10 May 2012

Home » » Adakah Kita Masih Berpakaian Seperti Ini? | Syarat Pakaian Solat Wanita...

Adakah Kita Masih Berpakaian Seperti Ini? | Syarat Pakaian Solat Wanita...

Adakah kita masih berpakaian seperti ini?
Renung-renungkan...

Baju nipis nampak bayang,

Peha gebu saja ditayang,
Lebih baik tak pakai baju senang,
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang….

Baju ketat seluar sendat,
Pakai tudung ‘just’ ikat-ikat,
Dari mula memang bukan adat,
Disudut agama pun gaya tak berkat.

Tudung jarang baju nipis,
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’,
Mata orang terbeliak, kita membengis,
Bila kena kutuk, kenapa menangis?

Lengan pendek blaus gantung,
Jeans ketat melekat dipunggung,
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
Agama tak suruh berbungkus macam pocong….

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah,
Kalau takat rambut orang kurang ghairah,
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah,
Mata yang memandang boleh keluar darah….

Kebaya ketat, kain terbelah,
Ikat tudung macam tak sudah,
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah,
Tapi Islam sebenarnya indah….


Syarat Pakaian Solat Wanita.

Pakaian wanita dalam solat terbahagi kepada dua, pertama yang menutupi kepala sehingga leher dan labuh ke dada manakala yang kedua ialah yang menutupi badan sehingga labuh ke kedua-dua kaki. Dua hadith di bawah ini dijadikan rujukan oleh para ahli fiqh -

[01] Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. (Khimar).

[02] Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.


Hadith pertama menerangkan bahawa seorang wanita yang hendak bersolat, hendaklah dia memakai kain tudung atau dalam Bhs. Arab adalah Khimar iaitu sehelai kain yang menutupi kepala sehingga ke leher. Ini adalah makna dari segi bahasa, sementara dari segi tuntutan syari'at pula, tudung yang dipakai itu hendaklah dilabuhkan dari kepala sehinggalah ke dada atau lebih sedikit sampai menutupi kawasan kedua buah dadanya. Ini jelas tertulis dalam al-Qur'anul Karim - dan hendaklah mereka menutup bahagian dada mereka dengan tudung kepala mereka. [Maksud surah an-Nur 24 - 31].


Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai tudung adalah syarat sah atau tidak solat seorang wanita itu, difahami melalui lafaz …Tidak diterima solat seorang wanita…… Dari itu jelas hukum fiqh bahawa memakai tudung yang menutupi kepala sehingga ke dada seorang wanita itu adalah merupakan syarat sah solatnya.


Hadith kedua menerangkan bahawa pakaian seorang wanita itu, selain dari tudung kepalanya, hendaklah sesuatu yang panjang sehingga dapat menutup dari leher sehinggalah ke kedua belah tapak kakinya. Dar'u ialah pakaian Arab yang seumpama gaun atau jubah yang dipakai melalui leher dan ianya memanjang sehingga ke betis atau lebih, maka melalui hadith ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mensyaratkan bahawa gaun atau jubah itu haruslah memanjang sehingga menutup kedua tapak kaki wanita.


Dari dua hadith ini jelaslah bahawa pakaian solat seorang wanita itu ialah sesuatu yang dapat menutup dari kepala sehinggalah ke kakinya. Secara minimum ia terdiri dari dua helai kain iaitu yang pertama adalah tudung kepala dan kedua adalah baju panjang. Selain itu boleh memakai lebih dari dua helai kain asal sahaja ia menutup dari kepala hingga ke kaki. Dua bahagian anggota yang terkecuali ialah muka dan tangan dari pergelangan ke bawah di mana ia tidak perlu ditutup. Ini berdasarkan firman Allah Azza waJalla: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. [Maksud surah an-Nur 24 - 31].


Sumber: Perkongsian FB

15 comments

10 May, 2012

Moga-moga kita semua mendapat kebaikan dan dapat berpakaian mengikut syariat Islam.

10 May, 2012

huhuhu maluu dikk
semoga dpt dijadikan landasan buat kita agar kita dpt berubah menjadi lebih sempuran .. ;)

10 May, 2012

mudah-mudahan menjadi pedoman buat diri sendiri

10 May, 2012

thanks ingatkan sy n sama2 berubah ke arah yg lbh baik.. :-)

10 May, 2012

masih lagi banyak yg adik perlu perbaiki...
thanks for sharing this kakak.. :)

10 May, 2012

terus muhasabah diri..
thanks for sharing~

10 May, 2012

skg ni mcm2 jenis kain sembhyg orang dok jual...yang jarang pun ada janji glamer bila kat masjid

10 May, 2012

EMMM..BAB BI PON SY X SESEMPURNA MANA LAGIK..MASIH MELENGKAPI DIRI..SEMOGA DIBERI HIDAYAH BUAT KITA SUME....;)

BREAD BUTTER PUDDING BUATKAN SY TERLIUR LERRR...HEHE

10 May, 2012

Saya selalu berfikir, bagaimana nak hasilkan anak2 yg berkualiti di sisi Allah jika ibunya sendiri mengabaikan perintah Allah. dan ayah pulak membiarkan je.

*menutup aurat-salah satu perintah Allah.

10 May, 2012

good info...sama2 kita ingat mengingati.....

10 May, 2012

semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri dengan menuntup aurat dengan sebaiknya.. tq izan..

Alhamdulillah...tq for sharing kak..ada betul jugak..kdg2 cma sendiri malu bila tgk perempuan yg mmbalut badan dorang ni..bukan yg betul2 menutup aurat..

10 May, 2012

Semoga sama2 kita perbaiki diri dalam menutup aurat ke arah yg lebih sempurna, imsyaAllah..

ps: telekong sekarang ni kebanyakannya jarang. Baru2 ni akak ada beli telekong 2 lapis dari Bayt Al Iman. Selesa pakai..

10 May, 2012

Terima kasih atas peringatan ini izan, moga2 Kita alert batas2 ini

11 May, 2012

terima ksih berkongsi izan..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails