01 January 2012

Home » , , » Domino Rally... Permulaan 2012 Yang Seronok Buat Anak-anak Ummi...

Domino Rally... Permulaan 2012 Yang Seronok Buat Anak-anak Ummi...

Teruja betul anak2 ummi bila ayah belikan Domino Rally ni. Kebetulan tinggal sekotak aje pun. Yang paling gembira mestilah abang Muhaimin n Naufal. Asalnya mereka berdua nampak domino tu kat Tesco Nilai masa on the way balik rumah nenek hari tu. 


Mode mereka berdua: terus tak sabar2 nak beli bila tahu ummi dengan ayah plan shopping2 kat Tesco Melaka Jumaat lepas. Rezeki anak-anak dapat beli mainan lagi walaupun dah besar. Dengan syarat wajib kemas lepas main. Sekarang ni ada satu box besar bertutup beli di Tesco juga khas untuk letak apa juga permainan mereka berempat.


Imej dari google. Tapi yang ummi beli cuma ada 100 pieces aje. Lagi banyak kepingan domino, lagi kreatif corak yang boleh terhasil...


Boleh pula kami terlupa nak beli bateri. Pagi Sabtu baru dapat tengok hasil dominonya dari lori yang bergerak sendiri. Ummi pun teruja sama bila tengok lori kedek-kedek tu dok bergerak dan susuh domino satu persatu.  Wowwwww!!!! Hebatnya! Nanti ummi snap2 gambarnya ye... 


Paling seronok bab-bab permainan melibatkan kreativiti ni tentulah Naufal. Disusun dulu kepingan domino pada palang yang tinggi atas lori tu. Kemudian, baru masukkan palang panjang berisi kepingan domino tu atas badan lori dan tekan button ON. Pusingkan pula punat atas kepala lori sama ada ke kanan atau ke kiri. Dan terhasillah corak domino mengikut kreativiti masing2.... contoh seperti gambar di bawah.


Imej dari google juga..


Si kembar pun teruja juga. Bukan bab menyusun domino pada palang panjang. Tapi bab nak tolak kepingan domino yang pertama. Bila dah  jatuh semuanya... semuanya pun bertepuk tangan dan bersorak riang. 

18 comments

01 January, 2012

mesti seronok depa main ramai2 dgn adik bradik..akak pn p tesco melaka jummat hr tu....

01 January, 2012

Wah! Dapat hadiah mainan baru di tahun baru ya. Anak2 ni apa juga mainan baru pasti teruja kan izan...

01 January, 2012

yup betul tu, mmg teruja bila tgk kepingan domino tu jatuh, best. akak yg tua pun suka tgk nikan pulak bebudak

01 January, 2012

wah hadiah best utk anak2.bertuah budak skang permainan semua canggih2..

01 January, 2012

sakan la main pasni yeh.. hihi

Sonok kalau anak2 main sesame... Mak pon leh tumpang tgk...hehehehe


Selamat taun baru buat izan sekeluarga ye..... :)

01 January, 2012

memang seronok permainan nie dikk
kalau anak2 akak risau hilang je ..
nak2 zahrien tuu , x pandai jaga barang

01 January, 2012

Serononnya diorg main domino rally tu ye izan, bab2 ni yg wat diorg jadi kreatif kan

01 January, 2012

@NzA haah kak..seronok bila tgk anak2 gembira.

01 January, 2012

@~ yus ~ betul kak yus. lagi2 kalau itu yang diidamkan sejak sekian lama...

01 January, 2012

@♥MAMASYAZA♥ yelah kak su... rasa best tgk kepingan domino jatuh satu demi satu..

01 January, 2012

@Puan Kutu hehe... beli setakat yg termampu aja puan kutu. tak mahal mana pun set tu...

01 January, 2012

@Ena ye ena.. bangun celik mata je terus tuju pada kotak domino..

01 January, 2012

@Melati Qistyna's Mummy betul kak.. agak2 lambat maknya pun join sekaki!

01 January, 2012

@ajumohit yup aju... boleh asah skill kreativiti masing2...

01 January, 2012

@ieda best kan kak! kalau hilang satu dua keping tu boleh terima lagi... kalau dah byk hilang, tak syok dah nak main.

02 January, 2012

bagus main tu izan, for creativity kan

02 January, 2012

hihii seronok je sy baca entry ni... mmg kita pun akn eppy bila tgk ank eppy kan... kitya pun jd teruja.. hihi

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails