25 May 2012

Home » Petua Mengatasi Rambut Botak Dan Gugur...

Petua Mengatasi Rambut Botak Dan Gugur...

1. Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.



2. Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.


3. Bagi merawat rambut yang rosak, anda boleh gunakan pisang. Caranya, ramas pisang dan campur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda. Kemudian syampu (sebaik-baiknya syampu herba) dan conditioner.


4. Untuk mengatasi masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari. Ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.


5. Untuk kes beruban sebelum waktunya (premature greying), jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi apabila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi, lalu terjadilah uban apabila usia meningkat. Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan.


Ada beberapa amalan cara hidup yang mungkin mengakibatkan anda akan beruban lebih awal iaitu:

1. Jika anda adalah perokok tegar atau peminum alkohol
2. Gagal mengawal stress yang berpanjangan
3. Terlalu kerap mengambil kopi dan teh
4. Pengambilan secara berlebihan makanan berlemak dan makanan berasid, seperti jeruk


Untuk melambatkan proses beruban, anda perlu mengamal gaya hidup sihat seperti berikut:

a. Mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin cereal, soya dan daging
b. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, mineral dan vitamin A dan B.
c. Sumber semulajadi Vitamin A – sayuran yang berdaun hijau gelap dan buah yang berwarna kuning.
d. Sumber asli Vitamin B – sayuran segar berwarna hijau, pisang, tomato, sereal, yogurt dan lain-lain
e. Sumber asli mineral seperti zat zinc, besi dan tembaga – zinc - daging merah, ayam dan sayuran hijau , zat besi – daging, apricot, telur, bijirin dan biji bunga matahari, zat tembaga – ketam dan tiram dan gandum.



# Saya pun dah ada uban ni... tapi masih jarang2 lagi. Kalau en Hubby memang dah merata ubannya. Masing2 dah 3 series lah katakan...

31 comments

25 May, 2012

bagus juga petua ni.... rambut munna mmg kuat gugur skrg ni....

25 May, 2012

izan,

ena pun sama.. skrg kalau belek2 rambut mesti ada yg baru nak tumbuh... sedihnyaaaaaaaaaa.. yg tak tahan rasa gatal sangatttttt.. sbb? memg keturunan.. mak & ayah cepat beruban.. adik beradik pun sama bila dah masuk 3 seriess.. huhuhu..

25 May, 2012

mmg rambut nureen byk gugur jgk, mak ckp sbb :

1. nureen dok mkn jamu, pns
2. sbb ada kelemumur

hehhehe...

saya pun dah ada uban izan

25 May, 2012

Petua rambut gugur ni sesuai guna masa ada baby ni. Tapi minyak arnica tu mana nak dpt?

25 May, 2012

boleh sarankan kt hubby sy ni..hehe..
dh makin jaranggg dh..huhu

25 May, 2012

Boleh try petua ni tengok sbb rambut dok gugur..

TQ ka Izan syer ye ;)

25 May, 2012

rambut farah pun skang kerap gugur. kena pulak pakai tudung kan.. memang kena jaga bebetul rambut ni. boleh try la cara izan ni.thanx share dear.

26 May, 2012

Boleh praktikkan ni izan, mmg skrg ni byk rmbut gugur, emmm ;)

tq for sharing petua ni..
cma,keguguran rambut xde sgt..cuma kelemumur ni ha..huhuh...
uban?? cma pun ade jugak sehelai dua..

26 May, 2012

aku ni rmbut gugur mmg mslh besar
x larat nak tgk rambut merata2 kt lam umah..rimas betul...
aku igt kalo ada umah sndiri nti nak wat lantai mozek kaler itam boleh hahahahaha

26 May, 2012

rambut suami akak mkin lama mkin jrg la izan..puas dh brubat n guna produk..skrg guna produk yg trkenal kt tv tu..beribu2 gak habis ttp xnmpk pn hasilnya.....ngee......

26 May, 2012

papa mifz tahun dopan masuk 3 series jugak...huhu

Thx for sharing Izan...
Rambut lily selalu gugur..kalau menyapu tu..rambut jer byk...
Uban pun ada sikit dah skrg ni...
maklumlah..lily pun dah 3 series.. :)

yg guna air perahan lemon tu mcm boleh buat. yg pakai petua pertama & ketiga mcm tak berapa berani nak buat. hehe.

27 May, 2012

bagus amat bagus untuk ibu2

saya pun amatlah geram dgn mslh rambut gugur ni.bila sapu sampah banyak rambut dari yg lain.

dah mcm2 guna tonik bagai still gugur camtu gak.. aiii

27 May, 2012

rambut saya mmg gugur sekarang ni...xtaw la kurang nutrien kot...xpn tensen...

sejak ada anak dua nih, memang bertmbah2 rmbut gugur..huhu..susahl lak tuh nk carik syampoo yg sesuai..dpt jumpe tk rmbut gugur, die jadik kelumumur plak..pakai yg anti kelumumur, rmbut gugur plak..haihhhh..macam2..apepon, thanx for sharing petua ni yek..=)

28 May, 2012

As salam Izan,

Tq for the petua! :)

Lepas bersalinkan Iman smp skrg tak boleh rambut pjg...gugur merata2... Nak try buat yg no 1 & 2 tu... Insya'ALLAH :))

Hubby kita pun ada uban dah... Ish... Byk berfikir katanya...hehehe... Sy tak pernah tahu sb tak pernah lg sesiapa tegur tp hair fall tu mmg betul! Rambut makin nipis dah skrg ni :(

28 May, 2012

boleh la try ni saya suka yang no 2...

28 May, 2012

tq..info menarik ni

28 May, 2012

petua ni bgus utk sy.. rmbut sy pun gugur gk ni...

28 May, 2012

Waaaa...baiknya izan share petua utk rambut plak kalini.

Baik kita cuba meskipun blum beruban kan zan?? Lbh baik mencegah dr mengubat kata org tua2..

alamak ehhh nurulpun ado ubanlah.tgk makin menjadi2 kuar...malulah plak!

02 June, 2012

terjumpa info ni, juga pasal rambut gugur… sharing is caring :) - Botak, Keguguran Rambut Masalah Keturunan

05 June, 2012

izan pas ni bagi petua untuk hilangkan kelemumur plak yer,dah merenyam kepala ni menahan gatal kelemumur

Anonymous
06 June, 2012

Xgugur pun kena pakai tudung jugak.

Anonymous
28 October, 2012

Wajib pakai

11 December, 2012

saya pun dah ada uban izan

12 December, 2012

Sharing: Atasi Masalah Rambut Gugur..dengan supplemen semulajadi, selamat n berkesan...
http://liyanasonestop.blogspot.com/2012/05/penawar-keguguran-rambut.html

08 February, 2013

Thnks infonya sangat bermanfaat, menggunakan bahan-bahan yang alami

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails