak makan dengan ayam dengan sayur katanya...


**Alahai andai UMMI ada magik kan bagus... PLINGGGGG!!! Terus ada makanan yang enak-enak depan mata...Hehehehe...Mengarut pulak saya tiba-tiba. Kepada kawan-kawan yang datang berkunjung, minta maaf andai ada yang belum sempat saya ziarah semula. Petang atau malam ni doakan saya okay dan BW seperti biasa ye~~


photobucket

20 July 2010

Tag ~ 20 Perkara Tentang Saya...


Malam ni nak buat tag yang dah lama diperam dalam draf. Sebab musababnya... ada tag yang lebih kurang sama sebelum nih. Okay...tag ni dari Nisha, jangan marah kalau Kak Izan lambat buat ye~~
20 perkara tentang saya...


1. saya tak suka pendam perasaan.
2. kalau sedih nangis dalam bilik je.
3. suka masak dan suka try resepi baru.
4. tak pandai menjahit sebab keras tangan.
5. tak suka orang mulut laser dan cakap lepas.
6. fobia bawak kereta tapi suka bawak motor.
7. suka tengok suami dan anak-anak happy.
8. makan memang hobi dari dulu.
9. suka shopping bila ada duit, takde duit dok diam2 aje.
10. dah jarang tengok movie kat tv apalagi pergi tengok wayang.
11. suka suami wangi pakai perfum, tapi ketiak busuk dia tetap saya suka cium.
12. tak berangan nak duduk rumah banglo, kalau dah rezeki apa salahnya.
13. dulu suka buat sendiri kad yang comel2 n origami, sekarang tak lagi.
14. suka pakai baju kurung masa zaman belajar sebab gemuk.
15. masih suka fesyen tudung bawal, tapi mula suka pakai shawl.
16. tak suka makan ubat tapi bukan penakut dengan ubat.
17. pernah kerja kat klinik lepas spm, dan 1st time dapat tengok orang bersalin.
18. masih fobia nak bersalin walaupun dah lalui 3 kali pengalaman yang berbeza.
19. suka call mak saya lama-lama sebab banyak benda nak stori mori.
20. sangat mengidam masakan mak saya sekarang.


Sekian saja tag untuk kali ni. Secara rasminya tag ini berhenti setakat ini saja~~




photobucket

Tertarik Dengan CommentLuv...Anda Bagaimana?


Pagi tadi, masa saya buka shoutbox ternampak Blabberina tinggalkan pesan...10 tips : Alexa Rank under 300K in 3 months....Kalau nak baca lebih lanjut boleh klik je kat SINI. Semua point2 yang disarankan sangat-sangat bagus untuk menaikkan Alexa Rank blog anda.


Berbalik kepada commentLuv tadi, Apa yang buatkan saya tertarik ialah, point yang ke-2.

"Comment-A-Lot. especially at popular blogs/blog with ComLuv.
Pegi baca Ruginya Tak Komen!. Rugi kalau tak komen pada blog yang ada ComLuv-like my blog =). JANGAN guna shoutbox untuk KOMEN entry. 1 sebab-rugi la takde backlink. 1 lagi, payah tuan punya blog nak reply your komen tu."
 
Sebenarnya saya dah lama nak cari masa untuk pasangkan commentLuv ni kat blog. Cuma masa yang ada pulak sangat terhad dan saya tak sempat nak cari tutorial yang ajar pasangkan menda alah ni. Okay...since blog KakYong memang dah lebih dulu pasang commentLuv ni, saya pun godek-godeklah dari mana dia dapat tutorial tu semua. Dan lagi sekali thanks to Kak Yong sebab suggest blog Ariffshah  yang buat tutorial in Bahasa Malaysia. Alhamdulillah, memang mudah nak faham...dan berjaya pasang terus kat blog pagi tadi. 
 
Okaylah..kepada anda yang rasa susah nak bagi komen lepas ni...jangan risau sebab anda hanya perlu isi form untuk commentLuv ni sekali je. Lepas tu kalau nak komen lagi... dah automatik ada butirannya. Dan lagi lebih mudah untuk saya jejak anda semula sebab ada backlink untuk n3 terbaru anda. Saya harap komen2 dari kawan-kawan semua... Byee...

photobucket

Resepi Kek Coklat Comel...


Resepi ni saya cedok dari Kak Zie... biras saya sebelah Hubby a.k.a Mak Long kepada anak-anak saya. Mintak halal ye kalau ada sapa2 yang tengok Mak Su tempek resepi ibu kat blog nih. Bukannya apa... kegebuan kek comel ni memang tak dapat disangkal lagi. Dah lah tu merekah pulak kat atasnya. Kepada El...silalah cuba resepi ini, u pasti puashati!


Bahan-bahan:
(biasanya saya hanya buat separuh daripada sukatan di bawah ni)


4 biji telur (A)
3 cawan gula pasir
3 cawan tepung serbaguna Bluekey
2 cawan koko
1 tin susu cair
2 cawan minyak masak
1 penutup esen vanilla
Secubit garam

Cara-cara:


1. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
2. Gaulkan rata tepung serbaguna dan koko.
3. Masukkan secara selang-seli tepung + koko dan susu cair ke dalam campuran telur dan gula tadi.
4. Masukkan pula secawan demi secawan minyak jagung ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla dan garam.
5. Pastikan anda panaskan oven atau pengukus dahulu selama 20 minit...jika tidak kek anda akan bantat.
6. Oven - 160 darjah celcius (berbeza mengikut oven)
7. Bakar selama 10 minit (tray muffin) atau 40-45 minit (loyang 10')
8. Jika guna pengukus - 15 minit (paper muffin) atau 40 minit (loyang 10')

**Selamat Mencuba**

photobucket

19 July 2010

Jom Pergi Saloon!

Hari kejadian:
 Jumaat malam Sabtu...
*nasib baik sampai-sampai je takde orang...makanya cepat siap!

Misi:
Umtuk membotakkan kepala TWINS n Ayah. Naufal pulak cuma slope tepi je dan berangan nak hensem macam Abang Muhaimin. *Tak mau botak sebab dia kata nanti tak hensem! Aiyooo...statement tak boleh tahan!


Affan pertama!


Cool je dok atas tu~~


Afnan kedua!


Hishhh...apa yg dia jeling ntah~~


 Naufal kontrol hensem nampak!


Rambut cacak in the making~~


Tara..3 sekawan yang dah botak!


Hmmm...macam nilah hari-hari kat rumah~~
Macam-macam gaya ada....


**Sekian saje sesi bergambar untuk n3 kali ni. Kalau nak raya nanti rambut dah panjang maka kenalah pergi saloon lagi. Repair mana-mana yang patut ye!

photobucket

18 July 2010

Pisang Goreng dan Tray Muffin...


Petang-petang macam ni jom layan Pisang Goreng Panas cicah Sambal Kicap.
Perrggghhhh...menyentap selera yang kelaparan.!
**Sebenarnya ini gambar hari Khamis lepas...cuma tak sempat nak publish terus.

Jom makan pisang goreng panas!!!











*

*

*

Dan ini pulak adalah tray muffin yang saya gunakan untuk buat kek coklat comel tempoh hari.
Untuk makluman Kak Yong...inilah dia... non-stick tray muffin.
Harganya pun tak mahal...RM 13.90 je~~
Muat-muat elok je dengan oven nih.




Inilah oven kesayangan hamba yang jarang-jarang digunakan.
 Kasihan sekali...dasarnya hitam sebab tuannya malas nak bersihkan.
Kak Yong, oven ni pun Izan beli masa ada offer kat Carrefour...RM100 lebih sikit aje.
Nanti kalau Kak Yong dah beli habaq mai kat Izan ye~~



**Teringin sangat nak jadi UMMI yang rajin. Hari-hari masak yang best untuk suami dan anak-anak tersayang. Bak kata orang biar suami dan anak-anak suka makan air tangan isteri dan ibunya setiap hari...Lebih berkat! Setuju tak dengan saya? Tapi, saya pun kalau malas nak masak beli aje...macam tak biasa ye~~


photobucket

17 July 2010

Terjaga Awal Pagi...



Pukul 4 pagi saya dah terjaga. Kat luar pulak hujan lebat...sejuk je rasanya. Saya tengok Muhaimin tidur kat sofa dengan lena sekali. Then perlahankan kipas takut dia kesejukan. Anak2 lain semuanya dalam bilik. Pagi-pagi macam ni kalau saya terjaga mesti saya terus ke dapur cari air. Haus!

Misi pagi ni adalah on PC sebab semalam seharian saya tak dapat blogwalking. Internet amat slow sampai makan masa nak loading satu-satu blog. Saya jadi bosan nak menunggu. Alhamdulillah pagi ni semuanya berjalan lancar. Blogwalking ke blog kawan-kawan yang tinggalkan jejak kat shoutbox semalam. Kalau tak.. rasa bersalah je sebab tak balas kunjungan.

Tapi, pagi-pagi macam ni apa yang buat saya tak selesa adalah bila kerap bersin. Maybe sebab sejuk. Sebelum ni saya memang alah pada sejuk dan habuk...mulalah jadi selsema. Nasib baik ada ubat selsema kat rumah. Rimas juga sebab hingus asyik meleleh tak abis-abis. Dan lagi, kalau sejuk-sejuk macam ni saya suka buat air panas. Lega je rasanya dapat hirup secawan teh di pagi yang nyaman nih.

Dan lagi cerita malam semalam, kami bawa anak2 gunting rambut... banyak gambar saya amik. Tapi belum sempat nak transfer ke PC. Nanti saya sambung untuk next n3 ye~~ Hari ni adalah hari bersama keluarga. Hubby pun cuti dari kerjanya. Letih saya tengok sebab dia tak sempat nak berehat dan bersenang-lenang.


Happy Weekend untuk Semua~~



photobucket

16 July 2010

Kisah 3 Budak Kecik...

GAMBAR SEKADAR HIASAN...

**KAU dan AKU**


Siapa lagi yang cakap macam tu kalau bukan TWINS saya. Semenjak dua menjak ni kalau berbual sesama sendiri atau dengan Naufal suka guna perkataan KAU dan AKU. Sangatlah kurang sopan pada pendengaran telinga saya ni. Tapi, bila dengar betul-betul kelakar pun ada sebab budak-budak kecik 2 tahun 7 bulan ni rupa-rupanya kejap je dah besar. Dan bla sebut sesetengah perkataan pulak masih ada lagi pelatnya. Kadang-kadang tu nak mintak dukung, alamatnya  boleh patah pinggang saya sebab Afnan especially dah sama berat cam Naufal.

Baru-baru ni, TWINS praktis panggil Naufal... ABANG pulak. "Abang... abang... adik nak  ni... adik nak  tu...". Macam  ni lah kalau adik-beradik yang umur dekat-dekat. Sebenarnya saya tak kisah sangat TWINS nak panggil Naufal ke Abang ke, kecuali Muhaimin memang 3 budak kecik panggil Abang lah. Bukan tak hormatkan Naufal jadi Abang tapi as long as dia tau Naufal tu Abang dia okay lah. Tak panggil Abang pun takpelah buat masa ni.


**Naufal Praktis Melukis**

Dan lagi, saya mula dapat bayangan macamana kalau tahun depan Naufal dah mula pergi tadika. Pasti sangat comel sebab sekarang dia tengah praktis menulis dan melukis. Menulis huruf-huruf A-Z. Tapi, bila tulis P..B..L..boleh terbalik. E pulak sampai empat batangnya...camna tu? Kalau ada masa nanti nak snap sebagai bukti dan tepek kat belog nih.

Kalau lukisan pulak, macam2 lukisan dia suka lukis guna crayon dan yang paling mencuit hati saya bila dia cuba lukis siput cam dalam Spongebob, hantu yang menakutkan dan kereta yang agak ada rupa keretanya. Nampaknya dia agak seni berbanding abangnya...hehehe...Lagipun tangan kidal ni orang kata memang teliti dan seni...Entahlah, saya pun tak tahu.


**Saya paling seronok bila orang datang belog saya dan komen hingga boleh buat saya senyum balik sampai telinga. Terima kasih kawan-kawan! Dan akhir-akhir ni, Hubby saya pulak dah jadi pengomen terbaru dalam belog ini. Suka... suka...




photobucket

15 July 2010

Kek Coklat Comel dan Putu Mayam...


Semalam saya dah berjaya buat projek yang tertangguh dekat dua hari. Kek Coklat Comel nama diberi. Lepas siap masak tengahari semua, saya nak buat kek coklat ni gunakan acuan muffin yang saya beli Ahad lepas. First time kek tu masuk dalam oven adalah tidak menjadi sebab keknya terbantut dan dasarnya telah hangus. Padahal sepuluh minit je, kena tinggal pegi mandi. Kalau terlebih masa sampai oven bunyi "Ting" pasti rentung terus! Lepas tu, barulah saya pandai adjustkan masa dan dah tak hangus lagi.

Macam biasalah, kalau kek macam ni 3 budak kecik lah yang suka sangat nak rasa eksperimen UMMI dia. Sedapnya kek UMMI buat ni...Naufal n Afnan kata macam tu! Oklah lain kali boleh buat lagi ye! Tapi, saya punya kek tak pernah merekah kat atas dia. Camana nak buat entah... tak macam kek coklat yang selalu kakak ipar saya buat, sure merekah cantik je atasnya. Orang tengok pun pun terliur terus~~






Dan ini pulak adalah kes terliur nampak Putu Mayam masa pergi pasar malam dekat Taman U malam semalam. Beli 3 je buat syarat. Bukanlah peminat, tapi sekadar nak merasa... Terbaca pulak n3 Kniedaz kat SINI, dia sebut putu mayung... sama ke ngan putu mayam? Yelah...selalunya satu kuih ni macam2 namakan. Unik...unik....






**Oklah...mood saya semalam sebenarnya tak berapa bagus nak berjalan-jalan kat belog kawan2. Dan hari ni saya nak buat marathon awal-awal pagi lagi. Satu lagi, kalau anda perasan saya dah simpan balik tulisan saya semalam. Terima kasih atas komen-komen yang diberi, dan saya memang bukan pakar tapi sekadar berkongsi cerita tragis seorang rakan.

photobucket

12 July 2010

Peminat No. 1 Durian di Malaysia!!!


Alhamdulillah...musim durian tiba lagi. Pergi ke mana-mana pun asyik nampak orang jual durian je kat tepi jalan. Untuk pengetahuan, ini gambar bulan lepas...tapi TWINS saya tetap jadi peminat no.1 durian sampai bila-bila. Peminat kipas susah mati DURIAN woooo~~


 Belian kali ke-2


Tangan sapa ntah...oooohhh...Affan!
Nampak tak tanda kat kaki dia tu?


Penuh satu mulut!!
Pagi2 dah bangun nak makan durian~~


 Makan lagi... petang hari yang sama...
dah tukar baju kan~~


 Aduuuhhhh...sampai terpejam mata~~


 Aiyyooooo....Afnan!
Terlebih besar durian nih~~


 Yang ni baru sesuai...kecik je!


**Rasanya... ini semua gara-gara saya yang sangat suka makan durian masa pregnantkan TWINS dulu... Semalam Hubby beli lagi untuk kali yang ke-3. Beli pun 3 biji je. Dan sapa lagi yang habiskan kalau bukan anak-anak kecik kat atas nih! Birthday boy Naufal? Jangan harap dia nak jamah... pandang pun tidak okay~~

11 July 2010

Happy 4th Birthday Ahmad Naufal!



Hari ni 11 Julai 2010 genaplah NAUFAL 4 tahun.
Kejap je masa berlalu, Naufal dah besar dan jadi Abang kepada dua orang adik.
Kerenah dan keletahnya membuatkan UMMI dan AYAH sangat terhibur.
Tapi, adakalanya UMMI jadi pening kepala juga~






InsyaAllah...tahun depan Naufal akan ke tadika.
Rasanya banyak lagi benda dia perlu belajar.
"UMMI doakan moga Naufal membesar menjadi anak yang soleh, bijak
 dan mampu membahagiakan UMMI dan AYAH kelak...Amin."

photobucket

10 July 2010

Karipap Ayam Yang Sangat Sedap!


Kenapa sangat sedap? Sebab saya buat sampai 2 hari berturut-turut. Naufal yang mintak saya buatkan lagi semalam. "UMMI, buatlah lagi karipap ayam. Nau rasa sedap sangatlah...". Sebenarnya dah lama sangat saya tak menguli karipap nih. Jadi, hari Khamis lepas saya buat satu adunan. Rasanya doh kulit karipap tu terkurang minyak dan tak rangup jadinya. Intinya superb...dan sedap!


Karipap Ayam ~ Khamis punya...


Kali kedua, saya menguli lagi petang semalam. Dan kali ni kulitnya memang menjadi dan rangup sangat! Intinya pun saya buat extra pedas...terlebih kari pulak! Apa-apa pun inilah projek terkini saya sebab saya ni bila datang angin rajin je nak buat kuih. Kalau tak belilah jawabnya~



Karipap Ayam ~ Jumaat punya

**Bila buat karipap ni memang saya buat lebih sikit sebab boleh simpan dalam peti sejuk, dan goreng je bila rasa nak makan. Senang kerja saya lepas ni. Paling best bila dapat buat inti karipap dengan kentang Holland, memang lembut sangat kentangnya. Nyummmyyyy....!


photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails