Wednesday, February 8

Home » , , » Dapat Kembar 4 Selepas Tiga Tahun Menanti...

Dapat Kembar 4 Selepas Tiga Tahun Menanti...




MUAR 7 Feb. - Penantian sepasang suami isteri, Norbazilah Amin, 27, dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, untuk memiliki cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan kembar empat pada 14 Oktober lalu.

Kembar empat tidak seiras itu, terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat mereka, Norbazilah, yang bekerja sebagai jururawat di PPUM terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.

"Ini kerana kesihatan yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya sering berulang-alik ke PPUM untuk mendapat pengawasan rapi daripada doktor.

"Saya tidak boleh makan dan hanya minum untuk mengalas perut yang lapar. Akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar empat itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas, di sini semalam.

Menurutnya, kesukaran bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan semua anaknya.

"Meskipun pada mulanya agak kelam-kabut kerana anak-anak saya akan terjaga selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu, tetapi sekarang sudah biasa ditambah pula suami banyak membantu," katanya.

Mereka memperoleh empat bayi sekali gus selepas menjalani rawatan permanian beradas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, doktor memberitahu bahawa potensi untuk hamil dengan cara itu hanya 10 peratus tetapi dia amat terkejut selepas usia kandungan mencecah lapan minggu apabila dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.

Pasangan berkenaan bersyukur dikurniakan empat cahaya mata yang mempunyai karakter berbeza dan kini menjadi penyeri rumah tangga mereka.

Norbazilah dan suami yang menetap di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor terpaksa membawa empat bayi tersebut ke kediaman bapanya, Amin Zainal Abidin, 62, dan ibu, Rohana Sintal, 55, untuk dijaga oleh mereka.

"Saya tidak punya pembantu rumah dan terpaksa membawa semua bayi saya ke kampung supaya ibu bapa saya dapat membantu menjaganya," katanya.


Sumber: Utusan 


Sesungguhnya rezeki dari Allah buat pasangan yang telah lama menanti cahayamata sendiri... 4 orang anak sekaligus. Tahniah buat pasangan Norbazilah dan Sazalee!

28 comments

08 February, 2012

wah bess nye kan dapat kembar...pasni terus stop beranak...hehehe...rezki masing masing...

08 February, 2012

alhamdulillah..kalau dah rezeki tuhan nk bagi tu diaaaa....

08 February, 2012

adoiii..camner la ye sekali nak jaga 4 org..kena byk bersabar la kan izan..

08 February, 2012

Kuasa Allah... Bertuah si ibu dan bapa yg sabar menanti itu.. anak2 itu rezeki Allah tak ternilai... Tahniah kepada mereka..

08 February, 2012

wuish ! saspen jek ... igtkan k.izan dpt perkhabaran kembar 4 pulak kali ni .. hehehe :p

08 February, 2012

berbaloi tunggu 3 tahun...:)

08 February, 2012

bestnya...sekali Allah nak bagi terus dapat 4....SubhanaAllah...

08 February, 2012

rezki dr Allah sape yg tau kan..:)

08 February, 2012

alhamdulillah rezeki untuk mereka. :)

http://sakinahabdul.blogspot.com/2012/02/wordless-wednesday-7.html

08 February, 2012

alhamdulillah n tahniah..6 tahun lps masa akak buat rawatan IUI penah juga b'angan2 nak dapat anak kembar...tp x der rezeki :)

08 February, 2012

tahniah, berbaloi penantian dorang kan

08 February, 2012

Seronoknya...
Rezeki!! ;)

08 February, 2012

syukur Alhamdulillah.. tahniah :)

08 February, 2012

ya allah 3tahun tunggu sekali 4 Allah bagi rezeki. syukur alhamdulillah

08 February, 2012

glamer2 nama anak pasangan nie.ssh betul nak sebut.hehe..

bestnya muda2 dh ada anak 4..sekaligus plak tu..:)

08 February, 2012

rezeki kan... sampai 4 DIA bagi..

08 February, 2012

best nye kalo dapat kembar kan...apatah lagi kalo sekali empat....

08 February, 2012

wah...rezeki tu....

08 February, 2012

Alhamdulillah rezeki Allah untuk mereka, lengkap plak jantinanya tu ye, comelnya Baby2 ni

08 February, 2012

wah..alhamdulillah..berkat dari kesabaran..

08 February, 2012

besar sungguh kuasa NYA kan..

08 February, 2012

3 tahun terus dpt 4 anak..best2.

08 February, 2012

berbaloi2..skali dpt 4 org...2-3 hr lepas tgk kembar 11 org kt fb..camnelah nk jaga baby2 tu....

08 February, 2012

Alhamdulilah..sukanya..suka! susah2 dahulu..bersenang kemudian..

09 February, 2012

huh amek.sekali 4 dapat=)dok risau2 sampai 3 tahun sekali 4 dapat..mcm beranak selah=ng setahun.hikhi..

tapi jarang2 dengar org malaysianie yang beranak 4 sekaligus=)

09 February, 2012

alhamdulillah...rezeki diorg...umi tumpang gumbira (^_^)

09 February, 2012

ya Allah alhamdulillah rezeki dia..syoknya baby2 kembar..boleh main puas2..hehe

13 February, 2012

Bestnya tgk org dpt anak kembar.. Akak pernah memasang impian utk dpt kembar tapi hanya tinggal mimpi..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails