29 October 2011

Alahai Cheesetart Ni... Menggoda Sungguh!


Inilah jadinya bila terlalu mengidam bila nak makan sesuatu. Asal terlintas je dalam kepala, mesti mata ni dok melilau2 cari mana2 kedai yang jual cheesetart ni.

Syukurlah hajat dihati memang kesampaian masa jalan2 kat Angsana cuti deepavali yang lepas. Hmmmm... masuk entrance je memang dah nampak kedai jual cheesetart nih. Diam2 je beli nih sebab yang lain tak suka makan. Ummi je yang mengidam lebih2 nih... hehehe...

Nak buat sendiri memang tak reti pun. Last2... bila dah tinggal suku bekas, Affan Afnan pun pakat melantak pulak. Nasib baik ummi dah makan 3 suku bekas.... 

20 October 2011

Spontaneous Thursday # 4


Kadang-kadang kita rasa diri kita aje yang betul. Tapi sebenarnya kita silap besar bila kesalahan itu berpunca dari kita tanpa kita sedari. Dan sebab itu jugalah yang menjadi cerminan buat anak2 bila mereka mula membuat perkara yang sama. 

Jadi muhasabahlah diri selalu sebelum menuding jadi kepada orang lain. Satu jari yang ditunjuk kepada orang empat jari lagi menuding ke arah kita... Fikir-fikirkanlah!


Gambar sekadar hiasan... 

17 October 2011

Bila ChurpChurp Mula Membukit...




Selamat petang semua. Dari minggu lepas sebenarnya hati ni rasa riang ria... berbunga-bunga. Rasanya ini kali pertama saya share kisah churpchurp kat sini. Tak kisahlah kalau orang kata saya ni dah ketinggalan keretapi ke apa. Sedang berusahah gigih nak cukupkan RM 100 tu. Memang berbaloi2 kalau kawan2 join ni... Sabar izan .... sikit aje lagi tu. 

Pada sapa2 yang belum join... KLIK SINI ye!

15 October 2011

Wordless Saturday #9: Apa Yang Tak Kena Ni?



*
**


***


Sebenarnya ini memang salah sendiri... bukan sebab dibuli...

14 October 2011

Bestnya Dapat Bersantai2 Camni...

  
Tengoklah ni aksi si kembar yang bukan main lagi bersantai kat kerusi AYAH. Walaupun Ayah dah larang awal2 takde sapa yang dibenarkan naik atau panjat2 kerusi ni, si kembar tetap tak peduli. Bila naik tu sekali dua2 pulak... mengalahkan gaya bos kecik mereka berdua nih...


Sambil duduk2 tu sambil tengok rancangan kartun kegemaran mereka. Apalagi kalau bukan Kampung Boy. Dah berkali2 tengok pun tetap tak jemu sampaikan dah boleh hafal dialog...

 Sukalah tu!


 Amboi Affan...bukan main lagi! Kalaulah Ayah nampak nih..


 Tadi bukan main suka....sekarang dah masam pulak. 
Sebab ummi tak habis2 snap gambar ni.
Tak nampak kartun lah ummi!


Tengoklah tu... port baik punya!


Siapa Dah Cuba Safi Rania Gold?


Sebenarnya saya dah lama berhasrat nak  gunakan produk Safi Rania Gold ni memandangkan usia pun dah 3 series kan. Cuma sebelum ni rasa takut tak sesuai dengan kulit. Dah lama jugak muka saya ni tak ditepek dengan apa2 produk kecantikan. Bukan untuk sapa2 pun... untuk kekanda tercinta juga.


Saja2 je tanya pada en Hubby... tak sangka terus dia setuju. Tiba2 feeling jadi Rozita Che Wan kejap, terus semangat nak cuba. Saya beli set kirana macam kat bawah ni dengan harga RM 41.90,  murah 90 sen je dari harga asal yang tertera kat kotak iaitu RM 42.80. Ada gel pembersih, serum dan krim kecantikan.
Komen saya sendiri setakat 5 hari penggunaan yang agak konsisten ni... kulit terasa lembap sepanjang masa. Memang betullah rata2 komen yang saya baca dari blogger lain yang dah try produk ni, kebanyakan kesannya adalah positif. Tak sabar nak tengok perubahan pada diri sendiri. Kulit lebih anjal dan awet muda... 2 minggu lagi...

Pada kawan2 yang dah try produk ni jomlah share komen kat sini ye. Nak tau juga apa produk tambahan yang boleh dicuba selain daripada ni... i.e: krim siang/krim malam ke...

07 October 2011

Naufal : Gaya Yang Sama...


Masa kami jalan2 ke Tanjung Balau 2 minggu lepas... Naufal ada keinginan pulak nak bergambar sakan. Tapi kali ni dia lebih suka ummi ambil gambar dia sorang-sorang. Yang tak tahan tu bila dia asyiklah buat gaya peace tak sudah-sudah.


Layankan ajelah 4 keping gambar kat bawah ni dengan gayanya yang SAMA aje... Sampaikan bila baru je masuk bilik... tengah berjalan kat pantai... tepi swimming pool... semuanya dia suruh snap2...





06 October 2011

Jaga Kata-kata Anda...


Rasanya isu ni dah lama berlaku. Cuma bila ianya berlaku di kalangan orang yang kita kenali adakalanya kita rasa sedikit 'sentap' juga. Bukanlah nak kata diri sendiri perfect tapi selagi boleh jagalah apa yang ingin kita tuliskan di FB ataupun blog ni.


Baru-baru ni terbacalah saya di wall seorang kenalan tentang kisahnya yang seperti membuka pekung di dada sendiri. Kadang-kadang terfikir di benak kepala saya kenapa mesti dia tulis sedemikian rupa sedangkan FB tu kan tempat yang semua orang boleh baca. Andai kata orang yang dia maksudkan tu baca apa yang dia tulis... tak ke ianya akan menyinggung perasaan. Akhinya ukhuwwah yang ada pasti sedikit tercalar.

ada
Entahlah... susah nak jangka perangai manusia yang pelbagai ni. Kalau memang niatnya nak bagi orang yang dimaksudkan baca memang sangat tak patut. Kat depan2 cakap semuanya bagus... tapi kat belakang bukan main lagi kutukannya.

05 October 2011

Kalau Dapat Makan Waffle...


Petang-petang macam ni rasa perut berkeroncong pulak. Tengahari memang belum jamah apa2 makanan lagi sebab pagi tadi dah makan mihun goreng. Terbaca pulak entry Lydia Miza pasal Waffle... alahai buat mulut ni rasa nak makan je time2 hujan camni.


Kebetulan pulak last week ada pergi mall dan 'terbeli' waffle kat DailyFresh. Alahai... bila teringat balik memang terasa2 lah kat tekak ni hahh... Mana taknya, saya beli dua keping. Satu peanut butter + strawberi.... Satu lagi peanut butter + coklat. Kalau yang itu memang dikhaskan untuk en Hubby. Anak2 pun suka...cuma rasa muak sikit kot sebab adik yang keje tu letak punyalah banyak sampai meleleh peanut butter nya....



Tengok gambar aje pun dah terliur2 mengalahkan ibu mengandung... Haihhhh!!!

Wordless Wednesday #8: Seronok Melihat Mereka Gembira...





# Gambar sekitar mandi manda di Tanjung Balau, Desaru


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails