Saturday, March 31

Jom Join Bloglist 2012 Diariummi...

**STICKY POST FROM 10-31 MARCH 2012**




Secara rasminya bloglist yang ada akan dibubarkan. Dan sebagai menghargai kawan-kawan semua... tak kira yang baru ataupun lama, sudilah kiranya kalian semua join bloglist diariummi tahun 2012 ni ye. Saya akan kategorikan ikut warna feveret masing-masing. Boleh pilih satu ye!

Red
Yellow
Blue
Pink
Green
Purple

Senarai bloglist akan diupdate dari semasa ke semasa. Dan yang pasti bila saya dah update blogslist baru ni, saya akan cuba seboleh mungkin singgah blog kalian setiap hari! Itulah niat saya...


Jangan malu jangan segan... 
Sesiapa saja boleh join. 
Bloglist 2012 Diariummi dibuka sekarang!


Hanya tinggalkan url blog n warna feveret anda di kotak komen ye!


Bloglist 2012 Diariummi Masih Dibuka | Saya Ada Sesuatu Buat Anda Juga

Amboiiii... bukan main promoter blog sendiri nampak. Bukan apa... kalau masih ada yang sudi join bloglist diariummi... tinggal hari ni aje lagi tau. Sempat lagi buat kawan-kawan ummi yang baru atau yang lama nak join.  Dan pada yang dah join... tapi tak tersenarai pun bagitahu saya, takut saya termiss nak senaraikan tempohari... 


Dan saya sebenarnya ada sesuatu buat anda semua. Perinciannya akan saya dedahkan minggu depan ye. Klu: diariummi akan buat sedikit segmen yang simple dan yang menariknya ada hadiah yang bakal menanti para pemenang. Berapa pemenang dan bagaimana segmen tersebut akan berjalan akan kami revealkan minggu depan. Tungguuuu.....


1# Terima kasih en Hubby sebab menjadi penyumbang utama dalam segmen akan datang di diariummi!


2# Terima kasih Ya Allah kerana Engkau permudahkan setiap urusan kami akhir2 ini. Dan berita yang baru kami sekeluarga terima secara rasmi semalam  kami anggap sebagai rezeki yang sangat tidak terduga. Chaiyok2 buat en Hubby sekali lagi...!



Friday, March 30

Payment Advice Dari Nuffnang Pula...

Tak perasan hari ni dah pun 30 Mac. Sekejap je masa berlalu kan. Tup tup bila check email tadi dapat pula payment advice dari HSBC lagi. Maksudnya next week sampai lagilah check nuffnang saya tu. 


Tapi kali ni jumlahnya sikit aje. Saya ni jenis malas nak peram lama-lama. Kalau dah boleh cashout aje... saya laju2 je tekan butang tu.




Kawan-kawan ummi pun dah terima payment advice ke?
Kalau belum... apakata kita cuba Pizza 3D sekarang!

Thursday, March 29

Kisah Si Pasu Bunga Kaktus...

Alkisahnya suatu pagi... terkejut en Hubby dibuatnya bila dia tengok ada 3 biji pasu bunga (pasu pokok kaktus sebesar bukaan tapak tangan) dah bertaburan kat porch kami. Dalam hatinya dah rasa geram je sebab kejadian ni bukan kali pertama berlaku. Sebelum ni pun dah pernah terjadi beberapa kali masa kami takde kat rumah. 


Kebetulannya... si suami jiran keluar awal dari biasa. Meeting katanya. en Hubby cerita balik pada saya... si suami tu cakaplah pada dia... ini mesti kerja kucing hitam ni. en Hubby langsung tak balas apa-apa pun. Ehhh... senang betul buat kesimpulan macam tu.. katanya dalam hati jelah... Bukan nak cakap minta maaf ke nanti bini saya bersihkan ke...


Sebenarnya dalam hal ni saya tak kisah sangat. Cumanya bila hidup berjiran kenalah consider benda yang nampak remeh tapi sebenarnya kadang-kadang buat kita bengang di lubuk hati yang paling dalam. Eh izan... tadi kata tak kisah tapi bengang juga eh? Saya pun manusia normal juga kan.


Kalau perkara ni terjadi pada anda... apa yang anda buat ye?

a. biarkan aje pasu, kaktus dan tanah yang bertaburan mengotorkan porch anda tu. Tunggu aje dia yang bersihkan sendiri, 

b. anda baik hati dan tolong kemaskan balik sebab tak sanggup tunggu lama-lama dan semak mata tengok tanah2 tu bertaburan atas kasut2 yang dah disusun kemas, 

c. cakap terus terang pada dia. Lain kali letaklah lagi pasu banyak2 kat sini ye. Kalau jatuh lagi pun tak apa... saya tak marah pun... boleh tak alihkan ke tempat yang lebih selamat...


Tau apa yang saya buat?... saya pilih B aje... 

Wednesday, March 28

Jambu Batu VS Sambal Kicap Special!!!

Salam buat semua kawan-kawan ummi. Mula-mula ummi nak minta maaf banyak-banyak ye sebab semalam tak sempat nak menjengah blog kawan-kawan pun. Terasa diri perlu berehat seharian tanpa internet. Malam baru dapat jalan-jalan. Itu pun jadi silent reader aje.


Alhamdulillah... kesihatan anak-anak dah beransur pulih semuanya termasuklah ummi sendiri. Dan hari ni rasa bersemangat sikit nak makan itu ini. Pagi-pagi lagi dah sarapan cereal dengan susu segar. Mujurlah dapat mengenyangkan perut yang kruk krak kruk krak di pagi hari.



Dan... tiba-tiba rasa nak makan jambu batu cicah sambal kicap special pula. Speciallah sangat kan. Bukan apa... kuah rojak takde, buat ajelah sambal kicap sendiri. Potongkan cili padi, letak sedikit asam jawa dan  gula. Dah jadi pun. 


Duduk sorang-sorang takde teman macam ni lah. Sambil makan... sambil layan blues sendiri. Ehhh... apa pulak... kawan-kawan ummi kan ramai kat alam maya ni kan... Jemput makan semua!!!

Monday, March 26

Sabtu Yang Suram...

Sabtu lepas adalah hari yang betul-betul buat saya keletihan. Mana tidaknya... dengan tak semena-mena dua budak kecik muntah-muntah tanpa henti-henti. Bermula dari tengahari membawa sampai ke malam. Apa jua makanan yang cuba dimakan semuanya tak dapat diterima oleh sang perut. Akibatnya Naufal dan Affan jadi lembik dan keletihan sepanjang hari.


Ummi pun turut letih juga sebab asyik nak bersihkan tempat yang kena muntah, baju yang saling bertukar ganti... Itu belum kira ragam mereka berdua lagi. Memang ummi tak boleh nak buat kerja langsung. Merengek sampai kan tak boleh nak bergerak ke mana-mana. 


Alih-alih... menjelang malam keadaan dua budak kecik masih belum ada perubahan. Minum air masak pun boleh keluar balik. After maghrib terus aje ke klinik. Mujurlah nombor giliran mereka berdua cepat sampai. Bila doktor check... mereka berdua tak demam. Kalau demam lagilah parah. 


Pernah dulu ada kes si kembar hampir-hampir masuk wad gara-gara muntah2 ni juga. Alhamdulillah... Allah dengar doa saya. Biarpun anak-anak diuji dengan kesakitan biarlah ianya tidak berlarutan dan serius. Ini jadi pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati.


Saya sebenarnya masih tak pasti apa yang buat mereka berdua jadi begitu. Mungkinkah sebab keracunan makanan? Tapi masih blur sebab makanan yang kami makan pada hari Sabtu tu tu semuanya sama saja. Wallahua'lam...


Kerisauan saya dah berakhir hari ni... 3 budak kecik dah boleh ke sekolah macam biasa. Dari semalam lagi kesihatan mereka dah beransur pulih bila makan 2 jenis ubat yang diberikan doktor plus satu ubat masuk vontot masa jumpa doktor. Saya tak pasti itu ubat untuk apa sbb rupanya lain sikit dari ubat vontot yang selalu dimasukkan masa demam tu. Lupa pulak saya nak tanyakan pada doktor.


Saturday, March 24

Pecan Butterscotch...


Baru dapat makan Pecan Butterscotch SR pagi ni. Dahsyat tu siap buat breakfast pula. Bukan apa... tekak ni kena dibelai2 sikit lepas kejadian tempohari. Nak makan kena ikut timing yang betul juga...


Selamat berhujung minggu buat kawan2 semua. Saya terjah blog kalian semua perlahan2 ye... 

Friday, March 23

Thalassemia Screening dan Iberet Folic...

Sebenarnya semalam seharian saya betul-betul tak larat. Dikisahkan pukul 8 lebih dah ke klinik untuk routine check-up... 18 weeks dah ni. Itupun kalau ikutkan lewat seminggu seperti yang dijadualkan. 


Cuma apa yang sedikit membimbangkan saya adalah hasil keputusan Hb semalam sangat tidak memberangsangkan. 10.2 aje. Dua kali ambil darah pula tu! Sekali untuk test sekali lagi Hb dan satu lagi untuk test Thalassemia Screening yang resultnya bakal diketahui 2-3 minggu lagi. 


Dan semalam juga... seharian takde satu pun makanan yang berjaya dihadam dengan  baik. Lepas balik dari klinik, saya n en hubby pergi lunch asam pedas kat bandar. Balik pula masih rasa tak larat... dan ketiduran. 


Dah petang... saya cuba telan Iberet Folic yang dibeli kat farmasi. Tujuannya untuk naikkan Hb yang rendah. Harap2nya saya boleh konsisten telan pil ni hari2.  Tapi apa yang terjadi semalam betul2 buat saya terlepek sampai ke malam.



Dah nak masuk maghrib lepas je siap masak saya terus ke toilet dan muntah2. Habis keluar segala isi perut. Then, lepas solat saya try lagi makan nasi n sup ayam. Dalam hati... perut masih rasa tak sedap dan tekak ni rasa dah kembang semacam. Muntah lagi buat kali kedua.


Lepas 2 kali muntah sampai dah takde apa yang nak dikeluarkan...memang rasa sangat2 tak larat. Masuk tidur awal pula tu. Pagi ni nak makan pun rasa was-was je. Mujurlah dapat juga paksa diri minum air milo dan telan sikit nasi ambeng masa sarapan pagi tadi....


Oh ya... siapa antara kawan2 ummi yang pernah buat Thalassemia Screening masa pregnant dulu ye? Boleh tak share dengan ummi kat sini...

Wednesday, March 21

Dia Tak Mahu Pergi Sekolah?

Ini kisah semalam. Siapa dia yang tak mahu pergi sekolah tu? Hmmm.... si kembar abanglah ni. AFFAN. Aduhai anak... Tahu tak apa sebabnya? Semuanya gara2 kerja sekolahnya tak siap. Mula2 tu ummi dah rasa tak sedap hati je bila dia bangun pagi dan mula menangis masa mandi. 


Bila dah turun dan nak dipakaikan baju pun beria2 dia menangis. Sanggup tolak tangan ummi tak bagi baju tu disarungkan ke badan. Lepas tu Ayah try pula pujuk dia. Tak jalan juga. Akhirnya... Terpaksalah dia ponteng  sekolah hari ni. 


Alahai anak ummi... Mujurlah Afnan dengan muka gembira je naik van pagi tadi. Cuma bila ummi tanya... macam mana adik kat sekolah... dia cakap dia nangis sikit sambil tutup mata sebab rindukan ummi. Ummi tak pasti sama ada itu cerita betul atau cerita rekaan semata2 aje.


Tapi kan yang kelakarnya.. lepas setengah jam insiden tu berlaku, ummi bukakan baju sekolah dia dan bagi baju t-shirt. Terus riak mukanya tak sedih lagi. Ayah ajak buat kerja rumah... boleh pula siap tu! Tanpa pertolongan okay... Menduga kesabaran betul peel dia semalam. 



 Lain anak lain ragamnya. Kali pertama ummi hadapi situasi anak tak mahu ke sekolah... Harap2 lepas ni takkan berulang lagilah ye!




Gambar recyle... thn 2010...


comel tak masa ni?
AFFAN jadi imam. 
Tapi napa makmumnya berdiri depan sangat tu?


AFFAN... sentiasa cheeky!
kalau buat perangai... alahaiiiii....

Tuesday, March 20

Mengidam Itu Ini...

Pregnant kali ni dirasakan sangat berlainan sekali. Walaupun doktor dah sahkan baby adalah single... keletihan melebihi masa mengandungkan si kembar. Adakah sebab peningkatan usia? Mungkin juga rasanya. Yelah dulu umur masa mengandungkan si kembar baru 27... sekarang ni dah 32. Apalagi kalau mengandung dalam usia 40... lagi terasa keletihannya...


Sejujurnya... saya tak boleh duduk lama-lama sekarang. Walaupun kalau diikutkan baru masuk minggu ke 17... rasa letih yang amat. Makan pula memang tak boleh macam sebelum ni. Kalau sebelum ni saya boleh habiskan sepinggan mee goreng mamak yang biasa kami order... sekarang tak sanggup nak order dah. Cukuplah makan roti telur je. 


Nasi pula jangan cakaplah. Boleh makan tapi ikut rasa tekak. Tapi selalunya kalau tengok sepinggan nasi yang en Hubby makan pun dah boleh membuatkan perut ni terus rasa kenyang. Penangannya memang lain macam aje kali ni. Aduhai baby ummi... 


Tapi kan yang bestnya masa balik kampung baru ni... Kak Long saya buatkan Laksa Penang yang memang saya idam-idamkan. Bukan saya je.. mak saya pun sama. Kami makan berkali-kali sebab kalau buat sendiri for surelah kuahnya pekat. Tak sama langsung dengan kalau kita beli kat pasar malam contohnya... kuahnya cair aje. Terima kasih Kak Long... 


Terima kasih juga Kak Jah sebab belikan keropok losong. Memang ada rezeki untuk saya sebab kebetulan dia dan family ke Terengganu atas urusan keluarga masa cuti sekolah baru2 ni... Tercapai lagi hajat ibu mengandung... hehe...

Monday, March 19

Terima Kasih Atas Segalanya...

Alhamdulillah... hari ni puan blog kembali bersiaran setelah seminggu bercuti. Sebenarnya untuk pengetahuan kawan-kawan... entry yang dipublishkan sepanjang minggu lepas adalah atas pertolongan en Hubby tercinta! Bukan dari saya ye...


Sempena cuti sekolah baru-baru ni saya balik kampung. Macam biasalah kalau dah nama balik kampung memang takde masa nak online. So... tugasan untuk meng'update' saya serahkan bulat-bulat kepada si dia. Syukurlah trafik masih lagi maintain dan blog tak pernah sunyi dari kunjungan kawan-kawan. 


Terima kasih abang... sebab update blog ayang. Tapi sayangnya kata dia takde komen pun yang masuk. Memanglah sebab blog ni kena moderate komen dulu. Hehehe... terkejut dia bila saya kata seminggu blog tak dijengah oleh tuan punyanya... komennya mencecah 100. Terharu sangat rasanya...


Terima kasih pada kawan-kawan... sebab masih sudi singgah dan komen macam selalu. Walaupun jelas-jelas takde kunjungan balas dari saya. Saya kena bayar hutang yang sangat banyaaaaakkk lepas ni. Tunggu kedatangan saya ye!


Terima kasih daun keladi... kepada semua kawan-kawan yang sudi join Bloglist 2012 Diariummi! Terharu lagi.... Bloglist sedang diupdate dari semasa ke semasa. Jangan ada yang merajuk tau. Saya mesti datang blog kamu sebab saya sayang kamu semua!!!


Hari Isnin... permulaan hari yang cukup indah pada saya. Semuanya berjalan dengan lancar hari ini. Anak-anak bangun pagi dengan mudah dan mood masing-masing sangat ceria! 


Terima kasih Ya Allah kerana Engkau permudahkan segala urusanku pada hari ini....

Saturday, March 17

Penyakit `Ain (Pandangan Mata pembawa bencana)


Dalil Hadith dan Al-Quran

“‘Amir bin Rabi’ah pernah melewati Sahl bin Hunaif yang sedang mandi, lalu ia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tak pernah melihat kulit seperti kulit wanita yang dipingit.’ Tidak berapa lama, Sahl terjatuh. Kemudian dia didatangkan ke hadapan Nabi. Orang-orang pun mengatakan kepada beliau, ‘(Wahai Rasulullah), segera selamatkan Sahl, ia telah terbaring.’ Nabi bertanya, ‘Siapa yang kalian tuduh dalam hal ini?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah.’ Beliau pun berkata, ‘Atas dasar apa salah seorang di antara kalian hendak membunuh saudaranya? Apabila seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan dari diri saudaranya, hendaknya ia mendoakan kebaikan padanya.’ Kemudian beliau meminta air dan memerintahkan ‘Amir untuk berwudhu’, maka ‘Amir pun membasuh wajahnya, kedua tangan hingga sikunya, kedua kaki hingga lututnya, serta bagian dalam sarungnya. Lalu beliau memerintahkan untuk menuangkan air itu pada Sahl.”

(HR. Ibnu Majah no. 3500, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3908/4020 dan Al-Misykah no. 4562)

Al-Hafidz Ibnu Hajar menerangkan bahwa perkataan Rosulullah ini menunjukkan, apabila seseorang diketahui menimpakan ‘ain, maka ia diminta untuk mandi, dan mandi ini merupakan cara pengobatan ‘ain yang sangat bermanfaat. Dituntunkan pula bila seseorang melihat sesuatu yang mengagumkan hendaknya segera mendoakan kebaikan padanya, karena doanya itu merupakan ruqyah (pengobatan) baginya. Beliau juga menyatakan bahwa ‘ain yang menimpa seseorang dapat mengakibatkan kematian.
(Fathul Bari, 10/215)

Allah berfirman yang maksudnya:

“Dan hampir-hampir orang-orang kafir itu menggelincirkanmu dengan pandangan mereka. tatkala mereka mendengar Al Quran dan mereka berkata: 'Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila.'”

(Surah Al-Qalam, ayat 51)

Ibnu ‘Abbas dan selain beliau menafsirkan ayat ini bahwa orang-orang kafir itu hendak menimpakan ‘ain kepadamu dengan pandangan mata mereka.

Disampaikan oleh ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.”

(Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165)

Al-Imam An-Nawawi mengatakan, hadits ini menjelaskan bahwa segala sesuatu terjadi dengan takdir Allah, dan tidak akan terjadi kecuali sesuai dengan apa yang telah Allah takdirkan serta didahului oleh ilmu Allah tentang kejadian tersebut. Sehingga, tidak akan terjadi bahaya ‘ain ataupun segala sesuatu yang baik maupun yang buruk kecuali dengan takdir Allah. Dari hadits ini pula terdapat penjelasan bahwa ‘ain itu benar-benar ada dan memiliki kekuatan untuk menimbulkan bahaya.
(Syarh Shahih Muslim, 14/174)

‘Ain dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman walaupun tidak disertai perasaan dengki (hasad). Demikian pula timbulnya ‘ain itu tidak selalu dari seseorang yang jahat, bahkan boleh jadi dari orang yang menyukainya atau pun orang yang shalih.
(Fathul Bari, 10/215)

Sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya:

"Kebanyakan orang yang mati dari umatku setelah kerana ketetapan dan takdir Allah adalah sebab tertimpa `ain."

(HR Al-Bukhari)

Imam Ahmad dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Asma' binti 'Umais berkata:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya Bani Ja'far tertimpa `ain, apakah aku boleh meminta orang meruqyah mereka? Beliau menjawab: "Ya boleh. Andai kata ada sesuatu yang boleh mendahului takdir niscaya `ainlah yang mendahuluinya."

Rasulullah memerintahkan untuk melakukan ruqyah, yaitu pengobatan dengan Al Qur’an dan dzikir-dzikir kepada Allah, terhadap orang yang terkena ‘ain. Beliau memerintahkan hal itu pula kepada istri beliau, ‘Aisyah:

“Rasulullah memerintahkannya untuk melakukan ruqyah dari ‘ain.”
(Shahih, HR. Al-Bukhari no. 5738 dan Muslim no. 2195)

Diceritakan pula oleh Jabir bin ‘Abdullah ketika Rasulullah menyuruh agar anak-anak Ja’far bin Abu Thalib diruqyah:

Nabi berkata kepada Asma’ bintu ‘Umais, “Mengapa aku lihat anak-anak saudaraku kurus-kurus? Apakah karena kekurangan?”. Asma’ menjawab, “Bukan, akan tetapi mereka cepat terkena ‘ain.” Beliau pun berkata, “Ruqyahlah mereka!”. Asma’ berkata: Maka aku serahkan urusan ini kepada beliau, lalu beliau pun berkata, “Ruqyahlah mereka.”

(Shahih, HR. Muslim no. 2198)

Jibril pernah meruqyah Rasulullah SAW ketika beliau sakit dengan doa:

بسم الله أرقيك، من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس أو عين حاسدٍ الله يشفيك، بسم الله أرقيك
“Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitkanmu dan dari setiap jiwa atau pandangan yang dengki. Semoga Allah menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku meruqyahmu.”

(Shahih, HR. Muslim no. 2186)

Rasulullah SAW senantiasa memohon perlindungan dari ‘ain, sebagaimana dikabarkan oleh shahabat yang mulia, Abu Sa’id Al-Khudri:

“Rasulullah senantiasa berlindung dari jin dan pandangan manusia, hingga turun surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Ketika keduanya telah turun, beliau menggunakan keduanya dan meninggalkan yang lainnya.”

(HR. At-Tirmidzi no. 2059 dan Ibnu Majah no. 3511, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Ibnu Majah no. 2830)

Dari Ummul Mu'minin Ummu Salamah r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang budak perempuan yang wajahnya ada suf'ah (bintik-bintik hitam), maka beliau bersabda:

"Mintalah ruqyah untuknya kerana dia tertimpa pandangan (`ain)."

(HR Al-Bukhari)

Petikan daripada:
Panduan Praktis Terapi Penyembuhan Syar'i, edisi terjemahan dari susunan Ummu Maryam, terbitan At-tibyan.
(Sila dapatkan buku ini untuk bacaan lanjut)

Pengenalan Ringkas

`Ain adalah pandangan mata. Berdasarkan hadith-hadith yang disebut di atas, ternyata benar adanya pengaruh daripada pandangan mata. Sama ada seseorang itu memandang dengan hasad dalam hatinya, ataupun sekadar takjub, ia boleh membahayakan.

Penyakit kerana pandangan mata ini adalah penyakit yang sukar dijelaskan oleh dunia perubatan moden. Maka itu, sekiranya terdapat tanda-tanda seperti terkena 'ain, pesakit digalakkan mendapatkan rawatan ruqyah daripada 'ain serta tidak mengabaikan perubatan moden.

'ain boleh ditimpakan oleh jin dan manusia sendiri. Beza 'ain dengan sihir:

'ain boleh berlaku hanya dengan rasa takjub tanpa berserta iri hati ataupun berserta iri hati.
sihir memerlukan syarat penyihir itu melakukan suatu perbuatan kufur / syirik untuk membolehkan ianya berkesan.

Panduan mengelak mengenakan `Ain

Nasihat saya, janganlah terlalu takjub dengan ciptaan Allah SWT. Seandainya timbul perasaan itu, cepat-cepatlah meminta perlindungan daripada Allah SWT. Sebutlah "MassyaAllaah, laa quwwata illaa billaah." seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40 yang maksudnya:

Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan. Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

(Maksud surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40)

Atau baca saja isti`azah atau ta`awwudz:

أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.)

Allah SWT ada beri sedikit panduan. Di dalam Al-Qur’an, Surah Al-A'raaf, ayat 200 yang maksudnya:

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Maksud Surah Al-A‘raaf ayat 200 )

Friday, March 16

Persoalan & Jawapan Melalui Al Qur'an Tentang Ujian Hidup


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUSTASI?
QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

Thursday, March 15

Kisah Ayah & Anak


Seorang ahli falsafah berkata : "Manusia boleh terbang di udara seperti burung, berenang di air seperti ikan tetapi tidak mampu berjalan di muka bumi seperti manusia"
Bercakap tentang topik berjalan, apa kiranya kita berkongsi cerita kisah seorang ahli suffi membawa anak lelakinya mengembara demi untuk mengenal erti kehidupan dan kemanusiaan.

Mereka membawa seekor keldai dan melalui beberapa kawasan penduduk . Perjalanan bermula dengan si ayah menyuruh si anak naik ke atas keldai, si ayah berjalan kaki.
Tiba di satu kawasan pertama, penduduk berkata : 'Biadap sungguh anak ini membiarkan bapanya berjalan".

Mendengar akan kata-kata itu, si ayah kemudian menyuruh anaknya turun dan dia menunggang keldai . Sampai dekat kelompok lain, orang disitu mencemuh:
"Lelaki ini tiada hati perut, dia menunggang, anak dibiarkan berjalan".

Mendengar itu, si ayah dan si anak menunggang keldai
Apabila tiba pada kelompok ketiga, orang berkata : "Sungguh tidak berperi kemanusiaan dua orang lelaki ini, binatang yang kecil begini di tunggang berdua."

Mendengar itu, maka ayah dan anak turun berjalan, tiba di satu kelompok kumpulan orang disitu berkata: "Bodoh betul kedua orang ini, ada keldai tetapi mereka berjalan".

Mendengar itu, si ayah mengikat kaki keldai pada kayu dan bersama anaknya menyandar binatang itu, tiba di satu kawasan baru penduduk ketawa sambil berkata :
:"Gila betul dua orang ini, bukankah keldai ini boleh berjalan sendiri? Apa perlu dikandar?

Setelah itu, si ayah berkata kepada anaknya : "INILAH KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI WAHAI ANAK KU, OLEH ITU BUATLAH APA YANG KAMU YAKIN BETUL, BUKAN APA YANG ORANG MAHU KAMU LAKUKAN". Nasihat ahli suffi itu kepada anaknya.

Wednesday, March 14

Gambar, Pra-Kahwin dan Selepas Kahwin


SOALAN
Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih Dr.
JAWAPAN
Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:
أولم ولو بشاة
"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.
Ringkasnya begini:-

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

2. Bergambar selepas bernikah
Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-
a-  Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.
Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

b-  Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan  sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-
a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)
Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.
Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.
"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.
UPAH JURUGAMBAR
Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.
Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.
Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.
Sekian

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Friday, March 9

Sungguh Menyentuh Hati...


kasih anak pada si ibu!! 
mampukah kita jadi seperti anak dalam foto ini??
kehebatan sebenar seorang anak..
(foto dr fb di sebuah hospital di China)

Thursday, March 8

Empat Sekawan...


Syukur alhamdulillah... akhirnya tiba juga rezeki buat anak-anak ummi semua untuk mempunyai 'pelaburan' sendiri. Harap-harap dengan adanya 4 sekawan ni, semangat menabung akan semakin membara dalam diri anak-anak...

A.L.O.N.G Bijak!

Terima kasih banyak-banyak Ayah... ummi pun dapat tempiasnya juga.

Wednesday, March 7

Wordless Wednesday: Ganjaran Untuk 'Kembar 3'...

T-shirt Angry Birds untuk mereka bertiga kerana berkelakuan baik semalam dan hari ni...


Kebetulan ummi n ayah keluar dating berdua2an hari ni... 
Jalan-jalan cuci mata sambil cuci poket sekali. 

Dan harapan ummi... kelakuan baik mereka akan berterusan sampai bila-bila... 


Cik Betty... 3 budak kecik ni bukan 'kembar 3' tapi kembar 2 aje. Affan n Afnan. Naufal ialah abang kepada si kembar. Jarak mereka pun tak jauh, Naufal (5 tahun 7 bulan)... kembar (4 tahun 3 bulan)..


Tuesday, March 6

Dah Terima Email 'Payment Advice'...



Maksudnya tak lama lagi sampailah 'buah tangan' yang di nanti-nanti. 
Walaupun jumlahnya tak banyak... saya suka! 


Pertama kali nak terima cek pertama hasil dari Churpchurp...
kawan-kawan yang lain dah dapat ke cek dari Nuffnang/Churpchurp?

Kisah Tragis Itu...

Semalam saya ada janjikan satu kisah tragis... yang tak berapa nak tragis pun sebenarnya. Oh ya... masa saya hantarkan buku2 kembar ke sekolah, mereka berdua memang tak tahu pun. Kalau tahu dari awal, for sure tak mau naik van dan nak ayah hantar ke sekolah.


Jadinya... kami berdua ke sekolah tanpa pengetahuan mereka berdua. Sampai aje di pintu pagar tu, saya dah nampak Affan n Afnan dok tegak aje tepi pintu masuk dengan beg masing-masing yang masih tergalas di badan. Saya pula terus masuk dan berikan buku2 yang banyak tu pada cikgu kelas si kembar. 


Tapi... tau tak apa yang terjadi? Tiba-tiba Afnan start buat muka monyok dan terus tarik tangan umminya dan kata nak ikut ummi... Apaaaa??? Hmmmm... nampaknya insiden hari pertama sekolah berulang lagi. Afnan nak ikut ummi balik. 


Then...saya pujuk dan hantar mereka berdua masuk ke kelas dan letakkan beg sekolah masing2 di kerusi. Bila keluar semula, Afnan masih buat muka lagi. Masam mencuka dan tak nak lepaskan tangan umminya ni. Affan pula buat cool aje. Biasanya bila situasi sebegini terjadi... si abang akan tengok aje si adik buat perangai yang ala-ala baby. 


Dan akhirnya saya terpaksa cakap pada Afnan, Ayah nak pergi kerja ni Afnan. Ummi kena balik dulu. Adik tak boleh ikut ummi balik sebab adik kena sekolah. Apalagi... terjadilah babak sedih saat ummi tinggalkan dia. Melalak tak ingat sampaikan semua anak2 lain tengok aje dia. Cikgunya terpaksa tutup terus pagar takut2 ada yang lari naik kereta ikut ummi. Alahai... adik... adik... dah buat drama di pagi Isnin.


Tapi kan... apa yang terjadi sebenarnya tidaklah 'sehebat' apa yang saya fikirkan. Bila mereka berdua balik sekolah semalam... muka bukan main ceria lagi saya tengok. Saya tanya Afnan, adik nangis lama ke tadi? Taklah... kejap je. Siapa pujuk adik? Cikgu adiklah ummi.. Kan ummi dah cakap... ummi balik, adik kena tinggal kat sekolah dulu. Tengahari nanti abang kan akan hantar balik. Dia senyum je. Agaknya malu dengan diri sendiri yang buat drama airmata pagi2..

Affan... kiri, Afnan.. kanan...


*

*

*

Ada lagi... gambar ulang tayang si kembar masa kecil...
Kak Abby.. Affan memang dari kecik suka buat muka cheeky!

merah Affan, kuning Afnan...


Kiri Affan, kanan Afnan....
ummi suka sangat gambar ni sebab masing2 masih bambam... 
Pertama kali ke pantai di tanjung leman mersing...


Siapa kata kembar ummi seiras... sila komen ye...

Monday, March 5

Kembar Kepenatan...



Tengok macam orang yang sama je. 
Ummi pun tak tahu mana satu Affan / Afnan kalau tak belek2 dulu tadi.
Gambar ni disnap hampir jam 2.30 petang....


Beginilah situasinya bila mereka berdua balik sekolah. Yelah.. bangun seawal 7.00 pagi. Kebetulan pagi tadi hujan memang turun dengan lebatnya. Mujurlah takde seorang pun dari 3 budak kecik yang buat perangai bila dikejutkan ke sekolah. 


Bergilir-gilir mandi dan pakai baju masing2 dengan muka yang ceria. Ummi seronok bila tengok gelagat si kembar walaupun baru 2 hari ke sekolah. Ayah pun happy dapat temankan 3 budak kecik kat luar rumah. Bila van datang, Ayah payungkan  sorang2 naik van sebab hujan masih lebat.


Bila tiba tengahari... tepat jam 12.40 masing2 balik sekolah dengan muka ceria, terutamanya Afnan. Ummi tahu mereka semua seronok pergi sekolah. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah. 


Tapi sebenarnya ada kisah tragis pagi tadi masa ummi dan ayah ke sekolah untuk hantarkan buku2 si kembar yang siap bertulis nama.... 
Nanti ummi cerita ye next entry!

Friday, March 2

Tempe Goreng...

Ini adalah entry panas dan berasap. Puan blog tetiba rasa nak makan tempe goreng cicah sos waktu malam-malam macam ni. Layankan ajelah tekak ni. Lagi pun tak boleh biarkan tempe tu lama-lama. Nanti tak elok pula. Padahal dah kempunan dan tak sabar nak tunggu hari esok. 


makan tempe sorang-sorang sambil layan blog. 
Yang lain tu ada yang dah belayar di lautan luas. 
Tak kurang juga ada yang melayan ps2. 


Siapa suka makan tempe goreng angkat tangan?

10 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir...


* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.


* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.


* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.


* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.


*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.


* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.


* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.


* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.


* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.


* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.



Sumber: FB

Akhirnya Tertunai Satu Lagi Hasrat Di hati...

Alhamdulillah... hari ni ummi just nak kongsikan dengan kawan-kawan tentang satu lagi hasrat di hati ummi yang dah pun tertunai hari ni. Apa ye? Memandangkan semalam ummi dah pun bagi klu pada kawan-kawan di FB, hari ni dengan rasminya ummi nak umumkan pula di sini. Yang nyata inilah antara impian terbesar yang ummi nak capai tahun ni. Dan alhamdulillah syukur pada Allah... dipermudahkan segala urusan kami hingga ke saat ini.


Sebenarnya kembar Affan n Afnan dan mula bersekolah hari ni. Satu sekolah dengan abang Naufal. Kenapa baru masukkan sekolah bulan Mac... tak terlambat ke? Pada ummi takde pun istilah terlambat. Yang penting ummi  akan sentiasa doakan anak-anak ummi diterangkan hati untuk menerima apa jua ilmu yang diajarkan di sekolah dengan mudah. InsyaAllah...


Kalau fikirkan perbelanjaan untuk 3 beradik ni untuk masuk ke sekolah  ni memanglah agak berat pada mulanya. Tapi kami nekad dan kuatkan azam, biarlah berhabis duit untuk anak-anak asalkan mereka mendapat pendidikan awal yang terbaik. Dan yang pasti masih berada dalam lingkungan bajet yang sepatutnya. PASTI masih menjadi pilihan utama kami berdua.


Doa ummi pada 3 beradik ni... semoga Naufal, Affan n Affan sentiasa mendengar kata cikgu di sekolah dan belajar rajin-rajin lepas ni ye!
Tiba-tiba ummi rasa sebak sebab anak-anak ummi dah besar semuanya. 
Rasa macam baru je lahirkan si kembar...  


Afnan, Naufal, Affan
3 permata comel ummi yang sentiasa manja... 
dan masih membahasakan diri masing-masing adik...

Thursday, March 1

MR.DIY - Always Low Prices...

Terima kasih ye kawan-kawan sebab puji 'kecomelan' wall sticker yang saya entrykan pagi tadi. Sebenarnya saya beli semua wall stiker tu kat kedai MR. DIY je. Kalau kat Batu Pahat, kedai ni terletak kat tingkat bawah sekali Summit Parade dekat dengan Popular Bookstore. 


Harga setiap satu wall sticker tersangatlah murah. Tak sampai RM3 pun. Haiiihhh... dah lupa harganya berapa. Sebenarnya kami dah berkali-kali ke sini sampaikan orang kat situ pun dah boring tengok muka kitorang agaknya. Kalau boleh segala macam benda nak dibeli. 




Oh ya... setakat ni takde sapa pun yang berani nak cuba tanggalkan wall sticker tu semua sebab ummi dah warning awal-awal... 'sapa2 cuba tanggalkan... ummi ikat tangan dia!'... hehe... ummi ni kejam tau.


Baru2 ni beli pula alas kaki yang tersangatlah best. Lembut untuk dipijak dah macam karpet pula. Padahal nak buat kesat kaki lepas keluar dari bilik air je pun. Beli dengan bakul sampah comel yang bercorak untuk letak kat ruang tamu. Konon nak dipadankan dengan sofa baru... hehe...




Semenjak dua menjak ni angin rajin datang melanda nak kemas rumah sampaikan banyak benda banyak dah kena buang. Kalau disimpan pun memang buat semakkan ruang rumah yang kecil comel ni aje pun. 

Apalagi... ayuhhh... sambung misi kemas mengemas rumah. Tengah semangat ni baik jangan ditangguh-tangguh...

Wall Sticker Comel Di Mana-mana....

Inilah kerjaku bila terlalu kebosanan. Dinding di rumah dijadikan mangsa. Kisahnya bila dah beli wall sticker ni rasa blur pula nak tampal kat mana. Jadinya kenalah peruntukkan satu masa untuk cari idea.. idea lah sangatkan. Padahal tinggal nak tampal aje pun. 


Di bilik air atas... 


Di satu sudut di bilik tidur utama...


Yang ni cam pelik... tapi belasah ajelah.. haha...
dinding antara pintu bilik pertama  n kedua...


Bila datang angin rajin... semua kerja menjadi. 
Tapi kalau tidak... melepek ajelah kerjanya... Aduhhhh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails