Atas permintaan Kak Ariana... saya sharekan resepi Bread & Butter Pudding ni... Sumber asal resepi dari Kak Ummi Kuantan. Senang aje nak buatnya. Kalau yang tak pernah cuba pun gerenti boleh buat dengan jayanya...
10 keping roti
500 ml susu uht/fresh milk
300 ml whip/fresh cream (kalau guna fresh milk pun ok)
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (tabur atas puding sebelum di bakar)
50 gm kismis
Esen vanilla
Butter (untuk disapu pada roti)
Cara-cara:
1. Telur dan gula dipukul bersama hingga gula hancur.
2. Tambahkan susu, cream, esen dan pukul lagi hingga sebati.
3. Susunkan roti yang telah disapu dengan butter dan dipotong kecil ke dalam loyang.
4. Taburkan kismis antara lapisan roti dan lapisan atas sekali.
5. Tuangkan bancuhan susu tadi ke dalam loyang.
6. Akhir sekali taburkan gula castor atas roti tadi supaya ia caramelised on top of the pudding.
7. Bakar dalam preheated oven pada 180 darjah celcius secara waterbath selama 45-50 minit.
Bahan2 untuk Sos Kastard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula (boleh kurangkan kala tak suka manis)
Cara-cara:
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Selamat Mencuba semua!
16 comments
huwaaa...kne buat jgk ni...
ramai la plak duk update puding ni..hukhuk.. :)
waduh...resepi..lps beli oven nnti blh la try buat..
skrg ni hanye mmpu tgk,dan telan air liur je la..huhuhu....
eeeemmmmmm,,....sedapnya....terliur sungguh tgk....
wahh.. tak boleh tgk ni.. baru je selesai makan. tapi dah rase lapo balik pulak dah.
boleh cuba resipi Izan. Lama dah tak buat puding roti.
nana belum bekesempatan lg nak rasa puding roti...huhu.......nampak mcm sedap:)
aah izan, kita pun dah pernah buat bukan sekali dah berkali2 dah buat puding ni..hehe
mood rajin izan telah kembali.. yeayyy!!..
nak sikit!!!..
hehhe ... sbb ena ngah malas.. huhu
lnkali blh try nih! :-)
nampak menarik jer...nak suh wife cubo buat la....:)
Aju mmg suke sgt puding ni izan, nmpk mcm mudah ;)
As salam Izan,
Yummy! Aduh, walaupun dah kenyang mkn nasi lemak but ur pudding nampak mengancam... Boleh buat dessert cuci2 mulut yg pedas mamam sambal tadi..hik3 ;)))
sedapnya....kita tak de oven..so,takleh nak baking2...huhu
nti aku try resepi hang
tgk pun dah kecur ayaq liuq hahahaa
sedap ni..
wow sos dia tu yg tak menahan