20 January 2012

Home » , , » Facebook : Persepsi Positif & Negatif...

Facebook : Persepsi Positif & Negatif...

Untuk makluman: entry ni dah lama dalam draft berikutan satu isu yang timbul. Ada anon yang tak puashati dengan saya seperti link entry di bawah. So.. berikut adalah ulasan dari en Hubby... 


AYAH mencuri masa mencoret dalam blog UMMI untuk menambah apa yang UMMI nukilkan tentang Facebook dalam entry INI. AYAH percaya pernyataan yang dibuat oleh UMMI akan memberi impak kepada dua blok pemikiran; MENYOKONG & MEMBANTAH. Risau pulak ada yang tak puas hati. Dah lumrah, kalau ustaz bagi pandangan tentang sesuatu hukum pun akan ada yang pertikai. Inikan pulak pandangan orang biasa macam kita.




So, AYAH nak bagi pendapat tentang Facebook termasuklah Blog atau apa je laman web sosial. Sebelum tu berikut adalah pandangan ulama muda tentang Facebook:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.


2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

imej dari google


Mungkin apa yang dimaksudkan UMMI lebih kepada point 3a-f. AYAH pun perasan jugak ada sahabat-sahabat AYAH mempunyai isteri yang bertudung tapi sayangnya terdapat banyak pulak gambar-gambar koleksi yang mendedahkan aurat. Mereka terlepas pandang atau ada pengecualian bila dalam FB? Mudah-mudahan mereka sedar segera.

imej dari google


Ada jugak sibuk menterjemahkan apa yang sedang bermain di fikiran mereka dalam FB. Laparlah, sakit tekaklah, ngantuklah. Pendek kata segalanya.Lebih memeranjatkan diterjemah secara terang-terangan sakit hati pada seseorang walau pun tak mention nama. Common sense orang yang ditujukan selalunya dalam organisasi yang sama atau orang terdekat. Pada AYAH orang macam ni mempelawa orang lain mengumpat apatah lagi memfitnah dalam versi baru, versi FB (Fitnah Bagai).


imej dari google

Seperkara lagi, perlu diikhlaskan dalam hati dengan persoalan ini. Sepanjang kita berFB ni terjamin ke solat awal waktu kita atau kadang-kadang ada yang terlajak atau lalai? Bagaimana dengan penjawat awam dan pekerja makan gaji? Kalau terjamin Alhamdulillah. Kalau tak jangan ditegak benang yang basah. AYAH bercakap bukan hanya untuk orang lain tapi mengingatkan diri sendiri juga.



Kawan-kawan AYAH tak ramai dalam FB tapi dalam jumlah yang tak seberapa tu AYAH boleh klasifikasikan pada beberapa kategori mereka dalam memanfaatkan FB. Ada yang positif ada yang negatif. Kalau terjatuh kategori negatif harap yang terkena batang hidung tak melenting. Kalau nak melenting pun tak usahlah publish comment (kalau boleh). Antaranya:
  • Ada yang business oriented - semoga success
  • Ada yang berdakwah - semoga diberkati Allah
  • Ada yang merungut pasal kerja tak habis-habis - sesekali ucapkan lah Alhamdulillah
  • Ada yang asyik menyalahkan orang lain - biasanya yang makan gaji. Sesekali bersangkalah baik

Apa yang AYAH nukilkan di blog UMMI ini sekadar untuk perkongsian kita bersama. Harap tiada pihak yang berkecil hati dan sebagainya. Kita sebagai manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang baik sama-sama kita amalkan... dan yang buruk sama-sama kita tinggalkan... Wassalam...

18 comments

20 January, 2012

kita sokong dan suka sangat idea ni. kita pun dalam proses membuang mana-mana gambar yang tidak sedap mata memandangnya. tiada FB pun kita masih boleh cari makan. bagi kita FB tu medium utk berhubung dgn kawan2 sekolah. noktah.

20 January, 2012

bergantung jgk pda cara kite gunakan ia,.=)

20 January, 2012

sy berpendapat kita boleh gunakan senjata yahudi(facebook)untuk melawan mereka balik..buruk baik dari penggunaan facebook itu terletak pada diri kita sendiri..hehehe

Regards,
-Strider-

20 January, 2012

lebih baik maklumat peribadi tak diisi langsung...contoh latar pendidikan, tmpt keje skrg, tmpt tinggal...tu pun bleh jd bhya jgk...yg tentang status tu,tpulanglah...apa yg ditulis mlambangkan org tu camana kn.. =)

20 January, 2012

imah pun sokong ada baik dan buruknya fb ni...lalai n suka mngeluh....suma terletak d tangan sendiri.....fikir yg baik baik la jadinya..imah pun xsuka ayah bfb n dia mmg xada pun tp imah mntk izin dia dulu nak bsosial dgn blog n fb...pesanan dia jgn bangkitkn isu budaya,politik n perbezaan agama....

20 January, 2012

sy jarang mengadap fb sbb xtau nak buat apa tp lbh suka tgk blog..hihii

20 January, 2012

Saya setuju!!!! ;) Terima kasih atas peringatan.. ;D

20 January, 2012

betul tu... jgn berlebih-lebih dlm FB

20 January, 2012

alhamdulillah dh lamer remove akaun :)

20 January, 2012

setuju~ beringat2 sesama kita tak ada salahnya.. yelah kita ni manusia biasa, terkadang boleh terlepas pndang jugak..Insyaallah kena beringat selalu..

lama tak jengok FB sebenarnya..hu~

20 January, 2012

dah tak berfb huhu

20 January, 2012

pandangan yg diberi sangat menarik.. mmg ada buruk dan baiknya FB ni.. setiap perkara itu perlu berpada2.. asalkan bersederhana insyaAllah, semuanya ok saja.. tp bila berlebihan pastinya byk buruk dari baiknya..

20 January, 2012

Thanks for sharing the info,(^_^) ingat mengingati tu penting...yelah kdg2 kita terlupa..

20 January, 2012

setuju dikk
akak suke dgn entry nie
sbb dah lama akak tahu keburukan FB nie
x minat dah sbb x der faedah huhuhu , gambar2 dlm FB tuu semua banyak akak dah blog .. akak letak certain2 je .. lain2 tuu akak buat only mee je ;)

20 January, 2012

berpada2 lah bila guna FB..

hakikatnya kakyong pun jrg online FB...
status yg merepek2 tu mungkin elok dihindari @ tak buat langsung..

namun kdg2 ade juga penting nya FB.. bila ade berita saudara-mara yg sakit, ke .. kdg2 keluarga jauh, FB lah penghubung bicara & berita..

20 January, 2012

ramai yg dah salah gunakan kebaikan fb sbb tu dah jadi lebih byk keburukan dari kebaikan..

20 January, 2012

apa yang ayah kata memang semua ada benarnya..

sy dulu selalu on9 pun sbb seronok jmp kawan2 lama..skang dah boring..klu on pun sekadar nak cari bahan bacaan..sama2 muhasabah diri..:)

20 January, 2012

buat apa pun , niat utk kebaikan + berdakwah ... :)

p.s : ini ayah yg taip ke k.izan ?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails