Monday, February 20

Home » , , » KWSP Umum Dividen Tertinggi 6 Peratus.

KWSP Umum Dividen Tertinggi 6 Peratus.


KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pemberian kadar dividen sebanyak enam peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.


Kadar dividen tersebut meningkat sebanyak 20 mata asas berbanding 5.8 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang akan diagihkan kepada ahli KWSP.


Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar pada tahun lalu, namun, KWSP masih berjaya mencatatkan prestasi yang baik.


Malah, katanya, ia merupakan prestasi terbaik sejak 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang serta berhemah KWSP dengan usaha berterusan pasukan pelaburannya.


"KWSP menunjukkan pencapaian lebih baik tahun lalu dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar RM27.24 bilion iaitu peningkatan 13.18 peratus berbanding 2010.


"Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran yang bertambah 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.


"Walaupun kami tidak boleh jamin dapat mengekalkan prestasi pelaburan ini memandangkan suasana pasaran serta ekonomi global yang tidak menentu, namun kami komited melindungi serta memberi nilai tambah kepada simpanan persaraan ahli, khususnya ketika menghadapi tekanan inflasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Setakat 31 Disember tahun lalu, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion berbanding RM440.52 bilion pada 2010.


Pertumbuhan berkenaan sebahagian besarnya disumbangkan oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada ahli dan majikan selain prestasi pelaburan yang konsisten serta menggalakkan.


Samsudin menambah, sebanyak RM4.08 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen pada tahun lalu memandangkan peningkatan jumlah ahlinya.


Katanya, ia meningkat sebanyak 9.44 peratus berbanding RM3.73 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2010.


"Kami menjangkakan saiz dana akan mencecah RM0.5 trilion menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan. Sebagai sebuah dana persaraan, KWSP berpegang teguh kepada objektif pelaburan jangka panjang dan berhemah untuk kepentingan persaraan ahli," katanya.




Tahniah kepada semua pencarum KWSP!

17 comments

20 February, 2012

alhamdulilah, pelaburan hari tua kan

20 February, 2012

Baru2 ni check KWSP..tak banyak..dah lama tak kerja kan..sayang plak..

20 February, 2012

ehem2..mencarum tuk masa depan anda..hikhik :)

20 February, 2012

Alhamdulillah.. bertambahlah lagi simpanan untuk hari tua tu..

untungla siapa yg masih tolak EPF..
eijanya EPF dh lama keluar sbb pilih skim pencen..

20 February, 2012

tahniahlh pada pencarum kwsp. saya pulak ambik skim pencen

20 February, 2012

mak tade KWSP..mak pki pencen jer..Gomen la katakan!

20 February, 2012

walaupun sy dh xkeje tp alhamdulillah dpt jugak dividen kwsp.. :-)

20 February, 2012

oooh i like! hehe~

20 February, 2012

dah tak keje ni...
aku makan dividen tetiap tahun jek la...

20 February, 2012

Tak sabar nk tgk penyata yg tak seberapa tu ngeee

20 February, 2012

dah lama x check kwsp :)

20 February, 2012

kalolah dni keje.. bestnye ada kwsp.. sobsss

20 February, 2012

alhamdulillah...rezeki..

20 February, 2012

alhamdulillahh
tertinggi jugak tuu ;)

20 February, 2012

kite tak keje tak dela byk sgt...

20 February, 2012

lama tak check kwsp ni..hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails