11 February 2012

Home » , , , » Penjagaan Payudara: Semasa Hamil...

Penjagaan Payudara: Semasa Hamil...

Mana-mana wanita tentu mahu “aset berharga” yang dimiliki kekal sihat dan indah. Tidak terkecuali, para ibu yang menyusukan anak. Dapatkan panduan penjagaannya daripada perunding laktasi, Sister Elizabeth P. dari Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Pelbagai cara boleh anda lakukan agar payu dara tetap kekal menarik. Ini dapat dilakukan dengan mengamalkan gaya hidup sihat yang selanjutnya menjadi faktor penentu kecantikan payu dara yang diimpikan. Malah, pada masa yang sama, impian anda untuk menyusukan anak menggunakan semata-mata susu ibu dapat dijayakan tanpa perlu melalui banyak rintangan.





Semasa Hamil

Penjagaan payu dara seharusnya perlu dimulakan sejak dari awal tempoh kehamilan. Hal ini kerana kehamilan yang semakin meningkat usia akan menyebabkannya mengalami kesan regangan. Walau bagaimanapun, lazimnya pembesaran payu dara ketika hamil tidak begitu ketara.

Biarpun begitu, selepas tempoh 28 minggu kehamilan, anda akan mendapati payu dara menjadi lebih berat. Hal ini berpunca daripada proses awal penghasilan kolostrum.

Oleh yang demikian, anda amat digalakkan untuk menyapu minyak yang tidak mengandungi bahan kimia seperti Bio-Oil bagi mengelakkan masalah kesan regangan di payu dara. Dengan yang demikian, ia akan terus anjal dan kekal cantik. Sekiranya anda mengalami kegatalan atau kulit di bahagian payu dara kering pula, anda turut digalakkan menyapu minyak ke bahagian berkenaan. Namun, jika masalah berlanjutan, dapatkan rawatan doktor bagi mengatasinya.

Selain daripada itu, biasakan diri memakai coli yang selesa. Sebaik-baiknya sarungkan coli yang mempunyai ciri sokongan yang baik. Salah satu cirinya, tali coli mesti lebar supaya berupaya menampung saiz payu dara yang dimiliki. Dalam pada itu, anda perlu memakai coli sepanjang masa biarpun ketika tidur. Oleh yang demikian, sarungkan coli yang khusus untuk kegunaan malam. Aspek kebersihan payu dara semasa hamil juga jangan diabaikan. Ketika mandi, bersihkan puting dengan menggosoknya menggunakan jari-jemari sehingga daki yang melekat padanya disingkirkan dengan sempurna.





Bersambung...


Sumber: majalah pa ma

12 comments

11 February, 2012

tetap baca walau blm penah hamil..^_^

gd info.

11 February, 2012

nmpak mcm tak penting kan izan, tp penjagaan kesihatan mmg wajib dititikberatkan

11 February, 2012

Wah..share info dr majalah Pa & Ma ye zan? Menarik gak membaca nih..

Aalmaklum ler. Dah jd parent kpd anak2 yg dah membesar tu, ada benda2 yg mak lupa jugak.

11 February, 2012

Pentingnye penjagaan payudara..Aset berharga bagi seorg wanita...
Thx for sharing Izan..^^

11 February, 2012

bacaan bagus utk ibu2 mengandung...:)

11 February, 2012

tips yg baik utk bakal ibu...

11 February, 2012

selalunya org kata tak digalakkan pakai coli waktu tidur.lain pula bg yg hamil yer.hehe..

11 February, 2012

TQ for sharing izan...

11 February, 2012

Rindu pula nak hamil lagi..hehe (terlari topik pulak)

11 February, 2012

Jaga, jgn tak jaga. Memang aset penting tu.. :D

12 February, 2012

cara terbaik menjaga bhgn puting tu adalah guna baby oil.. sapukan minyak bayi pd kapas & oles pada area sekitar puting.. jgn malas biarkan kawasan tu hitam (berdaki).. ;)

13 February, 2012

a'aa betoi tu kak.. mmg kene jaga kan.. time prgnant ni gak mulalah nak ada regangan2 ..hihi

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails