24 April 2012

Home » , » Simpan Gambar Terkini Anak-anak...

Simpan Gambar Terkini Anak-anak...

Ibu bapa diingatkan supaya menyimpan gambar terbaru anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah bagi mengelak sebarang kesulitan sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini antaranya kes culik.



Gambar terbaru itu perlu bagi memudahkan kanak-kanak terbabit dikesan pihak berkuasa dan orang ramai jika berlaku jenayah atau kes-kes kehilangan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zininberkata, kes melibatkan kanak-kanak banyak menimbulkan kesukaran kepada polis apabila ibu bapa mangsa sendiri tidak menyimpan gambar terbaru anak mereka.




Katanya, gambar anak mereka yang diberikan kepada polis kebanyakannya tidak berkualiti tinggi atau gambar lama sehingga sukar untuk dicam oleh orang ramai.




"Justeru, polis menggalakkan ibu bapa sentiasa menyimpan gambar terbaru anak mereka untuk memudahkan urusan apabila terjadinya perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita di Janda Baik ketika menyertai program Kembara Polis Diraja Malaysia 2012, di sini hari ini.




Pada program itu, polis turut mempromosikan kempen NurAlert dengan kerjasama RHB Bank bagi mencetak seberapa banyak gambar kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk dijadikan simpanan ibu bapa mereka.




"Gambar ini akan diletakkan dalam satu kad khas yang mengandungi pelbagai maklumat kanak-kanak itu termasuklah tanda lahir di badan.




"Kita akan berusaha mengambil seberapa banyak gambar kanak-kanak khususnya di kawasan pendalaman dan menggalakkan pihak sekolah untuk turut menyimpan gambar murid masing-masing," katanya.




Dalam perkembangan sama, Mohd. Bakri memberitahu, kes kehilangan remaja dan kanak-kanak dikesan meningkat saban tahun.




"Jika dilihat secara menyeluruh, kes sebegini amat membimbangkan, namun kebanyakan kehilangan terjadi dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 18 tahun," katanya.




# Baik sediakan payung sebelum hujan sebab malang memang tak berbau kan!

15 comments

24 April, 2012

betul tu kan izan...kalau takder gambar baru susah juga nanti kalau ada pae2 yg terjadi..

24 April, 2012

Salam Izan.
Nice info...tq for sharing.

24 April, 2012

pentingkan walau nampak macam simple tapi ini amat membantu

24 April, 2012

ooo yeke.. nsb baik kita ni blogger mmg suka ambik gambo ank kan kak izan :-)

24 April, 2012

ade gunenye snap pic banyak2..
malang xberbau kan kak.. :)

lg satu kalau kes kehilangan orang ni tak kisahla budak ke remaja ke orang dewasa ke x yah tunggu smpi 48 jam (ke 24 jam?) br leh wat report..ker undang-undang tu dah takda lagi?


pttnya hilang jer terus buat gerakan mencari secara besar-besaran..masyarakat pun kena jadi lebih prihatin

24 April, 2012

betul jugakan izan
kalau ada gambar pun gambar
jauh atau ramai2

elok snap yg mcm ic yek :)

24 April, 2012

sentiasa ada gambar terbaru anak2...tapi mintak sgt2 di jauh kan dari perkara yg tak diingini tu berlaku kan..

24 April, 2012

langkah yang baik.. tp sangat seram memikirkannya.. minta dijauhkan segala yg buruk.. minta dilindungi anak-anak kita selalu hendaknya..

24 April, 2012

memang suke ambil gmbr anak2, hari2 pon tak jemu lihat wajah mereka kan izan, moga dijauhkanlah dari perkara yg tak diingini

24 April, 2012

ada gak tgok tntang ni dekat berita tv.sejak kamera rosak ni sy jarang dh amik pic aiman..

24 April, 2012

betul jugak pesanan tu kan izan..ttp kalau akak ni setiap detik ada je snap gmbar baru anak2...ngee.....

25 April, 2012

Satu kelebihan blogger, sentiasa ada gambar terkini.. :D

25 April, 2012

sekarang ni mustahil kan tak ada simpanan terbaru gambar anak2..zaman dan canggih..tak ibu ayah..anak2 sendiri yang ambik gambar diorang..

25 April, 2012

semoga kaedah ni akan dapat mempercapatkan kes2 yg berkaitan selesai

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails