Al kisahnya botol susu tinggal 2 je kat rumah ni. Yelah kan...budak kecik pun ada 3 orang kan. Naufal punya botol tu dah pecah penutupnya, so dah selamat dibuang oleh ummi last week. So, dia akan pinjam botol susu salah seorang adiknya. Nasib baiklah adiknya ni ok. Boleh consider lah pulak.
Nak dijadikan cerita, ada insiden yang tak patut dilihat berlaku pagi tadi. Kebetulan masa tu Afnan jadi si kecik yang kena menunggu giliran seterusnya. Entah macamana dia boleh mengamuk dan terus rampas botol susu Affan. Serius suasana masa tu jadi tegang seketika! Melalak bagai nak rak masa kejadian berlaku.
Ummi pun cuba leraikan dengan dukung Afnan kejap sementara Affan habiskan susu yang tinggal seciput je dalam botol tu. Tapi, memang inilah kejadian pertama seumpamanya yang berlaku sepanjang botol susu tinggal dua ni. Entahlah, saya dari dulu memang tak pernah berniat nak belikan sampai 2-3 botol seorang. Maksudnya banyak spare untuk dorang minum FM sebab sebelum ni dorang memang BF ummi, dan kadang-kadang je minum susu FM.
**Okaylah anak-anak kecik ummi semua. Sempena tahun baru ni kita ajak ayah pergi beli botol susu baru ye. Memandangkan ummi pun tak plan nak stopkan anak-anak minum susu ni, biarlah dorang minum sampai puas. Tapi tidaklah sampai besar ye nak nyonyot botol susu tu. Sampai masa nanti kita belajar minum dalam cawan pulak tau... salah satu azam tahun baru 2011 juga ni~






















