Terkejut Abang Nara mendengar berita ini. Izwan Pilus sudah pun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi. Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.
Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.
Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.
Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.
Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan
Sumber: Beautifulnara

10 comments
AlFatihah....
Al fatihah..Dr Allah kita dtg, kpdnya kita kembali jua..
salam kak..awe tahu pun member bagitau...
innalillah ... wa alfatihah ...
betullah hanie sebut nama adik arwah tadi ... Aril .. ingat2 lupa dah
Alfatihah..
berita yg memeranjatkan...Al-fatihah...
Al-fatihah..
terkejut & memang tak sangka..
moga rohnye dicucuri rahmat..
Semoga rohnya dicucuri rahmat.. takziah utk family arwah n al fatihah utk arwah
moga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..al- fatihah..
Regards,
-Strider-
aida ingat lagi, ptg jumaat tu aida gi shopping kat pasar mlm. tiba2 husben dpt call. sorang ofismet dia inform yg izwan pilus meninggal. husben & kakak izwan pilus ofismet. husben aida kat dok kat admin, tu yg diberitahu... terkejut! memang kakak dia kata kencing tikus. tiba2 je tak bleh bernafas... innalillah...