Thursday, January 12

Home » , » Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung dan Bersalin...

Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung dan Bersalin...


TERBAIK UNTUK ANDA :
Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.
Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.



1. KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
2. KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
3. MADU
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

18 comments

12 January, 2012

kurma dan buah2an sewaktu dgnnya sgt byk khasiat dan kebaikan kan kak.dulu izan pregnant,bila bkn bln puasa susah nk dpt kurma kt tmpt izan,then google la then beli kurma online.mujur ada teknologi canggih skrg =)

12 January, 2012

Thx for sharing Izan..
memang banyak kebaikan semuanye ni..
Skrg ni setiap hari mmg bagi Qis makan kismis..ada juga bg dia minum madu tapi dia muntah balik..

12 January, 2012

kurma mmg byk khasiatnya kan..

12 January, 2012

saya paling suka makan kismis time preggy...

12 January, 2012

saya nak beli kurma yang LYDIA MIZA cerita kat blog dia semalam..teringin nak kurma tu jugak..hehehe

12 January, 2012

makanan yg tertulis di dlm al-quran,
very special...;)

12 January, 2012

mmg kurma tu sgt2 bagus.. sy dulu time prgnant mmg hari2 mkn kurma.. sampailah skrg.

12 January, 2012

tq kongsikan info ni.... akak sdiri mkan kurma... org tua2 kata elok utk suami isteri...

12 January, 2012

kak alin suka kurma even x ngandng pun..

Tahniah.... :D

Akak suka mkn kurma... X Kira bulan pose atau x....

12 January, 2012

umi time preggy dulu tuk kurangkan alahan slalu mkn kurma...best sgt ekekekeke

12 January, 2012

ala tu la. masalah nya sy kurang suka mkn kurma

12 January, 2012

tq for sharing..
masa preggy dulu rjin gek mkn kurma dan kismis...

12 January, 2012

betul tu izan,,kat umah akak tak pernah putus kurma..akak turut amalkan masa mengandung n leps bersalin ni

12 January, 2012

dlu msa ngandung merah mmg hanya kurma nurul bleh tln.9 buln mkn hnya kurma sbb mbuk teruk..cuma msa nk bersalinjer mlm2 mkn mcd..haha

skang sofia msa preggy dia semua lalu mkn.tuh gmokz..n bila nyusu nurul akn amer kurma

12 January, 2012

ena pun suka kurma.. kat umah sampai skrg pun masih ada..

12 January, 2012

salam izan..ak dtg buat kali ke 3 arini. Pg2 td mak ada drop komen kat sini tp mai kali ni tgk2 x de plak komen yg mak tinggal pg td..acaner tuh??

12 January, 2012

kalau apa yg nabi sarankan tu , pasti ada kebaikannya kan k.izan ... dulu hanie xsuke sgt mkn kurma,dah tua2 ni baru suke tp ikut jenis2 jugelah ... ;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails