Thursday, March 15
Home »
Kisah Ayah & Anak
Seorang ahli falsafah berkata : "Manusia boleh terbang di udara seperti burung, berenang di air seperti ikan tetapi tidak mampu berjalan di muka bumi seperti manusia"
Bercakap tentang topik berjalan, apa kiranya kita berkongsi cerita kisah seorang ahli suffi membawa anak lelakinya mengembara demi untuk mengenal erti kehidupan dan kemanusiaan.
Mereka membawa seekor keldai dan melalui beberapa kawasan penduduk . Perjalanan bermula dengan si ayah menyuruh si anak naik ke atas keldai, si ayah berjalan kaki.
Tiba di satu kawasan pertama, penduduk berkata : 'Biadap sungguh anak ini membiarkan bapanya berjalan".
Mendengar akan kata-kata itu, si ayah kemudian menyuruh anaknya turun dan dia menunggang keldai . Sampai dekat kelompok lain, orang disitu mencemuh:
"Lelaki ini tiada hati perut, dia menunggang, anak dibiarkan berjalan".
Mendengar itu, si ayah dan si anak menunggang keldai
Apabila tiba pada kelompok ketiga, orang berkata : "Sungguh tidak berperi kemanusiaan dua orang lelaki ini, binatang yang kecil begini di tunggang berdua."
Mendengar itu, maka ayah dan anak turun berjalan, tiba di satu kelompok kumpulan orang disitu berkata: "Bodoh betul kedua orang ini, ada keldai tetapi mereka berjalan".
Mendengar itu, si ayah mengikat kaki keldai pada kayu dan bersama anaknya menyandar binatang itu, tiba di satu kawasan baru penduduk ketawa sambil berkata :
:"Gila betul dua orang ini, bukankah keldai ini boleh berjalan sendiri? Apa perlu dikandar?
Setelah itu, si ayah berkata kepada anaknya : "INILAH KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI WAHAI ANAK KU, OLEH ITU BUATLAH APA YANG KAMU YAKIN BETUL, BUKAN APA YANG ORANG MAHU KAMU LAKUKAN". Nasihat ahli suffi itu kepada anaknya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

15 comments
kisah yg penuh dengan pengajaran...
jangan pedulikan kata orang jika kita rase ape yg kita buat tu betul..yakin dengan diri lebih penting..
susah nak puaskan hati semua orang. kesimpulannya jadilah diri sendri dan buatlah apa yg kita rasa betol dimata kita bukan dimata org lain. :) btw selamat pg kak izan
suka ayat ni
"INILAH KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI WAHAI ANAK KU, OLEH ITU BUATLAH APA YANG KAMU YAKIN BETUL, BUKAN APA YANG ORANG MAHU KAMU LAKUKAN".
setuju... yakinlah pd kata hati.. jgn lakukan sesuatu hnya utk puaskan hati org...
totally true..
so
jgn pedukli ape org nak kate sbb mulut org2 itu semua mcm mulut puaka...
Terima kasih kongsi kisah ni ye Izan, akak kongsi pula kt fb.
nasihat yg sangat indah... klu ikut mulut org, sampai sudah pun org tak berhenti nak bercakap..
tu la realiti kehidupan..apa yg kita buat tak akan memuaskan hati semua org..ada jer yg tak kena di mata dorang..jadi terpulang pada kita sendiri untuk melakukan yg terbaik..
ckp org ada mcm2.. seme tak betul ekk..
betul tu kalau dengar cakap orang semua benda tak jadikan.
semoga si anak akan ingat nasihat berguna dari si ayah..:)
Sesungguhnya nak memuaskan hati sesama manusia itu mmg sukar..
kita takkan dpt puaskan hati semua org...
nak copy paste kat blog saya blh...:)
TQ...
saya blog ni juge yer...
salam kenal...:)