30 January 2013

Home » » Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Dapat Cicit Kembar...

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Dapat Cicit Kembar...



KOTA BHARU - Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan.

Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki.

“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.

“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.

Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian. Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin.

Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini.


13 comments

30 January, 2013

wah tahniah buat beliau.. twins tu !

30 January, 2013

rezeki berganda...alhamdulillah...

30 January, 2013

wah syukur n bestnya!srnklah msh terbayang lagi bau baby kembar dulu ms br lahir.em rsnya kite ckplah kot 3 hehe ^^

30 January, 2013

Alhamdulillah murah rezeki tuan guru sekeluarga..keluarga cth masakini..

30 January, 2013

dah bercicit dah dia...
tahniah untuk TGNA

31 January, 2013

seronoknya makin bertambah la cicit beliau..:)

31 January, 2013

eh cicit sulung ekk,sory..hehe

31 January, 2013

semoga mewarisi jejak langkah moyangnya..insyaallahh

31 January, 2013

Waah sempat dia jumpa cicit kan..bertuah, kembar pulak tu.. :-)

31 January, 2013

comel kembar :) best kan..tahnik pulak dilakukan oleh moyang mereka yg alim ulama :)

31 January, 2013

tahniah untuk tok guru... ramai dah cicit dia yerk...

31 January, 2013

kembar bertuah, kembar tok guru yg disegani :-)

Alhamdulillah...rezeki utk tok guru dan keluarga merasai pengalaman kembar

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails