Friday, February 10

Home » , » Afnan dan Nebulizer...

Afnan dan Nebulizer...

Good boy Afnan!


Pertama kali Afnan kena sedut gas. Batuknya sangat teruk sampai doktor sahkan dia memang dah kena asthma/lelah kali ni. Ummi dah cuak masa doktor bagitau malam tadi. Takut dia melalak je. Nasib baiklah dia okay dan boleh pegang sendiri sepanjang proses tu berlangsung.


Lepas ni Afnan tak boleh dah makan aiskrim, air sejuk dan apa jua jenis buah-buahan. Bila Afnan tak boleh makan.... makanya seluruh ahli keluarga pun tak boleh, takut2 dia teringin nampak kami makan kan. Doktor pesan... Afnan kena  lebih makan ikan dan sayur-sayuran lepas ni. 



Alahai anak ummi... kena dengar cakap doktor ye! 

27 comments

10 February, 2012

moga afnan cepat sembuh ye syg.. ellesya masa kena warded 2 thn lepas pon kena sedut gas jgk nk cairkan kahak yg letak kat paru2..

10 February, 2012

oloo..sian dia

10 February, 2012

huhu sian afnan..
dia mmg good boy!pandai dia pegang sendiri

10 February, 2012

sian afnan..baik jek pegang sendiri..gud boy!
anak sy pun selalu kene amik neb bila dia batuk/selesema lame..

10 February, 2012

hero kecik akak dulu pun penah kena neb. tapi sekrg syukur alhamdullillah dah ok. cuaca sekrg mmg makin teruk, hero kecik akak tu pun sesema n batuk2

10 February, 2012

alahai..siannya afnan,sama mcm anak akak afiqah.bila dia kene asthma mmg kene pantang makan mcm2 terutamanya buah2an..jd kami yg lain pun kene ikut b'pantang mcm dia juga... ye lah x kan nak makan,tp dia cuma tgk aje kan...x sampai hati rasanya..

tp akak ni kdg2 kalah dgn p'mintaan dia bila t'ingin nak makan aiskrim.selalunya akak belikan aiskrim milo yg dlm cup plg kecik tu...tp klu baba dia mmg x bagi lansung... (hati mama mudah cair...huhuu )

10 February, 2012

Moga afnan cepat sembuh..risau je kan kak, ammar pun suka minum ais bahkan dia makan ais kunyah gitu je tapi dia suka gak makan ikan dan sayur..moga anak2 kita dikurniakan kesihatan yang baik..insyaAllah.

10 February, 2012

moga cepat sembuh afnan, lepas ni kena pantang makan semualah kan

10 February, 2012

Alahaiii, siannya Dia, pasni mmg nak kena jaga mkn ni.... Mg segera sembuh ye afnan.... :)

10 February, 2012

siannya affan...
adik bongsu kakyong dulu mcm tu la.. bila dia batuk sampai 2 bulan berturut2 tak kebah2.. end up masuk icu, detect asma.. memang kena jaga makan dia.. semua buah2 yg sejuk2 mcm laici, anggur, rambutan x boleh makan.. bila tak jaga makan jer, semput mari.. dada berombak2 kuat.. memang selalu kena g amik neb..

semoga afnan pasni sihat yer.. dengar cakap ummi tau..

10 February, 2012

aida cukup terharu tgk afnan. teringat kat nurin waktu dia kecik. terutama time aida keje jb dulu, lagi selalu dia kena amik gas gini. sedih.
at last, aida gi check up kat KPJ kajang, pakar kanak2. for a year aida dok ulang alik follow up dgn pakar tu utk nurin. 3 first visit kami diberi satu ubat ~ lupa da nama nyer. mahal! RM200-RM300. nurin kena makan sekali sekali for few months. then doktor provide satu ubat cair ~ salbutamol. tu if dia batuk, terus bagi. jgn bagi ubat batu kaler itam kat klinik bagi tu. sebab bila batuk lelah, kena ubat batuk lelah.
alhamdullillah, doktor diagnose that nurin bukan ada lelak / asma / semput. ia hanya simptom. dan simptom tu da dpt dirawat sikit dgn ubat pil yg mahal tu.
kena pantang!!! kacang, makanan berkacang, makanan sejuk, air sejuk, buah2an yg bergetah, makanan yg bergetah, gula2 or jajan yg byk pewarna. and nurin ikut cakap doktor tu.
syukur, sepanjang 2011 hingga ari ni, nurin tak pernah pun gi amik gas kat nebulizer tu. because doktor kata, if da terbiasa dgn amik gas, takkan dpt baik 100%. berterusan or semakin buruk keadaan nyer. at last kena pakai inhaler. sian anak kita, izan.
why not gi buat treatment kat pakar. tgk result nyer camne.

10 February, 2012

alahai..kesiannyer afnan..semoga lekas2 baik..batukniekan mmg kalau lama bleh jadi mudarat.mcm sofiapun nurul risaujer kalau batuk.lagi2 dok nursery mmglah berjangkit sentiasa.

nak amalkan madu lah.ng sesudu kecil setiap pagi

10 February, 2012

kesiannya afnan.. lps ni dh xleh ltk air msk dlm peti sejuk yer.. :-)

aduii..teringat2 rafiq kene sedut gas kat spital.melalak2 nangis..gud boy afnan!

10 February, 2012

kahak banyak sgt kak tu.yup mmg tak leh makan berais,aiskrim...air gas..karpet berbulu dll...

moga afnan cepat sihat yer..

10 February, 2012

moga afnan cpt sembuh..take care yer

10 February, 2012

alahai ...ciannya.. moga cepat2 sembuh yer....

10 February, 2012

oo, batuk teruk + semput tanda2 awal asma ker? ala, anak saya kerap jadi camtu...sekarang ni saya cukup takut kalau dia batuk..kahak banyak..

anyway, hope afnan cepat sembuh...

10 February, 2012

get well soon afnan. tak boleh makan yg sejuk2 dah. jannah pon ada lelah kak. tapi tak penah pantang makan. hee :)

10 February, 2012

ANAK2 BUI KALAU BATUK THEN BAWAK G KLINIK MESTI DOKTOR SURUH NEB..DULU MS KECIK2 SAMPAI MENANGIS2 TAKUT,SEKARANG SIAP BOLEH SENYUM2 LAGI...

10 February, 2012

Alahai..dah sah kena asthma ye zan?? Dulu, angah pun lamaaaaaa gila dia kena serang dek batuk. Tak baik2 wlupun dah mcm2 ubat batuk bg dia makan.

Last2, mak pi klinik kat muar *masa tu otw nk pi somewhere tp singgah kat klinik tu sbb angah batuk teruk sangat* menurut doktor tu, belum lg asthma tp klu dibiarkan lbh lama, mmg leh kena asthma.

So, dia berikan angah ubat batuk yg kaler putih. Mgkn dosenya lbh kuat sket dr ubat batuk hitam yg biasa tuh. Alhamdulillah, batuk angah terus ilang taim tuh. Serasi dgn ubat batuk putih yg cair tu gamaknya..

Try izan plak tnya doktor or bg anak makan ubat batuk tu, Drpd kena sedut gas tu je kan. Payah gak nnt!

10 February, 2012

kesiannya Afnan...semoga cepat sembuh ye

10 February, 2012

alahai sian afnan. nasib baik dia ok je time sedut gas tu kan. InsyaAllah experience skali je tu, lepas ni tak kena dah, Amin

11 February, 2012

dulu anak akak yg kecik dr usia 6 bulan dah kena asma. amik nebu tiap bulan. masuk wad lagi...
bermacam cara tradisional kami gunakan. akhirnya alhamdulillah dah masuk usia 3 tahun asma dia makin berkurang. kadang2 batuk jer tapi tak adalah sampai amik nebu.
masa tu mmg pantang event air sejuk dalam peti pun tk bg dia minum, buah-buahan yg sejuk, vitagen, milo semua tak boleh.
lg satu nebo bagus sebenarnya tambah2 kalau ikut nasihat doc ambik setiap 4 jam lama2 nanti asma akan hilang sendiri.

11 February, 2012

alahai kesiannya. Moga cpt sembuh...
akak, Along n farouk pn ada asthma..ttp biasanya pengidap asthma cuma kalah pd bbrapa jenis mknan je izan..penyidap asthma xperlu brpntang mkn utk semua jenis mknan yg izan sebut tu...mcm kami, kalau mkn aiskrim/ais ,lakukan aktiviti lasak xde masalah. along kalah pd buah tembikai n anggur hitam shj. Farouk pd cuaca. Akak pula kalah pd habuk...So izan kena pastikan apa yg boleh menyebabkan afnan alergik. InsyaAllah yg lain dia boleh mkn mcm biasa...n boleh lakukn aktiviti lasak mcm org normal lain.....

11 February, 2012

setakat nie en suami sorg jer oernah merasa sedut gas tu.aiman nasib baik belum..hari tu masa batuk berlarutan hampir2 gak doc detect asma.

kesian afnan..kecik2 dh kena pantang..:)

13 February, 2012

alahai cian dia tapi good boy afnan ni...nnti dgr ckp doc tau, mkn sayur byk2 .... (^_^)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails