Tuesday, February 7

Home » , , , » Hukum 'Ringtone' Bacaan Al-Quran

Hukum 'Ringtone' Bacaan Al-Quran


Soalan:

Asalamualaikum,
Apakah hukumnya menggunakan nada dering telefon bimbit dengan bacaan surah Al Quran?


Jawapan:

Wa’alaikumussalam,
Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :
“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :
إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.


Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.

b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.

c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.

d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.

Sekian, wassalam.


11 comments

07 February, 2012

Betapa agungnya kedudukan al-Qur'an kan.Terima kasih atas perkongsian ilmu ni, izan. :)

07 February, 2012

kalau utk diperdengarkan, cthnya sblm tidur..tu takde masalah.

utk nadadering pakailah yg takde sebut nama Allah. supaya terpelihara kemuliaannya.

07 February, 2012

tq for sharing...

07 February, 2012

ooo...ada lg sebab yg lain..tau sebab toilet je..berguna info akak,...

08 February, 2012

tu la dulu ramai yg guna tp alhamdulillah sejak ada info sebegini boleh membuka minda bagi org2 yg tak tahu...

08 February, 2012

Untuk nada dering memang tak sesuailah kan izan...

lama menyepi, jadi buat komen sekaligus di sini boleh?

Seronok tgk izan makan2 di kenny rogers tu.
Sedap pula tengok pancake yang izan buat, lenkali boleh cuba juga ni...:)

Happy belated 32nd birthday ya izan! Moga hidupmu terus di berkati...

Setuju sangat dengan entri izan pasal kahwin tu. Memang hidup lepas berumahtangga lebih penting dari belanja besar2 masa majlis perkahwinan kan...

08 February, 2012

bagus n3 ni kak,sepatutnya jagalah kesucian ayat2 quran dan pastikan penggunaannya bukan tujuan mengikut trend sehingga ketepikan hukum hakam...

08 February, 2012

thank for sharing...nak share kat fb boleh kak?

08 February, 2012

Betul tu, tp masih ramai yg mengabaikannya....

09 February, 2012

mmg bagus infonie.mmg ada gak terfikir

13 February, 2012

Terima kasih atas perkongsian ilmu.. Sepatutnya kita jaga kesucian ayat2 al-Guran, bukan merendah2kannya dan meletakkannya setaraf dgn nada2 dering yg lain..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails