Sunday, February 26

Home » , » Jom Sedekah...

Jom Sedekah...

Di kala kita mendapat rezeki yang melimpah ruah... di kala itu adakah kita terfikir akan nasib insan di sekeliling kita yang sangat susah hidupnya? Makannya sangat sederhana... tidak pernah makan di luar seperti kita kebiasaanya. Sekadar memasak lauk-pauk yang ringkas buat hidangan anak-beranak.



Pakaian apatah lagi... jarang sekali bertukar. Kita? Mahu agaknya sebulan mesti shopping baju. Sampai berlambak-lambak baju yang ada dalam almari. Betul kita memang tergolong dalam kategori yang berkemampuan. Tapi apa salahnya hulurkan sedikit rezeki yang kita perolehi kepada orang yang memerlukan. Duit kita takkan luak sedikit pun. Malah makin bertambah dengan izin dari Allah.


Sedekah merupakan satu cara untuk kita menyucikan harta yang kita ada. Tapi kelebihan bersedekah lebih utama kepada saudara mara kita yang terdekat. Alangkah indahnya hidup ini bila dapat melihat insan-insan lain merasa gembira dengan apa yang kita sumbangkan. Bukankah ini yang dianjurkan dalam Islam. Jom Sedekah!




Entry santai di petang hari... sekadar buat peringatan untuk diri sendiri...

10 comments

26 February, 2012

Sedekah juga menjadikan Kita org yg Lebih bersyukur dgn nikmatNya....

26 February, 2012

jom kita sedekah..:)
setuju sangat k.izan..biasanya kalau kita hulur kat orang dgn ikhlas hati tanpa disangka Allah bagi kita berganda2 rezeki..dah rasa..dan insaf sgt..huhu

26 February, 2012

Sikit lebih baik dari tak de langsung kan izan.. ada juga sumbangan dan mensucikan rezeki yg kita dapat setiap bulan. :)

26 February, 2012

Jom sedekah... semoga ikhlas... amiinnnn

26 February, 2012

Alhamdulillah, sedekah jariah tu utk diri kita di alam sana nanti..

kakyong pun walau tak dpt berganti baju walau setahun sekali.. tp cuba2 juga meringankan beban mereka yg memerlukan.. kdg kita rasa kita ni susah, tp ade yg lebih susah di luar sana.. bersyukur dgn kehidupan skrg, walau pun tdk mewah..

27 February, 2012

InsyaAllah akan cuba dilaksanakan. Sedara-mara akak ramai yg hidup susah tapi dorang byk jugak dapat bantuan2 dari kerajaan Melaka. Cuma tulah, kalau kita nak sedekah, tak perlulah pikir benda2 camtu kan?

27 February, 2012

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anggota kamu pada setiap hari berbuat sedekah, kerana setiap tasbih yang diucapkan itu sedekah, setiap tahmid itu merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap yakbir itu merupakan sedekah dan setiap suruhan kepada kebaikan itu merupakan sedekah. Begitu juga setiap larangan kepada kejahatan merupakan sedekha dan cukuplah semua itu digantikan dengan dua rakaat solat yang dikerjakan pada waktu dhuha (solat sunat dhuha)
Hadirh riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Marilah kita ambil iktibar batapa besarnya fadhilat solat sunat dhuha.....klik sini

27 February, 2012

betul tu izan..trkdg kalau p mkn pn dh habis ratusan ringgit ttp nk brsedekah bkn main berkira...sejak kecil akak dh didik anak setiap masuk masjid mesti masukkan duit dlm tabung derma smbil brdoa utk kecemerlangan mrk..Alhamdulillah kalau p jln2 mrk akn ingat utk menderma.....berkat izan..doa anak2 Allah makbulkan...

27 February, 2012

bersedekah jika mampu kan..amalan mulio...

28 February, 2012

semoga kita ikhlas bersedekah kan kak izan..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails