Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seseorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu banyak keluhan tentang sukar tidur didengari daripada wanita hamil. Berikut adalah sedikit panduan buat anda mencari posisi tidur yang selesa.
Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasanya perut tidak terlalu besar. Maka tidak menjadi masalah untuk anda tidur dalam apa-apa posisi pun. Ketika usia kandungan di bawah 20 minggu, anda boleh bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh darah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.
Trimester 2 dan 3
Ketika ini perut anda sudah membesar. Ketika inilah anda serba salah memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah yang utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.
Tidur terlentang juga menyebabkan anda terasa sakit di punggung. Posisi tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi yang laing baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri.
Sumber: SINI
7 comments
Salam Izan...mmg payah nk tido ketika mengandung,rasa cam xselesa jer kan.Tp itulah antara detik2 manis dlm proses kehamilan yg akan dilalui..:D
Bersiaran dr kg Kah? Hehehe
dah lama tak ada isi perut... kalau ada lagi, bolehlah belajar posisi tidur dari sini ye Izan he heheheh
Lily mengandungkan Qis dulu..masuk Trimester 2 dan 3 tu mmg susah nk tido..pusing kiri..pusing kanan..semuanya jd tak kena..lagi2 time tu kaki & tangan semuanye kebas...
untuk owg bujang tak da ke kak..hehe..joking tapi mmg betul la owg pregnant ni kena tido ngan cara betul
masuk trimester ketiga mesti xselesa nk trlentang dah ...
ehemm..k.izan sdg 'berisi' kah ?? ;)
kalau pakai pregnancy pillow / maternity pillow.. mmg membantu... www.pregnancypillow.com.my