13 December 2011

Home » , , » Periksa Dapur Gas dan Getah Paip Gas Anda Sekarang Juga!

Periksa Dapur Gas dan Getah Paip Gas Anda Sekarang Juga!

Ya Allah...mengucap panjang saya bila baca entry terbaru kat blog seorang sahabat blogger EL.  Akibat dari dapur gas yang meletup.. sepupu kepada suaminya telah meninggal dunia akibat melecur hampir seluruh badan. Takziah buat keluarga arwah Kak Ana (sepupu en Od). Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... al-Fatihah.


Sememangnya malang itu tidak berbau... tapi sebelum apa2 terjadi, cubalah cegah sebelum terlambat. Utamakan keselamatan keluarga anda. Jangan lupa periksa dapur gas memasak anda dan tukarkan salur paip gas anda yang  dah lama atau rosak sekarang.


Masih teringat2 saya bila menonton Bersamamu.. seorang ibu menderita melecur hampir seluruh badan akibat dapur gas meletup juga sampaikan anak kecilnya takut nak mendekatinya. Mukanya yang dulu cantik... dah bertukar. Syukurlah dia masih punya ibu bapa yang sangat2 sayang padanya dan sanggup menjaganya. 


Menurut sumber: -

Tong gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi. Gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan permis perniagaan.

Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan.

Insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih mengunakan bahan bakar itu setiap hari.
W/pun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah.

Harga setong gas memasak 14kg ialah RM27 (dulu skit pya murahkan belas2 ringgit jek)

PUNCA KEBOCORAN GAS MEMASAK DIRUMAH SELALUNYA DISEBABKAN OLEH:

1) KEPALA GAS DIPASANG DENGAN CARA YANG SALAH
2) PAIP GETAH DAPUR GAS BOCOR DIGIGIT HAIWAN PEROSAK SEPERTI TIKUS
3) GETAH PAIP TIDAK DIGANTI SETELAH SEKIAN LAMA
4) GAS DAPUR TIDAK DITUTUP SETELAH DIMASAK DENGAN BAIK

N3 ini adalah untuk peringatan pada semua supaya lebih berhati2...korg cek2 lah kepala n getah paip dapur korg2 tu kot2 kena tuko ke ape ke. Jgn nasi sudah menjadi bubur baru nak tuko ok.

(saya copy bulat2 dari entry blognya di SINI)


18 comments

13 December, 2011

tkt lak bc ni..

13 December, 2011

Thanks for the reminder. Memang akan cek gas everytime tukart tong baru. Tapi pas baca ni memang kena cek lebih kerap la...

13 December, 2011

ya allah.. salam takziah..
balik ni trus kna periksa.. kdg2 kita bz dgn keje.. smpai alpa nk check mde2 gini... apa2 pon trima ksih utk peringatan ni..

lya pon ada tgk y bersamamu.. mmg sdih sgt

13 December, 2011

malang tak berbau kan??
takutnya sb benda yg selalu kita pakai hari2...huhu...kena lebih berhati2 ni...

13 December, 2011

nnt nak blk check kt umah..risau lak..selama ni mmg tak penah amik tau pun..tq for sharing kak izan..

13 December, 2011

thanks ingatkan ..takutttt

13 December, 2011

errmmm betul gak, dh lama x check saluran getah dapo gas

13 December, 2011

alahai jd takut pulak nk memasak bila dgr berita mcm ni..kfieza ada jgk tgk bersamamu psl ibu melecur terkena percikan api berpunca dr dapur gas..kesian kan..

13 December, 2011

mmg btula la izan kan..
kdg2 kite terlepas pandang perkara camni..

13 December, 2011

MasyaAllah... takut plak saya... mmg bahaya ni... dan2 nk g check gas sy lak..

13 December, 2011

mmg kena hati2 ni.... munna mmg selalu sapukan paip getah gas tu dgn sabun utk check samada getah tu ada yg bocor

13 December, 2011

a'ah la. tq ingatkan yer. dh 5 taun x check. masyaallah.

13 December, 2011

Al-fatihah & Takziah..
mmg kena berhati2..taku plak bila baca ni..
hari tu ada gak tgk Bersamamu..sedihkan..

13 December, 2011

SERAM PULAK ENA BACA N3 IZAN NI..

THANKS IZAN..

13 December, 2011

Mulanya akak heran gak, nape tajuk kt bloglist akak ni, izan ngan el nye sama....

Innalillah n takziah buat keluarga..... Mg roh beliau ditempatkan bersama2 org yg beriman....

13 December, 2011

saya ni jenis tak ambik berat jugak nih..mujur la en suami jenis particular pasal ni..tp pas ni kena sentiasa beringat ni...elak sblm jadi kan..

13 December, 2011

Thanks for sharing... hari tu kat rumah jadi jugak..Alhamdulillah suami perasan dah berbuih n kembang..Tuhan masih sayang kami sekeluarga cepat2 suami matikan n tukar hos baru..dahlar sy duduk sini dgn twins saja..hari tu kebetulan suami balik..Terima kasih Ya Allah

13 December, 2011

owh mmg dah list bulan ni mmg nak tkr paip gas dgn kepalanya sekali,risau si kembar duk umah dan uruskan diri sdri :|

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails