Saturday, December 31

Lain Kali Tak Payah Beli Banyak2 Sangat... Membazir!

Saya ni ada satu tabiat yang boleh dikatakan buruk juga. Tak boleh nampak sayur banyak2. Rasanya semua nak dibeli walaupun tahu jangka hayat sayur memang tak panjang. Kalau habis dimasak semuanya dalam jangka sama yang ditetapkan memang cantik sangatlah. Seluruh ahli keluarga dapat manfaatnya sebab dapat makan macam2 jenis sayur. 

Banyak yang terbazir begitu saja. Itulah yang selalu sangat terjadi. Sayur-sayuran yang dibeli tak habis dan layu aje dalam peti sejuk tu. Last tong sampahlah jawabnya. Kalau en Hubby saya tahu ni confirm dia tak bagi saya beli sayur lebih banyak dari biasa. 

Kadang2 bila tembelang saya pecah, saya suruh en hubby beli aje sayur apa yang dia nak makan untuk seminggu tu. Kalau ikutkan saya lebih suka makan ulam2an mentah dengan sambal tumbuk atau sambal belacan. Baru kick! Tak payah lauk2 banyak... ada ikan goreng atau ayam goreng dah cukup.


Inilah dia manusia yang kadang2 tak tahu nak bersyukur. Rezeki melimpah ruah tapi masih suka sangat nak membazir. Azam tahun baru 1#elakkan pembaziran bermula dari dapur kecil saya sendiri.

Perkara Yang Buat Naufal Senyum Sampai Telinga...

Malam semalam sebelum Carrefour tutup, ummi n Naufal sempat beli bahan2 nak buat roti john. Capai salad, tomato, timun dan gula2 batang nama apa ntah... Dalam pada tengah beratur tu kepala ni dok fikir2 cepatlah nak sampai rumah sebab Maharaja Lawak Mega dah nak mula. 


Ternampak juga pakcik yang beratur di depan kami dok belek2 aje jamnya... "cepatlah sikit...kejap lagi dah nak mula Maharaja Lawak Mega ni!"... Sama rupanya harapan kami di saat queue panjang nak bayar barang masing2.


Dan masa isteri pakcik tu tengah nak membayar barang2nya... tiba2 dia hulurkan note RM 1 dua keping pada Naufal, "Ambillah... makcik kasi ni. Dah sekolah belum?". Naufal yang tersipu2 malu tetap ambil duit tu. Tapi mulutnya terkunci rapat sebab dia terkejut agaknya tiba2 makcik tu hulur duit RM 2 pada dia. 


Sebelum berlalu pergi sempat makcik tu pesan kat Naufal.. "Doakan makcik sihat selalu ye. Boleh  kuat sembahyang macam biasa." Saya pula membalas... "InsyaAllah makcik... terima kasih banyak2... jumpa lagi!". Dan kami pun bersalaman sambil makcik tu berlalu pergi dan giliran saya pula untuk membayar barang yang dibeli.


Situasi ni pertama kali berlaku pada kami. Naufal agak terkejut pada mulanya... gula2 yang diambilnya tak dapat dibeli sebab ummi  lupa nak timbang dulu. So terpaksa ditinggal saja. Dan akhirnya senyuman tetap terukir dibibirnya kerana rezeki yang tidak disangka2 dari hamba Allah yang sangat pemurah. 




Besar maknanya RM 2 pada kanak2 seperti Naufal. Dia sudah punya beg duit Ben 10 yang dipilihnya sendiri. Bukan main teruja dia setiap kali dapat duit. Terus disimpan dalam beg duitnya tu. Harap2lah tabiat menyimpannyat akan berterusan sehingga dia besar kelak. Amin...



Thursday, December 29

Lain Yang Dirancang..Lain Pula Yang Dibuat...

Pheeewww... kesat peluh kat dahi kejap sambil tarik nafas panjang2. Baru dapat bersiaran buat seketika sebelum en Hubby pulang. Syukurlah hari ni panas juga. Kain di jemuran untuk basuhan semalam dah selamat diangkat. Baru beberapa jam tadi  misi basuh baju2 sekolah baru abang selesai. Lega sangat rasanya. Kak Yus lagi advance! Dah nak jahit lencana nama dan sekolah lagi. Jeles aiiii...


Misi diteruskan lagi dengan sesi kemas-mengemas pula. Mula2 plan nak kemas bilik bawah yang sekian lama bersepah. Last2 merebak pula ke kabinet dapur yang dah lama tak dikemaskini barang2 di dalamnya. Berpeluh2 juga ketiak ni. Nasib baiklah takde siapa pun budak kecik yang datang mengacau ummi. Harap2 sangatlah kekemasannya dapat bertahan lebih lama. 


Akhirnya cantik jugalah dapur kecik sekangkang kera tu setelah dikemas dengan jayanya. Lapang sikit biji mata ni tengok semua dah tersusun rapi. Apa yang patut dinyahkan dari dapur dah selamat pun berada dalam tong sampah... 


Tinggal lagi lantai aje yang tak berkilat sebab dah rasa letih pula nak mengemop. Kita tunda untuk misi esok pulalah ye. Kerja ibu di rumah ni  memang tak pernah selesai... mana lah selesai kalau kejap2 asyik menghadap. Kalau mak saya baca ni haruslah mak saya mengucap panjang... ampun mak....


Misi Penting Hari Ini...

Kalau orang lain dah siap agaknya berbasuh dan bergosok baju2 anak sekolah mereka. Saya ni baru terhegeh2 nak buat itu ini. Mana taknya, bila baru balik dari kampung... nak kena kemas baju anak2 masuk dalam almari dulu, then lipat pula baru yang baru diangkat dari ampaian dan lagi basuh pula baju2 yang kotor... proses yang tak selesai2... alahaiiii...


Sebenarnya lately  ni rasa macam malas aje nak buat kerja rumah. Boleh gitu? Sementara anak2 semua masih ada kat rumah ni, kalau mengemas pun kejap aje bersihnya dan kemasnya.. kejap lagi mulalah  bersepah semula. So ummi pun ambil pendekatan paling mudah aje. Kemas rumah waktu pagi lepas Ayah pergi kerja dan sekali lagi sebelum Ayah balik dari kerja. Itupun kadang2 ada juga yang tak kemas di mata Ayah... sorry ye Ayah!


Tapi hari ni, nak tak nak mesti kena basuh baju2 sekolah abang Muhaimin yang baru dibeli. Nampaknya cuaca hari ni pun baik. Harap2lah sinaran matahari hari ni cukup untuk mengeringkan baju kami sekeluarga. Kena tunggu dulu baju di jemuran semalam kering dulu... Sementara tu boleh balut pula buku2 sekolah abang Muhaimin... banyak pula tu!


Dah.. dah.. tak elok asyik bertangguh kerja je. Nanti satu kerja pun tak jadi! Nanti saya jalan2 blog kawan2 bila dah selesai semua misi hari ni ye.. slow2 buat mesti siap semuanya kan.



Wednesday, December 28

Wordless Wednesday: RM 500 Voucher Tesco Siap Sedia Untuk Ditebus!!!


Kata WW... tapi tetap nak bebel juga. 

Voucher seperti yang dikatakan seperti dalam entry sebelum ini KLIK SINI, telah digantikan kepada voucher Tesco seperti dalam gambar di atas. 

Apapun syukur pada rezeki dari Allah... Mudah2an rezeki tahun 2012 lebih murah lagi buat kami sekeluarga...


*awas: ini entry buat kenangan kami dalam blog personal ini sahaja. Tiada niat nak kata kami ni kaki shopping atau sebagainya...

Tak Dapat Join Reunion dan Follower ke 2211..

Selamat bersiaran pada waktu petang pula. Hmmm... macam ni lah kalau rajin sangat nak menaip entry. Sehari pun boleh sampai 2-3-4 entry yang dikarang. Mana taknya... idea dalam kepala ni adakalanya datang mencurah2 tanpa dipaksa2. Ada masanya otak tepu bagai lemak dalam badan yang susah nak dikeluarkan.. kan dah melalut lebih2.


Kisahnya, semalam saya dah ditag oleh kawan2 tentang reunion yang mereka anjurkan di Pantai Kelanang. Serius seumur hidup saya memang tak pernah sampai ke sana. Kebetulan pula saya memang ada di kampung selama seminggu... tapi sayangnya saya balik ke Johor pada 23hb. Dan reunion tu pula pada 26hb. Memang tak dapat joinlah jawabnya...


Meriah saya tengok gambar ramai2 yang mereka ambil. Seingat saya, saya memang belum pernah join mana2 reunion sekolah. Nak2 pula reunion dengan kawan2 sekolah rendah. Memang ada yang dari darjah 6 tak pernah jumpa2 lagi sampai sekarang... Then, ada juga yang sambung sekolah agama sama2, tapi lain2 kelas...


Bila dah masuk ke sekolah menengah tingkatan 4 n 5 memang terus terputus hubungan kecuali dengan beberapa orang teman rapat saja. Masing2 dah punya keluarga dan ada juga yang masih single mingle. Yang kelakarnya... bila tengok muka, ada yang tak ingat nama... tengok nama kenal, tapi tak ingat muka pun ada... 


Terima kasih pada mdsaf_kyo sebab sudi jadi follower saya yang ke-2211. Rakan sekolah merangkap rakan blogger baru. Jom singgah blognya juga!

Makanan Boleh Menentukan Jantina Bayi...


Inginkan anak perempuan? Amalkan makan makanan yang banyak mengandungi kalsium.

Untuk anak lelaki, banyakkanlah mengambil makanan bergaram. Ini adalah diet yang dicadangkan oleh Dr. Jonathan Hewitt, seorang pakar sakit puan di Liverpool Women’s Hospital di England, untuk wanita-wanita yang ingin memilih jantina bayi dalam kandungan mereka.


Menurut Dr Hewitt, diet yang diamalkan dalam tempoh dua bulan sebelum mengandung boleh menentukan jantina bayi dalam kandungan dan setakat ini, diet itu dikatakan menemui kejayaan hampir 80%.

Diet untuk mendapatkan anak perempuan banyak mengandungi kalsium, magnesium dan kurang sodium. Manakala diet untuk anak lelaki adalah sebaliknya.

Dr. Hewitt menemui kejayaan dalam percubaannya melalui seorang ibu, Jane Maudsley yang mengamalkan diet itu. Jane melahirkan seorang anak perempuan bernama Heather empat tahun lalu selepas dikurniakan tiga orang anak lelaki. “Saya inginkan seorang lagi anak” kata Jane. “Jika boleh saya inginkan anak perempuan, tetapi soal jantina tidak penting asalkan kami mendapaT empat orang anak”. ujarnya.  “Bapa saya telah terbaca laporan tentang diet itu dalam sebuah akhbar tempatan dan saya terus membuat temujanji dengan Dr. Hewitt.” “Untuk mendapatkan anak perempuan, dietnya tawar sekali tanpa garam, tomato, cendawan ataupun jagung manis."…. "Semuanya makanan kegemaran saya. Malah saya tidak dibenarkan makan biskut kerana ia mengandungi garam.” Katanya


Jane dinasihatkan mengamalkan diet itu bagi tempoh sekurang-kurangnya enam minggu sebelum memulakan usaha-usaha untuk mengandung. Selepas itu segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sehingga tiba saat-saat kelahiran apabila suaminya, Stephen membawa berita gembira mengenai kelahiran anak perempuan mereka. “Saya seperti tak percaya apabila mendengarnya” kata Jane. “Berita ini sungguh melegakan”.


Diet Untuk Anak Perempuan 

Diet ini mempunyai kandungan kalsium dam magnesium yang tinggi dan sodium serta potasium yang rendah. Ia mestilah diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum mula mengandung. Harus dingatkan bahawa diet ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit buah pinggang atau batu karang. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakannya.

Pengambilan Harian
· Susu 600ml
· Roti wholemeal 90gm
· Mentega tanpa garam minimum 30gm
· 2 atau 1 bahagian daging dan 1 bahagian ikan
· 2 bahagian sayur
· 2 bahagian buah
· 1 biji telur atau 2 keping bijirin weet-bix atau vita-brits
· 2 biji ubi kentang direbus sahaja
· Tambahan: 4 biji pil kalsium sehari


Makanan / Minuman Yang Dilarang Sama Sekali
· Sosej dan daging salai
· Ikan masin atau makanan laut yang dibuat jeruk
· Kopi, Teh atau minuman bergas


Diet Untuk Anak Lelaki
Diet ini kaya dengan sodium dan potasium dan kurang kalsium dan magnesium. Ia mestilah diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum mula mengandung. Mereka yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi dilarang mengamalkan diet ini. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakannya.

Pengambilan Harian
· susu 200ml
· Roti wholemeal 90mg
· Mentega bergaram minimum 30mg
· 2 atau 1 bahagian daging dan 1 bahagian ikan
· 2 bahagian sayur
· 2 bahagian buah
· 1 biji telur
· Garam 3gm
· Daging salai atau daging masin
· Ikan salai boleh dimakan tetapi tulangnya mestilah dibuang kerana ia mengandungi kalsium
· Cendawan, jangung manis, blackcurrant dan oren
· Kopi, jus oren, jus tomato dan pekatan Bovril & Oxo
· Ubi kentang, coklat dan keju dilarang sama sekali.

Dan akhir sekali... Kita hanya merancang dan berusaha, Tuhan yang menentukan. wallahu'alam...


SUMBER DARI SINI


Happy 10th Anniversary To Both Of Us!!!


28 Disember 2001 - 28 Disember 2011

Ya Allah Ya Tuhanku... Moga Engkau terus memperkenankan doa kami untuk menjadi keluarga yang bahagia dan sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangmu Ya Allah... Sentiasa berikan hidayah ke atas setiap daripada kami dalam melayari kehidupan sebagai hambaMu di atas muka bumi ini... Eratkanlah kasih sayang kami dan janganlah pisahkan kami kecuali bila ajal telah tiba. Sesungguhnya temukanlah kami sebagai sebuah keluarga di syurga Firdausmu kelak... Amin....


UMMI sayang AYAH selamanya...

HAPPY 10TH ANNIVERSARY!!!

Segmen rerama berterbangan - Jan 2012


Kalau bulan lepas saya tak sempat nak join segmen kakyong ni, bulan ni saya wajib join sebelum tamat tarikhnya 31 Disember 2011 ni.

Klik SINI untuk lihat syarat2 dengan lebih lanjut ye...


Kakyong, inilah 5 fakta tentang izan ishak yang patut semua ketahui...

  • panggilan izan ishak dikalangan blogger dan teman2 rapat..
  • ummi kepada anak2 lelaki berumur 9, 6 dan 5 tahun (pada tahun 2012)..
  • surirumah sepenuh masa dan suka berblogging untuk berkenalan dengan lebih ramai kawan2 yang mempunyai minat yang sama..
  • berkahwin dengan orang Johor tetapi berasal dari Selangor..
  • anak bongsu daripada 5 adik-beradik perempuan..

Seronok bila join segmen di kalangan kawan2 blogger ni tau. Di samping boleh berkenalan dengan lebih rapat, kita juga boleh mengenali blogger2 baru juga. Saya pun dah lama mengenali blog kakyong ni sebelum blog ditukar  kepada kakyong.com. Banyak sangat ilmu yang saya pelajari dari kakyong... Terima kasih banyak kakyong!



Tuesday, December 27

3 Budak Kecik Macam Dah Tak Sabar Nak Bersunat?

Wahhhh... tajuk bukan main panjang lagi ummi ni. Bukan apa.. alhamdulillah sejak abang Muhaimin dah berkhatan ni, anak2 ummi yang lain dah macam bersemangat nak berkhatan juga. Baik Naufal mahupun Affan. Cuma Afnan je yang takut sangat sebab dia ingat kalau khatan tu k*n*knya akan hilang... hahaha...


Kalau dilihat pada alasan Affan memang terbaik!!! "Kenapa kita nak kena sunat Affan?". tanya ayah padanya... "Iyelah.. kalau kita sunat nanti k*n*k kita jadi bersih. Tak kotor lagi". Ummi yang mendengar bila ayah ceritakan semula tersenyum sendiri... Syukurlah kecil2 dia dah punya kefahaman yang betul tentang hikmah berkhatan ni.


Naufal pula pada mulanya memang dia tak nak, tapi selepas dipujuk oleh ayah, katanya akan diberi reward kereta mainan Flash & Dash.. barulah dia setuju. Cuma masanya belum lagi ditentukan lagi... mungkin darjah 1 atau darjah 2 seperti abangnya.


Dan lagi.. nasib baiklah ayah pun dah buka mata seluas2nya tentang kebaikan berkhatan pada anak2 lelakinya seawal usia. Sebab kalau diikutkan anak2 kakak ummi yang lelaki, ramai yang dikhatankan seawal usia 6, 7 tahun.. (ummi memang punya ramai anak saudara lelaki berbanding perempuan)


Ditambah pula dengan pengalaman doktor yang mengkhatankan abang Muhaimin sendiri, anak2 lelakinya memang dikhatankan ketika masih kecil... yang sulung ketika usianya 46 hari dan kawan abang Muhaimin pula masa umur 6 bulan. Jadi anak2 nya memang tak tahu apa itu KHATAN/SUNAT.


Jadinya... pada ibu2 yang punya anak2 lelaki macam ummi ni, boleh berikan kefahaman dulu pada anak2 sebelum mereka melalui sendiri fasa baru dalam hidup mereka. Pengalaman sekali seumur hidup yang tak mungkin dapat diulang... 


Abang Muhaimin dah pun pulih sepenuhnya... Lega rasanya ummi ni. Dah boleh beraktiviti dan pakai seluar seperti biasa. Balik rumah nenek hari tu, umpama membalas dendam bila nenek kata dah boleh makan itu ini termasuklah ayam... kecuali telur masih lagi dipantangi sampai sekarang. Takut gatal!


**Pada Kak Yus... Muhaimin berkhatan kat Klinik Putra, Tongkang Pechah. Sori ye kak hampir terlupa nak beritahu bila akak tanya dalam entry tempohari... 

Mari Kita Doakan Sama2 Agar Beliau Selamat Ditemui...

Terkejut bercampur sedih! Itulah ungkapan yang mampu saya rasakan bila en Hubby beritahu tentang kisah seorang seniornya sewaktu di UiTM Segamat dulu yang hilang sejak 16 hb lepas. Sampailah ke hari ini beliau masih belum dapat dihubungi atau dijumpai. 




Dan kebetulannya... beliau juga adalah rakan sejawatan en Hubby cuma mereka berbeza cawangan. Saya mula terfikir... bagaimanalah agaknya perasaan isteri dan anak2nya ketika ini ye? Report polis telah pun dibuat oleh isterinya. Dan yang pasti hati isteri mana yang tidak risau kalau suaminya hilang secara tiba2 tanpa dapat dikesan. Ditambah pula mereka baru kehilangan anak yang baru dilahirkan lebih sebulan yang lalu...




Ya Allah... moga Engkau permudahkan urusan isteri dan ahli keluarganya dalam mencarinya. Biarpun saya tidak mengenali isterinya secara dekat, tetapi sebagai saudara sesama Islam mari kita sama2 doakan agar beliau dapat dijumpai dengan selamat. Ini pula FB beliau yang sempat saya lihat... KLIK SINI.  

Naufal dan Kisah Rambut 'Spike'nya...

Dah selesai pun hal gunting-menggunting rambut malam semalam. 5 jejaka malaya ummi semuanya dah hensem sekarang. Ayah macam biasa dengan potongan rambut ala eksekutifnya. Kalau sebelum ni rambutnya dah nak  mencecah bahu. Naik rimas ummi melihatnya. Jambul pun dah tersembul keluar.


Abang Muhaimin pula macam biasa dengan rambut slope tepi dan belakang. Gaya budak sekolah. Kemas! Kembar pun sama juga macam abang Muhaimin. Lepas siap gunting rambut masing2 dipakaikan gel jadi rambut tu keras mencacak... rambut SPIKE! Abang cina tu dah tahu dah selera jejaka2 ummi semua.


Tapi, yang kelakarnya semalam pasal Naufal ni la. Ummi cakap dengan kakak cina tu jangan potong bahagian atas rambut Naufal sebab kalau pendek sangat nanti rambutnya akan jadi cacak. So... dia cuma trim pendek saja bahagian depan dan kelilingnya. Kesudahannya... rambutnya diletak gel dan difesyenkan jadi lebih kurang macam gambar kat bawah ni.


Sebijik macam ni okay... Hensem cam korea anak ummi!!!
Pengsan kejap


Kesudahannya... dia terus merajuk tak nak tengok siapa2. Apalagi nak tengok rambutnya kat cermin. Sementara tunggu giliran ayah selesai gunting rambut... puaslah ummi ni pujuk dia. Dia pula cuma kata, "nak rambut macam abang... nak rambut macam abang..."


Dan resultnya selepas di makeover sekali lagi oleh oleh abang cina... jadilah macam kat bawah ni! Jangan terkejut ye aunty2 semua... Naufal janji tak akan buat rambut macam ni pergi sekolah nanti. Silap2 cikgu suruh balik rumah pula nanti... hehehe...

*


*


*


*


*




Aduhai abang Naufal... dah bangun tidur pagi ni pun masih ada saki baki rambutnya yang masih 'spike'. Mana taknya... siap letak gel lebih2 dan kena spray rambutnya mengalahkan retis malam semalam. Bila ingat2 balik memang senyum je ummi dibuatnya...


Monday, December 26

Lemau...

Bukan biskut aje yang boleh jadi lemau. Tuan punya badan ni pun boleh jadi lemau bila line tenet ni jadi macam siput sedut yang tak boleh disedut keluar. Geram rasanya bila hasrat banyak yang tak boleh nak dipenuhi. Kalau ada pun cuma beberapa buah blog kawan2 aje yang sempat disinggahi dan ditinggalkan komen.




Misi malam ni: nak pergi gunting rambut ayah dan anak2 yang semakin mencecah bahu masing2... sekolah lagi beberapa hari lagi. Mode agak sibuk...



SEDIH! Kepala pun dah start tingtong sama... Seram sejuk pula badan ni bila kena angin sepoi2 bahasa... 

10 Tanda-tanda Kehamilan Yang Harus Diketahui...

Seronok rasanya bila baca entry kawan2 blogger yang dah selamat melahirkan baby, berdebar-debar tunggu masa melahirkan seperti Mamalieyna... dan tak kurang juga pada kawan2 yang masih di peringkat awal kehamilan seperti mrsfieza...


Dan yang pasti bila si kembar diajukan soalan tentang 'baby', mereka berdua sangat teruja! Sebab masing2 dah besar dan tahu kalau baby tu mesti comel2 belaka. Dua2 nak baby perempuan yang TEMBAM aje!


Dan kali ni saya just nak share 10 tanda kehamilan yang harus diketahui oleh para ibu2 seperti kita... sumber dari SINI...

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!


Kalau ikutkan pengalaman saya sebelum ni... memang tanda di awal kehamilan adalah kerap kencing dan ulang alik ke tandas. Mujurlah dalam ketiga2 kehamilan saya tidak mengalami  morning sickness yang teruk... sekadar loya dan muntah pada 4 bulan pertama saja. 


Saturday, December 24

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com



Dah lama sangat rasanya saya tak join mana2 segmen dari kawan2 blogger. 
Tapi hari ni datang mood rajin nak join segmen Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com


Syaratnya tak susah pun...
Klik SINI untuk join dan lihat syarat2nya ye!


Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011


Jom join cepat2 sebelum terlambat...
bila lagi nak promote blog sendiri pada kawan2 baru kan!

Friday, December 23

Baru Dapat Bersiaran Secara LIVE!

Seminggu di kampung langsung tak terasa. Baru malam tadi kami sampai ke home sweet home. Rindu rumah sendiri! Lagi rindu pada bog tersayang dan kawan2 semua. 




Anak2 seperti biasa sangat happy sepanjang berada di rumah nenek mereka ni. Macam biasa rasa sayu tak mampu dibendung bila tiba masa meninggalkan emak. Lepas ni entah bila lagi kami berkesempatan pulang ke kampung. Kena tunggu cuti2 sekolah pula nampaknya...


Terharu rasanya saya bila banyak sekali komen dari rakan2 yang saya terima meskipun sepanjang seminggu ini hanya entry autopulished saja yang sempat saya buat. Terima kasih buat rakan2 yang tak jemu2 singgah ke sini. InsyaAllah... akan saya balas entry kalian. Kalau saya lambat sampai jangan sampai ada yang merajik pula ye....


JUMPA LAGI NANTI... Hari ni masa untuk balik rumah MIL pula...

Churpchurp... Go Go Chaiyok!

ENTRY MELEKAT UNTUK 7 HARI
SCROLL LAGI UNTUK BACA ENTRY TERBARU DARI SAYA!



Senyum... Tak perlu kata apa-apa... Senyum...



Jangan lupa... klik dengan pantas mana2 yang anda suka!






MODE: Tak sabar nak cashout Churpchurp. 


Jangan lupa add ye:




*Terima kasih banyak-banyak pada kawan2 yang sudi klik2, add FB n Twitter saya tu. Jangan lupa tinggal komen tau... nanti saya akan balas jejak anda!

Thursday, December 22

5 Petua Dapur Yang Patut Kita Tahu (2)

Bersambung lagi kita ke bahagian kedua ye...




1. Atasi sinki tersumbat


Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

*kena cuba ni sebab sinki kat rumah ni senang sangat tersumbat. Selalunya saya curah air panas je tanpa letak garam kasar. Baru tahu ni...


2. Jimat Gas Ketika Masak Bubur

Rendam beras yang hendak dimasak selama 30 minit sebelum dimasak. Selain dapat menjimatkan menjimatkan penggunaan gas, ia akan mempercepatkan proses memasak bubur selain bubur lebih empuk.

*bolehlah masak bubur nasi dengan lebih mudah tanpa menunggu lebih lama lepas ni...


3. Khasiat Air Beras

Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.

*MIL saya memang selalu buat... saya? tak buat sebab tak rajin nak tanam pokok pun.. hehe


4. Membasuh Buah-buahan

Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

*yang ini pun sama... MIL selalu pesan mesti basuh buah2an atau sayur2an dengan air garam dulu.


5. Bawang Kopek Tahan Lama

Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.

*saya rajin kopek bawang masuk dalam peti sejuk sebab kalau bawang kat luar lama2 boleh jadi busuk tanpa disedari.




Doakan perjalanan pulang kami ke Johor selamat dan lancar pada esok hari ye... Sebelum tu nak singgah Melaka dulu dan shopping2. Lagi beberapa hari sesi persekolahan 2012 akan dibuka... Anak2 dah tak sabar nak pergi sekolah!


Wednesday, December 21

5 Petua Dapur Yang Patut Kita Tahu (1)

Sebenarnya banyak sangat petua dapur yang kadang2 kita tak tau. Dan mungkin juga kita tahu tapi kita tak amalkan pun. Jom tengok apa 5 petua dapur harini... untuk rujukan saya juga ni... 



1. Cucur Pisang Yang Cantik dan Sedap


Untuk mendapatkan cucur pisang yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.


*dah lama tak buat cucur pisang... pisang apa pula yang sedap dibuat cucur ke kawan2?


2. Kurangkan Lalat Hinggap Pada Makanan

Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih didalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.


*tak pernah cuba petua ni... kadang2 lalat memang tiba2 jadi byk kat rumah ni. 


3. Kegunaan Sabun Mandi

Kegunaan lain sabun mandi ialah untuk menghilangkan daki pada pakaian seperti stoking, kolar dan lengan baju. Juga kesan peluh kuning pada ketiak baju. Jika pada stokin, sebaiknya direndam semalaman dengan sabun mandi, sental dan berus seperti biasa. Pada kolar, lengan dan ketiak baju, palitkan sahaja dan gosok dengan berus. Selesai menggosok, cucilah seperti biasa sama ada menggunakan mesin basuh atau cucian tangan.


*kolar baju anak sekolah anak selalunya kotor dengan kesan daki. Kena buat lepas ni...


4. Tips Memasak Pulut Kuning

Rendamkan pulut semalaman agar elok kembangnya. Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa, agar pulut kelihatan berkilat setelah dimasak.

Untuk mengelak pulut cepat basi, perah santan menggunakan air suam. Kemudian panaskan santan dengan garam. Tetapi jangan sampai mendidih.
Didih kukusan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan pulut yang wangi, siat-siatkan daun pandan sebelum tanak atau mengukus.

Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas, agar tidak melekat.



*stok pulut ada di dapur... sedapnya kalau dimakan dengan rendang ayam/daging.


5. Lembutkan Jagung Rebus

Bagi mendapatkan jagung rebus yang lembut anda tidak perlu mencampurkan garam dalam rebusan jagung. Garam akan menjadikan jagung anda keras. Seeloknya, semasa hendak makan jagung rebus, sapukan mentega dan taburkan lada sulah sedikit. Tentu jagung rebus itu akan lembut dan sedap dimakan.


*selama ni saya mesti letak garam masa rebus jagung... cara yang salah rupanya..


SUMBER: http://petuadapur.blogspot.com


bersambung....


Bolehlah kita amalkan sama2 ye... petua dapur yang mudah tanpa belanja yang besar!


Tuesday, December 20

Penghijrahan Artis...


“Tidak semestinya yang baik sebelum itu akan terus menjadi baik sekarang, dan yang pasti, tidak semua yang jahat sebelum ini akan terus menjadi jahat pada masa akan datang. Pendek kata semua orang boleh berubah”. 


Kata-kata yang dipetik daripada pelakon dan juga pengacara, Wardina Safiyyah ini merujuk dan menggambarkan tentang penghijrahan serta perubahan yang berlaku di kalangan artis-artis tempatan kita sejak kebelakangan ini.


Fenomena penghijrahan artis ini merupakan sesuatu yang positif apatah lagi artis merupakan figura yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Penghijrahan yang dilakukan ini diharap akan berkekalan agar dapat membuka mata masyarakat sekeliling untuk kembali ke jalan yang benar sekaligus memilih gaya hidup yang positif. Berikut merupakan rangkuman senarai lima artis yang melakukan penghijrahan pada tahun 2011.



1. Irma Hasmie

Siapa sangka, pelakon dan pengacara yang terkenal dengan insiden peluk dengan bekas kekasihnya satu ketika dulu ini akhirnya menerima hidayah untuk melakukan penghijrahan. Niat murni Irma untuk berubah mula timbul ketika beliau menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada awal tahun lalu. Sekembalinya ke tanah air, Irma terus tekad untuk mengenakan hijab.

Menafikan beliau memakai hijab semata-mata kerana fesyen, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini memberitahu penghijrahan yang dilakukannya ini adalah dengan niat yang satu iaitu berubah demi kebaikan diri.

Selari dengan imej barunya yang menutup aurat itu, Irma kini menjalankan perniagaan jubah secara online bersama dengan rakannnya, Ezuwan Ismail. Malah rezeki kerjaya seni Irma juga tidak tersekat selepas memakai hijab di mana Irma kini masih menerima tawaran berlakon selain menjadi pengacara program bual bicara di saluran TV Al Hijrah, ‘Assalamualaikum’.



2. Siti Nurdiana

Pelantun lagu ‘Cinta Hanya Sandaran’ ini mula mengenakan tudung sejak bulan Ramadhan yang lalu. Penghijrahan penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana ini dilakukan setelah beliau melihat ramai orang bukan Islam berminat untuk mendalami agama Islam dan mengenakan tudung selepas memeluk Islam.

Namun, sebab dan niat utama perubahan bekas isteri Allahyarham Faizal Yusof ini adalah kerana setelah memikirkan tentang tanggungjawabnya sebagai seorang wanita Muslim. Sebelum ini, ibu kepada Mohamad Rayyan Nakhaie ini pernah dikutuk kerana memakai pakaian menjolok mata selepas bergelar janda. Namun, kerana memikirkan anaknya yang semakin membesar, Nana akhirnya memilih untuk berhijrah ke jalan keredhaan.



3. Diana Amir

Penghijrahan pelakon muda ini berlaku selepas beliau mendapat beberapa petunjuk seperti sering teringat mati dan hari Kiamat. Mengakui berasa takut dan menangis apabila mengingatkan dua perkara ini, Diana cuba berubah namun hatinya ketika itu berbelah bagi kerana memikirkan banyak perkara selain belum bersedia sepenuhnya untuk melakukan perubahan.

Namun, setelah dua bulan memikirkannya, akhirnya hati Diana terbuka untuk bertudung litup serta menutup aurat pada September yang lalu. Menafikan mengenakan tudung atas desakan keluarga mahupun teman lelaki, Diana memberitahu niatnya untuk berhijrah hadir dari hati yang tulus dan ikhlas.




4. Daphne Iking

Tanggal 8 Januari 2011 merupakan detik penuh bermakna buat pengacara, Daphne Eleanor Iking di mana pada tarikh inilah beliau disatukan dengan suami, Azmi Abdul Rahman serta melafazkan dua kalimah syahadah. Menggunakan nama Dahlia selepas memeluk Islam, pengacara rancangan, Bella di ntv7 ini menerima pelbagai dugaan dari masyarakat sekeliling kononnya perubahan yang dilakukan atas dasar perkahwinan semata-mata.

Namun, penghjirahan terbesar wanita Mualaf ini bukan atas sebab perkahwinan yang ingin dibinanya namun kerana beliau mengakui tersentuh dengan kesucian agama Islam dan melakukan dengan ketulusan hati demi diri dan masa depannya.



5. Jojie

Kakak kepada penyanyi rock, Ella ini mula mengenakan hijab sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin ini memberitahu nawaitu untuk melakukan penghijrahan ini sudah lama terbit di sanubarinya.

Namun, nalurinya semakin kuat untuk berhijab ketika beliau sedang mengerjakan solat Subuh dan sewaktu sujud, hatinya tersentuh dan berasa kuat untuk berubah. Seperti orang lain, Jojie turut memberitahu niatnya memakai hijab ikhlas kerana Allah tanpa paksaan dari mana-mana pihak mahupun atas dasar fesyen semata-mata.


SUMBER : gua.com.my



Monday, December 19

Rahsia besar bagaimana Firaun membina piramid...


Jom baca dulu.. mungkin ada antara kita yang belum tahu bagaimana Firaun membina piramid kan?


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta".(al-Qasas: 38).


Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.


Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?
Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.


Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat.
Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.


Kajian itu menegaskan, Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram.

Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.


Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.


Sehubungan itu, Prof. Davidovits telah mengambil contoh batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.

Hasilnya, beliau menegaskan batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.


Penemuan oleh Davidovits itu adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, 'Piramid Matahari' dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat.

Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah itu tersebar luas di masa yang lalu.


Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid.

Beliau berkata: "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang baru saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."


Bukti-bukti kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada tanah liat.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuwan dunia menemukan rahsia tersebut.


Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau kejadian Nabi Adam a.s sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, baginda juga berasal dari penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.


Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelas membuktikan Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya di Laut Merah bersama tenteranya.

Selain itu, Allah juga menyelamatkan Nabi Musa a.s daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang diperjuangkan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian. Walahu 'alam.


Oleh IBRAHIM ABDULLAH

Sumber dari SINI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails