21 June 2012

Home » Budak 5 Tahun Mati Dalam Kereta Ibu...

Budak 5 Tahun Mati Dalam Kereta Ibu...


JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam.



Menurut sumber polis, guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di sini keluar dari rumah di Taman Perling, kira-kira jam 7 pagi dan sepatutnya menghantar anaknya ke salah sebuah tadika berhampiran tempat dia bekerja.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang terlewat untuk mengimbas kad perakam waktu.

“Selepas itu dia terlupa yang anaknya ditinggalkan di dalam kereta seorang diri dan hanya menyedarinya kira-kira lima jam kemudian.

“Wanita itu bergegas ke keretanya kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kanak-kanak terbabit terbaring tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia.

Usaha wartawan Sinar Harian untuk menemui keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.

Sumber polis turut mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.


# Saya kalau baca berita2 macam ni memang rasa sangat2 sedih. Tapi tulah... ini cuma menjadi asbab atas kematiannya dan ajal kanak2 ni pun sememangnya telah sampai... Berita sebegini pun buat pengajaran untuk kita semua ye...


# Terima kasih banyak2 di atas doa yang kalian titipkan buat suami anak saudara en Hubby ku... Saya di rumah ni pun hanya mampu berdoa moga Lan diberikan kesembuhan dalam melepasi tempoh komanya... Ameen...

20 comments

Al-fatihah tuk Arwah sikecil....kdg2 sifat lupa ni mmg memudaratkn..

sedihnye...:(
minta la dijauhkan dari perkara macam...terus teringat isha kat nursei tu...aduh..sedih sgt

21 June, 2012

Takziah buat keluarga arwah. Kesian, tak tahulah nak ckp apa, perkara dah berlaku. Ambil iktibar. Pasti ibu dia paling sedih dan trauma. Minta dijauhkan.

21 June, 2012

pengajarannya .. jgn tinggalkan anak dlm kereta. tapi ye lah .. dah tersurat nasib dia mcm tu. AlFatihah buat Arwah.

21 June, 2012

Ya Allah kelalaian boleh membawa Maut, moga dijauhkan Dari kejadian spt ini

al fatihah

Al-fatihah utk arwah. Dah sampai ajal dia tp yelah si ibu mesti terkilan.

21 June, 2012

Sedihnya... memang sebelum ini pun banyak kejadian seperti ini berlaku...

21 June, 2012

al fatihah utk arwah...

mesti mak dia menyesal yg amat kan..

21 June, 2012

sedihlah izan kisah macam ni, saya sedaya upaya cuba untuk tak cuai, iallah. Kesian untuk ibu ni, segalanya dah tersurat dan atas kuasa Tuhan jua..Alfatihah..

21 June, 2012

Ya Allah...tak tergambar keadaan mangsa macamana bertarung nyawa terkurung dalam kereta 5 jam..Ya Allah..kena beringat selalu...huu~

Al0fatihah~

Masyaallah!Semoga kelupaan kita sebagai manusia tidak akan menyebabkan kita kehilangan org yang paling dekat dengan hati kita.Sedihnye...YM pulak sebak. :(

21 June, 2012

sedihnya....al-fatihah utk arwah

21 June, 2012

ya allahhhh
sedihnyaaaaaaaaaaa bila baca ..
macam mana boleh jadi macam nie kan
huhuhu macam manaaaa lah si ibu boleh lupa anak sebesar 5 tahunnn
bukan bb punnn yg mgkin kita x dgr suara dia kan
nie dah 5 tahun .. huhuhu
5 jam .. sedih , lemas lah tuu .. x dpt terima hakikat akk nie
sedihh nyeeee lah haiii huhuh
dah ajal kann
lupa ini adakalanya memudaratkan
subhanaallahh semoga si kecil tenang disana .. al fatihah

dan buat adik sepupu izan , semoga cepat2 sembuh dari stage koma dia tuu .. aminnnn

22 June, 2012

ya Allah kesiannya. mesti ibu tu sedih tapi itulah dah ajal si kecil tu. semoga si ibu tabah hadapi ujian.

takziah juga buat kak izan seisi keluarga. semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Lan..ameen..

22 June, 2012

Ya Allah sedihnya berita ni...camne blh lupe tu..

22 June, 2012

Ini kes cuai, namun tak ada ibu yg nak perkara bergini berlaku. Sbb tu akak tak tahu nak cakap apa. Sedih..

sedih sangat,tak terbayang rasanya masa budak tu di akhir nafas dlm keadaan kereta tertutup...
Al-fatihah buat anak kecil tu

kecuaian ibunya sendiri..alfatihah utk arwah..
semoga menjadi pedoman buat kita semua

Nurhanina
25 June, 2012

Di kebanyakan negara maju, undang2 tidak membenarkan pemandu meninggalkan anak2 didlm kereta untuk mengelakkan kemalangan sebegini. Orang awam yang lalu lalang ada hak laporkan pada pihak berkuasa jika ternampak budak kecil ditinggalkan didalam kenderaan dan ibubapa atau penjaganya disaman. Inilah yang berlaku di New Zealand setelah 5 tahun di sini. Banyak yang boleh dipelajari di negara majoriti kristian ini. Sayang nyawa manusia sebegini murah jika tidak dititikberatkan dan diingatkan melalui undang2. Ya, memang fitrah manusia mudah lupa, tapi perlu sentiasa diingatkan, di'gertak' dgn undang2 yg syumul.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails