26 April 2012

Home » , » Jom Baca: 6 Cara Mengubati Buruk Sangka...

Jom Baca: 6 Cara Mengubati Buruk Sangka...


6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:


1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.


2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.


3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.


4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.


5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.


6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.


(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127)


# Memang hakikatnya.. banyak sekali situasi seperti di atas yang membuatkan kita sering buruk sangka terhadap seseorang. Jom hindarkan buruk sangka dari dalam diri kita!

12 comments

26 April, 2012

As salam Izan,

Suka Marya baca... Tq atas perkongsian... Kdg2 kite xboleh nak elak berburuk sangka dgn org, mcm xsedar kan... Kena cepat2 beristghtifar... Moga ALLAH ampuni dosa kita...

Buruk sangka dgn ALLAH adalah yg paling patut dielakkan... Nauzubillah...

26 April, 2012

terima kasih atas perkongsian inih....:)

26 April, 2012

Betul, terkadang kita memikirkan kita lebih baik, lebih bijak dan lebih segal2nya daripada orang lain, tapi sebenarnya kita lebih hina daripada orang lain.

Jangan meninggikan hidung dalam dunia yang serba pendek ini. rendahkan diri kerana di sisi yang Maha Besar...besar kebaikkannya.

nak jaga hati supaya sentiasa berbaik sangka tu mmg susah. Arwah mak saya selalu ingatkan kami psl tu.

26 April, 2012

makasih kak, tu lah kadang-kadng sy suka pandang rendah takpun terus jump into conclusion bila tengok seseorang

10s izan share dis..
mintak copypes yer..
tq in advanced!

26 April, 2012

kesimpulannya..
sntiasa rendahkan hati.

26 April, 2012

buruk sgka tu sifat yg xelok kan.. rosakkan hati kita sbnarnya..

27 April, 2012

setuju dik
semoga kita dpt selalu memperbaiki diri kita .. plan2 .. nak jadi sempurna bukan mudah kan ;)

salam ka izan..
tq for sharing ya..

*terasa jugak diri ni..kdg2 terburuk sangka ngan org lain..*

28 April, 2012

berburuk sgka tu memang penyakit hati yg sukar diubati.kadang2 situasi seperti yg disenaraikan buatkan kita berfikir yg tak elok wpun tak berniat berburuk sgka.cuba perbaiki diri lg..:)

29 April, 2012

kena berfikiran positif lah ya..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails