04 January 2012

Home » , » Kelebihan Senaman Sewaktu Hamil...

Kelebihan Senaman Sewaktu Hamil...

Sebenarnya tiada halangan untuk melakukan senaman sewaktu hamil. Banyak kelebihan yang boleh diperoleh sepanjang melakukan aktiviti tersebut. Senaman membantu wanita hamil memperoleh pelbagai kelebihan antaranya mengembalikan mood yang positif, memperbaiki tidur dan mengurangkan kesakitan sepanjang kehamilan.

Secara tidak langsung, ia juga memberi persediaan kepada wanita hamil untuk berhadapan dengan saat kelahiran. Senaman dapat menguatkan otot dan membina daya ketahanan, sekali gus memudahkan wanita hamil mendapatkan semula bentuk badan asal selepas bersalin.

Senaman ideal untuk wanita hamil membolehkan jantung dipam, mengekalkan anggota tubuh, mengawal pertumbuhan berat dan membina otot tanpa menyebabkan tekanan fizikal yang berlebihan kepada anda dan janin dalam kandungan.

Senaman yang disarankan di bawah biasanya selamat untuk dipraktikkan oleh bakal ibu. Namun, tidak semua senaman yang dicadangkan ini memberi manfaat kepada wanita hamil terutama mereka yang sedang melalui trimester ketiga. Walau bagaimanapun, wanita hamil perlu berjumpa dahulu dengan doktor yang merawat sebelum meneruskan rejim senaman.

Berjalan
Bentuk senaman kardiovaskular adalah yang paling baik untuk wanita hamil. Salah satunya adalah berjalan. Berjalan membina kecergasan tanpa menyakitkan lutut dan pergelangan kaki. Ia juga mudah untuk dilakukan di mana-mana dan tidak memerlukan peralatan melainkan kasut yang baik sebagai sokongan kaki. Ia juga selamat untuk dilakukan selama sembilan bulan kehamilan.

Berenang
Pakar kecergasan dan penyedia penjagaan kesihatan menyatakan berenang ada lah senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita hamil. Senaman lebih ideal kerana ia menggerakkan kumpulan otot yang besar (lengan dan kaki), memberi kelebihan kardiovaskular dan meringankan berat badan wanita hamil yang biasanya bertambah beberapa kilo sewaktu hamil.

Aerobik Berimpak Rendah
Satu perkara yang menarik tentang kelas aerobik adalah jadual waktunya yang konsisten untuk setiap senaman. Sekiranya anda mengambil kelas untuk wanita hamil, anda akan berkongsi pengalaman bersama bakal ibu dan dapat memastikan setiap gerakan yang dilakukan adalah selamat untuk diri anda dan bayi.

Tarian
Jantung akan dipam setiap kali anda menari mengikut rentak dan perlu selesa ketika melakukannya. Boleh dilakukan di rumah atau mengikuti kelas tarian yang ditawarkan namun elakkan daripada rutin yang memerlukan anda melompat mahupun berpusing-pusing.

Regangan
Senaman berbentuk regangan amat baik untuk menstabilkan gerakan badan dan merehat serta melindungi otot dari kecederaan. Jangan lupa untuk menambahkan senaman regangan dalam rutin senaman kardiovaskular anda.

Latihan Mengangkat Berat
Anda tidak perlu berhenti dari melakukannya latihan mengangkat berat sekiranya ia telah menjadi sebahagian daripada rutin harian anda. Namun, anda dinasihatkan agar mengurangkan jumlah berat sebelum ini. Latihan sebegini dapat membantu menguatkan otot jika dilakukan dengan langkah yang selamat dan teknik yang betul (pergerakan perlahan dan terkawal).


Ketahui 5 Peraturan Senaman Selamat



1. Dapatkan Nasihat Daripada Doktor
Jika anda telah biasa bersenam dan kandungan anda tidak mempunyai masalah, senaman boleh diteruskan seperti biasa. Bagi sesetengah wanita hamil yang kehamilannya berisiko, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor untuk meneruskan rutin senaman harian.

2. Lebihkan Pengambilan Kalori
Ambil sekurang-kurangnya 300 ke 500 kalori tambahan setiap hari terutama apabila anda melakukan senaman ketika hamil. Makan dengan baik bagi mendapatkan tubuh yang lebih sihat.

3. Elakkan Senaman Berbahaya
Aktiviti menunggang kuda misalnya tidak sesuai untuk wanita hamil. Lebih berbahaya kerana mereka berisiko untuk terjatuh ketika melakukannya.

4. Pakai Pakaian Yang Bersesuaian
Pakaian yang longgar dan selesa perlu menjadi keutamaan. Jika boleh pakai pakaian berlapis, jika panas anda boleh membuang lapisan baju yang pertama. Pastikan juga anda memakai coli yang menyokong pergerakan anda dengan baik. Dapatkan juga kasut yang bersesuaian untuk wanita hamil seperti anda.

5. Memanaskan Badan
Senaman memanaskan badan membolehkan otot dan sendi bersedia untuk melakukan kerja-kerjanya sekali gus membuatkan denyutan jantung naik secara perlahan-lahan. Jika anda terus melakukan senaman, anda boleh menyebabkan kecederaan.



SUMBER DARI SINI.

13 comments

04 January, 2012

tiba-tiba rasa mcm nak mengandunglah lagi...

04 January, 2012

betul senaman bagus utk wanita hamil..tp jarang nak buat kan...lagi mls ada la..hehee tu kalo kak fieza la..

04 January, 2012

sejak dua menjak ni byk entry izan berkisarkn kehamilan..memang konfem dah ada 'isi' ye..^-^

Berenang adalah terbaik sbb risiko nya kurang.....

Errr, izan peknen kah? Asyik n3 hamil je ni...hehehe

04 January, 2012

ibu y sedang hamil ni.. msti baca artikel ni

04 January, 2012

bagus info ni.... tq

04 January, 2012

senaman untuk kuruskan badan bleh jugakkan....hehehe

04 January, 2012

bagus ni izan...hehehe ne tau ada rezeki sok leh masuk sini lg

04 January, 2012

Paling utama, senaman memang baik utk kesihatan. Buat yang mengandung mahupun tidak. SO, apa kata kita bersenam.

5, 6, 7, 8 .. JOm!!

ramai ingat tak blh senam.saper kata tak leh senam.esok takda stamina nak beranak camner?tercungap2 2-3 kali teran tak kluar baby pun nnt kan izan?

04 January, 2012

Izan masih belum menjawab persoalan.. adakah izan pregnant??? hihiiii... ;)

kakyong kan masa pregnant byk senam mulut jer.. :p

04 January, 2012

berenang tu leh ikut lah sbb saya mmg xreti berenang langsung.. hihii

eh..izan pegnent ye? tahniah..
dah lama tak mai sini..tu ketinggalan byk cite huhuhu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails