Tunggu punya tunggu nurse sampai dekat jam 11. Punyalah menunggu dari pukul 9 pagi seperti yang dijanjikan pada mulanya. Rupanya rumah saya ni rumah yang last... patutlah lambat.
Mujurlah semua kerja dah siap dan rumah pun dah cantik berkemas semua. Kalau tidak haru juga dan kelam kabut dengan anak-anak lagi.
Baru saya tahu, rupa-rupanya jadual nurse datang ke rumah sepanjang tempoh kehamilan adalah sebanyak 8 kali. Dulu-dulu takde pun. Saya ingat peraturan baru. Rupanya dah lama.
Dulu, masa di Parit Raja takde pula macam ni. Nurse tu kata mungkin sebab kawasannya besar. Nurse pun tak larat nak pergi tiap2 rumah ibu yang hamil tu.
Apa pun.. check-up hari ni normal juga. Tekanan darah ummi 110/70. Harap2 semuanya akan normal sepanjang tempoh kehamilan ni sampailah due pada 25 Ogos nanti.
8 comments
masa mengandung kat maisara dulu nurse tak de pun datang ke rumah..
katanya tak jumpa rumah..heheh
Kat Senggarang pun ada izan, masa duduk Parit Raja ha'ah, tak de sibuk datang pun.
Akak masa peknenkan Arif kan, mula2 masih di Parit Raja, lepas tu pindah Senggarang, nurse Senggarang tu tanyalah dah berapa kali misi Parit Raja dtg rumah, akak kata tak pernah pun, dia terkejut. Tulah, Parit Raja kawasan besar sangat kot...
Uish, ni sudah bagus... Siap nurse dtg Umah... Hehehehe
oh ada ke nurse datang rumah? bukan lepas bersalin ke?
mmg skang nie nurse dtg rumah..sy pun tahu sbb kawen sy preggy. 8kali rupanya..masa aiman dulu takde pun..
oh iye ke eija pun baru tau la
sbb sebelum ni masa ngandungkan dua2 anak eija nurse x penah pun datang rumah & x pernah dimaklumkan pun sepanjang waktu kehamilan sekurang2nya 8 kali nurse perlu melawat pesakit di rumah,
btol2 lepas selamat bersalin & keluar wad jerk nurse melawat ke rumah, itu pun sekali jerk..huhu
wah bestnya masa hamil nurse datang umah. kat KL ni tak tahu ler ada ke tak tak pernah dengar pulak...kalau masa pantang tu biasalah.
Masih ada lagi ek camni? Dulu zaman akak kecil2 ada le nurse dtg rumah, check cousin. Kiranya tak perlu ke klinik uutk monthly check-up?
Masa bersalin anak 1st, duk kampung then ada sekali 2 nurse dtg. Terkejut jugak sbb tak pernah check pun kat klinik kerajaan. Tinggal pun kat Selnagor, berpantang kat Melaka.