Sepanjang Tempoh Penyusuan
Susu mula dihasilkan sebaik sahaja anda melahirkan bayi. Dalam tempoh hari pertama hingga ke-3 atau ke-5, susu awal yang akan dikeluarkan untuk memenuhi keperluan harian bayi. Walaupun ketika ini, kebanyakan ibu tidak melalui pengalaman payu dara berat, anda tetap perlu memakai coli yang selesa sebagai asas sokongan.
Melepasi hari-5 selepas kelahiran, payu dara akan menjadi lebih berat. Hal ini berlaku kerana ia mula menampung susu matang. Jadi, ketika tempoh ini anda perlu memakai coli setiap masa!
Sekiranya tidak dilakukan, ia akan menyebabkan payu dara menjadi kendur di masa hadapan. Perlu diingatkan, masalah kendur yang dialami bukan disebabkan oleh amalan penyusuan sebaliknya berpunca daripada kandungan susu di dalam payu dara yang menarik daya graviti. Sama juga halnya dengan posisi penyusuan yang diamalkan. Tiada bukti yang mengesahkan bahawa mana-mana posisi penyusuan menjadi punca terhadap perubahan bentuk payu dara.
Sehubungan itu, amalan pembersihan puting perlu diteruskan setiap kali mandi. Ada segelintir ibu gemar menyapu minyak Bio-Oil di bahagian payu dara untuk mengekalkan kecantikannya. Ia dibenarkan namun, bahagian kulit aerola dan puting tidak boleh terkena minyak tersebut. Diingatkan juga bahawa anda tidak perlu mencuci puting setiap kali selesai menyusukan anak. Perbuatan ini boleh menyingkirkan pelincir semula jadi yang berfungsi melicinkan bahagian aerola agar tidak mudah melecet.
Biar apa pun, penggunaan coli penyusuan yang baik adalah kunci utama kepada payu dara yang sihat. Oleh itu, pilih coli yang benar-benar dapat memberi sokongan kepada payu dara. Sementara itu, anda tidak digalakkan menyarungkan coli berdawai sepanjang menyusukan anak. Hal ini disebabkan ia boleh menyekat salur susu sehingga menjejaskan pengalirannya. Malah, dalam kes yang teruk, kesan pemakaiannya boleh menyebabkan jangkitan dan masalah-masalah lain.
Bersambung...
Sumber: Majalah Pa Ma
17 comments
info baru ni..ye la izan, selama ni ramai duk ingat kendur sbb nyusu anak..tp ramai lupa tak pakai bra yg betul tu punca sebenarnya kan..huhu
info yg sgt berguna bt saya kak..disaat menanti kelahiran ke 2 plk..hehehe
anak munna ... Yasmin dah nak masuk 2 tahun... macamanalah nak berhentikan dia dari menyusu badan ni....
tq for info...bagus tuk kecantikkn dan kesihata kita....
Good info sis..
TQ dear!! ;)
wow.......
suka entry ini,.
thanks izan
ni nak kawen ni..haha
Nice info Izan..
Thx for sharing..^^
wahh bagus info dari akk. jannah yg belum kawen atleast dapat ilmu yg boleh dipraktikkan after dapat baby nanti. thanks kak!
bagus izan cari info camni, ramai mmbr tgh pregnant n perlu tau ni..hehe~
sekejap je nyusukan sofea. sampai 7 bulan je lepas tu terus kering..
Akak mmg selalu pakai je coli walau masa menyusu badan dan waktu dalam pantang, takut kendur, tp kalau dah beranak pinak tu, mesti kendur jugalah sikit walau tak banyak kan izan...huhu.
Tips yg bagus ni...tq share
info yg bagus untuk para2 ibu..
saya ingat anak kedua ni nak bagi susu badan sepenuh nya..
berguna nie utk rujukan bila tiba masanya nanti.kalau ada rezeki, Insyaallah..hehe
mmg coli2 berdawai tak dipakai nurul=)sbb rasa tak selesa=)aah mmg berguna infonie bleh take note=)
haah tobat dah xmo pakai bra berwayar mase menyusu ni .. sakit pun iye,susah pun iye