21 January 2012

Home » , , , » Pemeriksaan Kandungan dan Jadual Pemeriksaan Bagi Ibu Hamil...

Pemeriksaan Kandungan dan Jadual Pemeriksaan Bagi Ibu Hamil...

gambar ehsan google


Pemeriksaan Kandungan

Proses mengandung adalah suatu perjalanan yang istimewa dalam proses menjadi seorang ibu. Sepanjang tempoh kandungan iaitu 9 bulan sebelum bersalin, pemeriksaan berkala adalah penting untuk meramal, mencegah dan mengesan komplikasi pada  ibu dan bayi dalam kandungan. Ianya adalah penting kerana 15% kandungan akan mengalami komplikasi yang memerlukan rawatan dan rundingan doktor.

Tanda-tanda mengandung termasuk:

1.
Tidak datang haid
2.Payudara membengkak
3.
Rasa loya dan muntah-muntah
4.Kerap membuang air kecil
5.
Sakit belakang dan sakit pada tulang rusuk
6.Cepat letih

Biasanya, anda akan mula berjumpa doktor untuk pemeriksaan kehamilan selepas 12 minggu tidak datang haid. Lawatan pertama ini adalah penting untuk:


1. Pengesahan kandungan (bukan semua kes tidak datang haid disebabkan mengandung).

2. Menentukan sama ada bayi dalam kandungan masih bernyawa.

3. Menentukan usia kehamilan dan menganggar tarikh bersalin.

4. Menentukan masalah awal kandungan seperti masalah keguguran, kehamilan ektopik (embrio menempel dan membesar di luar rahim) dan  kandungan anggur (disebabkan kandungan disenyawakan secara abnormal).



Jadual Pemeriksaan


Semasa kunjungan berikutnya pemeriksaan seperti berikut akan dijalankan:

1.
Menimbang berat badan; ibu mengandung akan mengalami pertambahan berat badan secara purata 0.5kg seminggu dalam tempoh 15 hingga 38 minggu dan jumlah purata pertambahan berat badan adalah 12kg sepanjang tempoh mengandung.

2.
Tekanan darah; untuk mengesan darah tinggi sewaktu tempoh kehamilan.

3.
Mengesan edema (bengkak yang disebabkan oleh bendalir tisu dalam badan); ia biasanya boleh dilihat di buku lali. Jika bertambah teruk, ia merupakan petunjuk kepada masalah lain seperti darah tinggi atau penyakit buah pinggang.Meninggikan kaki di atas bantal semasa tidur boleh memperbaiki keadaan.

4.
Ujian air kencing; untuk mengesan paras glukosa dan protein dalam air kencing. Sekiranya paras gula dan protein tinggi, ini menunjukkan diabetes ketika hamil dan juga pra-eklamsia (darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan)

5.
Imbasan ultrabunyi; untuk melihat tumbesaran fetus dan mengesan sehingga 80% ketaknormalan pada struktur fetus. Imbasan secara lebih terperinci harus dilakukan  semasa kandungan berusia 18-20 minggu.

6.
Ujian darah; dilakukan pada minggu ke-18 kandungan untuk memeriksa;

(a) Hemoglobin; mengesan sama ada ibu menghidap anemia atau thalassemia minor
(b) Kumpulan darah dan faktor rhesus
(c) Antigen dan antibodi terhadap Hepatitis B;untuk menentukan status pembawa hepatitis B
(d) Human Immunodeficiency  Virus (HIV) antibodi; untuk menentukan status pembawa HIV
(e) VDRL; untuk mengesan siflis

7.
Amniosintesis; disarankan kepada ibu-ibu yang berumur lebih dari 35 tahun atau yang pernah melahirkan anak sindrom Down atau kurang upaya. Ianya dilakukan pada minggu ke-16 kandungan dan boleh mengesan sindrom Down, Patau dan Edward.



Ibu yang sudah berumur (35 tahun ke atas) perlu berjumpa doktor lebih kerap kerana mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat:

1.
Kecacatan kromosom pada fetus
2.
Darah tinggi yang disebabkan oleh kandungan
3.
Diabetes yang disebabkan oleh kandungan
4.
Pendarahan
5.
Tumbesaran terbatas dalam rahim (IUGR) - bayi terlalu kecil semasa tempoh kandungan.



12 comments

21 January, 2012

(^_^), smoga yayansmum ada rezeki nanti....

21 January, 2012

paling tak suka bila kena minum air gula..

22 January, 2012

Very ood info. Minta kongsi di blog saya. Saya follower u yg terbaru. tqvm

22 January, 2012

minta kongsi

22 January, 2012

Selamat pagi Izan,
banyak dah info yang Kak Amie dapat di sini, terima kasih banyak2 ye Izan, teruskan kongsi yang seterusnya ye...

22 January, 2012

thanx dikk
sharing yg sgt2 berguna .. ;)

22 January, 2012

huu~ broadband cam hampeh kt umah ni..td dh leave komen, ntah mana perginya..

apapun hope izan sihat sepanjg tempoh pregnancy ye.>Amin..

TC

25 January, 2012

bagus betui jadual tu k.izan ...

25 January, 2012

mummy teringin nak tambah lg sorg tapi nak tggu lagi 2/3thn. nak kasik si kecik skrg 5/6 thn....

06 May, 2012

bab berat badan tu mmg selalu je lebih kan...biasanya capai kenaikan sehingga 17-20 kg....2 kali pregnant tk pernah lg kena minum air gula...kali ni mungkin kot..sebab dh berumur....hik3

mummy kalau pregnant berat badan naik sikit jer,perut ttp membesar.paling banyak naik pun 13kg,tp, masa mengandungkan si kembar hari tu naik 5-7kg jer

04 January, 2013

As'salam..

nak tny r kak, lau kite baru 5 minggu da leh buat pemeriksaan ke?? ini adalah baby first saya dan pasangan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails